Buat penggemar Nasi Berlauk, pasti pernah cuba Gulai Ayam Kelantan yang banyak dijual di gerai, restoran dan kedai makan di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang. Kuahnya yang pekat dan berperisa, ditambah dengan gabungan bahan-bahan lain menjadikan sajian ini begitu enak sekali. Makan pula bersama nasi yan dibungkus bersama daun pisang. Memang nikmat tak terkata. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
2 biji bawang merah saiz bola pingpong 1 ulas bawang putih saiz kecil 3 hiris nipis serai 1/2 hiris nipis lengkuas 1/2 hiris nipis halia 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
CARA MEMASAK GULAI AYAM KELANTAN:
1.Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan.Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan rempah kari, rempah kerutuk dan serbuk cili.
4. Kacau bahan rempah tadi menggunakan api kecil. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
5. Masukkan 1 cawan air.
6. Perasakan kuah untuk peringkat pertama. Masukkan nise Kelantan, garam dan sedikit perasa.
7. Tutup periuk seketika menggunakan penutupnya. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit menggunakan api perlahan.
8. Masukkan kepingan ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam.
9. Jika menggunakan kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
10. Masak hingga isi kaki ayam sedikit lekang sebegini.
11. Seterusnya tambahkan santan.
Ads
12. Masukkan juga sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
13. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai.
14. Perasakan buat kali kedua dengan garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
15. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya.
16. Hidangkan gulai bersama sambal jantan @ sambal belacan untuk rasa yang enak.
17. Gabungan yang menarik. Kuah ayam gulai pekat, tauge goreng cara Kelantan juga, daging goreng kunyit dan sambal jantan.
18. Bungkus begini menggunakan alas daun pisang untuk aroma nasi bungkus yang terbaik.
Katanya resipi ini cukup terkenal dari Bali, Indonesia. Seakan masakan kicap tetapi ada kelainan sedikit dengan tambahan daun kari dan cili kisar. Rasanya yang enak pasti menepati selera satu keluarga termasuk anak-anak.
AYAM MASAK TOK BALI BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam(untuk hidangan 3 orang makan)
4 ulas bawang putih
2 biji besar Bawang besar
(Bawang putih dan bawang besar dikisar)
5 sudu cili kering – dikisar
Kicap manis
1 inci alia (dipotong nipis)
Daun kari(untuk mewangikan)
3 batang serai (diketuk dan potong)
Bawang besar dipotong bulat (untuk taburkan di atas nanti)
Cili merah kecik (untuk ditaburkan atas nanti)
CARA MEMASAK:
Tumis bawang yang sudah dikisar tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan cili kering yang dikisar. Kalau suka pedas boleh lebihkan.
Tunggu sehingga masak dan pecah minyak. Bila sudah masak boleh masukkan kicap manis, serai, halia dan daun kari. Kacau lagi sehingga masak..
Masukkan ayam bersama sedikit air .
Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu lagi sehingga ayam betul-betul empuk dan masak.
Taburkan bawang besar yang dipotong bulat.
Jika kurang rasa manis, masin dan pedas. Olahkan sendiri dengan garam gula kicap manis atau cili.
Ayam panggang ala Kenny Rogers. Bagi yang biasa makan ayam panggang Kenny Rogers tentu dah tahu akan kesedapan ayam itu. Tapi, kalau famili besar, nak makan pun susah juga sebab harganya pun boleh tahan.
Jangan susah hati. Boleh masak sendiri di rumah. Ikut saja resipi yang diberikan oleh Otai Malaya ini. Bolehlah makan puas-puas. Jimat bajet.
Kisar serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air sehingga lumat. Begitulah rupanya setelah siap kisar.\
Kemudian campurkan semua bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan juga madu, lada hitam, sos tiram dan garam. Gaul sekata.
Lumur sekata pada ayam.
Kemudian masukkan dalam plastik dan perap semalaman supaya lebih sedap dan bahan perapan sudah masuk ke dalam daging. Tapi kalau tak sabar, minimum 4 jam. Sebenarnya, lagi lama perap lagi sedap. Sampai ke tulang dapat rasa.
Lapik dulang pembakar dengan kertas aluminium dan bubuh ayam yang sudah diperap tadi. Sedia untuk dipanggang.
Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu sebelum masukkan ayam. Guna api atas bawah. Suhu 200’C dan panggang dalam oven selama 35 – 40 minit.
Selepas 30 minit, keluarkan ayam untuk sapu majerin supaya nampak lagi cantik ayam nanti. Lepas itu sambung panggang lagi sekitar 8 minit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!