Min tertarik dengan resipi yang dikongsi oleh Puan Afy AL Habibi. Menurut beliau resipi Ikan Percik ini adalah antara resipi kesayangan beliau dimana ia adalah resipi yang dipelajari terus dari ibunya bermula dari proses pemerapan ikan, penghasilan kuah hinggalah siap proses memasak.
Resepi ikan percik ni paling saya sayang selain resepi daging kerutup dan gulai ikan ayo yang saya dah kongsi sebelum ni. Sebab saya menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya. Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli. Jadi kat bawah ni saya kongsi resepi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi! Bulan puasa ni bolehla merecikkk sekali. Hikhik. Nak resepi bergambar yang lain, boleh jadi kawan fb saya. Banyak lagi yang saya suka kongsi. Sampai tak tahu nak upload mana satu. Semoga bermanfaat.
Ha..nampak best kan? Jom cuba!
IKAN PERCIK
BAHAN PERAPAN IKAN:
5 ekor ikan kembung – basuh bersih & kelar ikan
2 batang serai – hiris nipis
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 inci halia – hiris nipis
1 1/2 inci kunyit hidup – hiris nipis
3/4 sudu makan garam
1 sudu teh serbuk perasa Hilal
BAHAN KUAH PERCIK ( KISAR LUMAT):
5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
2 ulas bawang putih
1/2 hiris nipis halia
Secubit belacan
1/2 sudu makan serbuk ketumbar – disangai dan dikisar halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
6 senduk santan segera – boleh beli di pasar. Santan pekat yang diperah dari buah kelapa asli.
1 senduk air
1 1/2 sudu makan cili kisar
1 keping hiirsan limau nipis
2 1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
Secubit perencah Hilal
CARA MEMASAK:
Ads
1. Untuk memerap ikan, satukan semua bahan yang dihiris nipis ke dalam pengisar. Tambahkan garam dan juga perasa. Kisar hingga lumat.
2. Lumur bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
3. Seterusnya kisar bahan-bahan untuk kuah percik hingga lumat.
4. Masukkan bahan kuah siap kisar ke dalam periuk. Tambahkan santan dan air.
Ads
5. Seterusnya masukkan cili kisar. Sebaiknya guna cili kering yang dikisar sendiri. Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.
6. Letak periuk di atas dapur. Buka api perlahan dan perahkan sehiris limau nipis.
7. Masukkan gula, garam dan perencah.Kuantiti rasa terpulang pada citarasa masing-masing. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
Ads
8. Setelah kuah mendidih, padamkan api. Kuah percik telah siap dimasak.
9. Seterusnya, bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga terlalu kering & garing.
10. Angkat seketika pemanggang ikan tadi, lapik pinggan di bawah dan siram kuah percik ke atas ikan. Pastikan kuah menutupi keseluruhan badan ikan bahagian atas dan bawah.
11. Letak kembali pemanggang ikan yang disiram kuah tadi di atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan supayabahagian atas dan bawah Kuah percik yang disalut tadi yang dibakar semula akan menjadikan rasa ikan percik lebih sedap.
Masak asam ikan senangin ini cukup simple. Tapi jangan pandang sebelah mata ye. Rasa masam, masin dan pedas dan seimbang boleh membuk selera.
Untuk sahur pun sesuai. Makan panas-panas dengan nasi putih. Memang ngam. Lagi pula. Hidangan ini hidangan sihat kerana tak menggunakan minyak. Rebus-rebus je siap.
Ini resipinya ye.
Masak Asam Ikan Senangin
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan senangin (bersihkan)
3 biji bawang merah (hiris)
1 inci halia (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1 inci lengkuas (hiris)
Sedikit kunyit hidup (hiris)
1-2 keping asam gelugur
Sedikit mushroom seasoning
1 batang serai (ketuk)
Air
1 biji tomato (potong enam)
Kacang Bendi
½ sudu makan pes asam jawa
Garam
Bahan Kisar:
2 tangkai cili besar merah
6 biji cili padi
Cara Memasak:
Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan bahan hiris.
Kemudian masukkan pula serai yang diketuk dan bahan kisar. Gaul sekata.
Tambah sedikit asam jawa. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan pula ikan yang telah dibersihkan.
Masukkan pula tomato hiris dan kacang bendi.
Tambah mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Biar mereneh.
Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo ini dikongsi oleh emak kepada Cikgu Afy Al Habibi. Patutlah setiap resipi yang beliau kongsi di media sosial, nampak sedap dan membuka selera. Rupanya ada tip dan petua disebalik masakan.
Kali ini beliau berkongsi petua dan resipi Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo yang diambil dari ibunya di kampung. Tip dari orang dulu-dulu ni memang menjadi.
Nampak simple sangat, tapi terbukti sedap hasilnya. Petua-petua ini memang berharga dan tiada dijual dalam buku melainkan perkongsian dari orang-orang tua sendiri. Rugi kalau orang-orang muda tak cuba dan simpan.
TIP MASAK GULAI KUNING IKAN TONGKOL @ IKAN AYO YANG SEDAP
Janganlah tengok sampai habis resepi lengkap cikgu ni kalau tengah jaga badan. Aha… resipi mengundang nasi tambah berkali-kali. Resipi dari Kelantan yang cikgu belajar dari mok. Gulai Kuning Ikan Ayo (tongkol). Ada dua cara mok ajar. Tapi cikgu kongsi dulu versi tumis. Apa-apa tips mok bagi memang cikgu ikut. Bukan senang nak mewarisi ilmu masakan mok cikgu yang banyak pengalaman tu. Selalu kalau dapat rahsia dari mok, cikgu cepat-cepat catat. Sangat berharga dan susah nak dapat. Silakan beberapa tips mok untuk dicuba bagi menyedapkan masakan gulai tradisi ini. – Cikgu Afy Al Habibi
TIP GULAI KUNING IKAN AYO: 1. Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang. 2. Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai. 3. Nak kuah pekat dan sedap, gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya. 4. Bungkus nasi bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka bungkusannya. 5. Padankan dengan sambal dan hirisan timun sebagai pelengkap hidangan.
Bila sebut pasal ikan patin, pastinya terbayang keenakan sajian Patin Tempoyak yang menjadi ‘signature’ orang Pahang terutamanya di daerah Temerloh. Tapi jangan tak tahu, ikan patin segar ni macam-macam lagi kita boleh masak. Salah satu resipi yang sedap giler adalah masak sambal cili padi. Fuhhh…memang mengancam habis! Memang wajib cuba.
IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam galus
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai | hiris halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
Gaul rata dan tutup api.
Sambal ikan patin sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ikan ditaburkan dengan tepung gandum bertujuan untuk menjadikan ikan tidak melekat dan mudah garing bila digoreng.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!