Tak kisah resipi diambil dari mana, asalkan sedap dan mudah, haruslah dicuba. Resipi dark chocolate cookies ini diambil dari aplikasi tiktok, memang menjadi.
Makan pula dengan susu segar, fuhh, memang layan tau. Jom kita cuba resipi yang dikongsi Hardina Sofia ini.
4. Akhir sekali, masukkan dark chocolate atau coklat chip. Masukkan lagi banyak lagi sedap. Gaul hingga semuanya sebati. 5. Bila adunan dah sebati, ambil secubit, gentel sikit dan letak dalam tray.
6. Letak dalam peti sejuk selama 30 minit atau satu jam. Lepas tu boleh bakar dengan suhu 170C selama 10 minit atau 15 minit. Ikut ketuhar masing-masing ye.
Linguine Vongole ( pasta linguine bersama sos kepah). Kalau dekat oversea, sajian asalnya menggunakan arak (wine). Resipi ni dan diolah menggunakan bahan-bahan halal. Jadi, penggemar pasta bolehlah cuba.
LINGUINE VONGOLE
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta linguine
500gm kepah | dibersihkan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh daun parsli | dicincang
1/2 sudu teh emping cili
4 sudu makan minyak zaitun
10 ulas bawang putih | dihiris halus
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus pasta linguine mengikut aturan yang tertera pada paket. Setelah masak, tos air dan ketepikan seketika.
Panaskan minyak zaitun dan tumis hirisan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan kepah. Tumis lagi sehingga kepah separuh masak. Masukkan air dan biarkan mendidih dan kepah kelihatan masak sepenuhnya.
Masukkan pasta linguine diikuti garam, serbuk lada hitam, daun parsli cincang dan emping cili dengan secukup rasa. Gaul hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Pastikan kepah betul-betul masak sebelum digaul bersama pasta.
Siapa yang pernah makan hot & roll crispy ni tahulah macam mana panjangnya barisan setiap kali nak membeli snek ini.
Memang sentiasa mendapat sambutan ramai. Rupa-rupanya kita pun boleh buat sendiri snek ini di rumah.
Resipi hot & roll crispy yang dikongsi Hasni Malik ini, memang senang dan mudah je nak membuatnya. Memang puas makan bila dah boleh buat sendiri di rumah.
HOT & ROLL CRISPY
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur ½ cawan gula (boleh kurangkan) – beli online di sini 1 ½ cawan air 2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder ½ sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil esen vanilla 2 sudu besar minyak masak – beli online di sini
1. Campurkan telur dan gula. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian, campur semua bahan lain dan kacau sebati. 3. Biarkan 10-15 minit sebelum masak. 4. Sendukkan 1 senduk adunan di atas non stick pan. Buat senipis mungkin. Pastikan api perlahan.
5. Letakkan topping. Chicken slice/sosej, cheese, bawang holland yang didadu, serbuk lada hitam, serbuk lada putih.
Siapa suka makan Honey Butter Biscuit Texas Chicken? Melalui facebook Nurza Ismail, ibu ini kongsikan resipi membuat biskut yang ala-ala restoran makanan segera terkenal itu. Resipi ni senang sangat. Anak anak pun boleh tolong kacau adunan. Jom tengok cara nak buat biskut ni.
CARA MEMBUAT
1. Gaul tepung gandum, baking powder, gula pasir dan mentega sejuk.
2. Gaul sampai sebati tekstur macam crumb bukan doh.
3. Masukkan sedikit demi sedikit susu segar dan gaul sampai sebati. Tekstur tak terlalu kering dan tak terlalu lembik.
4. Masuk adunan ke dalam loyang atau aluminium foil dengan menggunakan sudu. Bentuk tak perlu nak bulat sangat.
5. Masak dalam air fryer. Suhu 180 darjah selama 10 minit.
6. Cairkan madu dan mentega atas dapur dan sapukan atas biskut panas-panas.
Boleh juga dihidang dengan jem strawberi atau coklat. Korang just belah tengah masukkan filling.
Nota: Adunan ini dapat dalam 20-25 pcs. Kalau nak buat sikit, korang cut half je sukatan ye.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!