Sedapnya kalau dapat berbuka puasa dengan makan ikan pari bakar dan ulam-ulaman. Bagi anda yang rasa nak masak ikan bakar, ha..ni ada resipi yang sedap dan mudah disediakan. Sangat sesuai dinikmati sebagai sajian berbuka hari ni bersama keluarga. Macam dekat bazar ramadan! Lebih mudah lagi, tak perlu guna arang pun. Bakar guna pemanggang ajaib je. Kalau nak guna ketuhar pun boleh. Mudah kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Erma Azizie.
CARA MASAK IKAN PARI BAKAR MARVELLOUS
BAHAN-BAHAN: 3 ekor ikan pari saiz sedang – potong 2 2 biji bawang besar – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 10 tangkai cili kering – buang biji dan rebus – beli online disini 3 biji cili merah besar 4 biji cili padi Garam dan gula secukup rasa Serbuk perasa Asam keping – beli online disini Daun limau purut – mayang halus Daun kunyit – buang urat tengah & mayang halus Daun pisang secukupnya Aluminium foil secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Cuci bersih ikan pari dan toskan airnya. Ketepikan. 2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili merah besar dan cili padi hingga halus. 3. Ambil kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sampai garing. 4. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. 5. Masukkan juga hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Sebatikan. Siap.
6. Untuk membakar ikan, ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang. 7. Ambil sedikit sambal dan letak atas daun pisang. Letakkan ikan dan kemudian letak lagi sambal tadi.
Ads
8. Balut aluminium foil dengan kemas dan bakar ikan hingga masak menggunakan pemanggang.Boleh juga bakar menggunakan ketuhar atau Air Fryer ( DapatkanAIR FRYER pada harga istimewa DISINI)
Resipi asli sos pencicah yang boleh dinikmati dengan aneka makanan bergoreng seperti keropok goreng, ikan celup tepung (ICT), sotong celup tepung, udang dan bermacam-macam lagi. Buat cicah kerang rebus pun sedap.
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili kering
1 labu besar bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
2 keping nisan/manisan bersaiz besar. Jika kecil, guna 3 keping – boleh diganti dengan gula melaka
1 sudu pes asam jawa
1/2 botol kecil cuka
Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK:
Kisar cili kering dan bawang putih hingga lumat.
Masukkan bahan kisar bersama kesemua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Rasa sedikit terlebih dahulu. Jika dah ada rasa sedikit masam dan manis, boleh dipadamkan api.
Biarkan sos menjadi sejuk dan barulah boleh isi dalam botol.
Simpan sos di dalam peti sejuk bagi memastikan ia tahan lama kerana resipi ini tidak menggunakan bahan pengawet.
Hendak memikat selera si anak, ibu memang kena jadi kreatif. Seperti ibu ini, dia berkongsi resipi roti kegemaran anaknya. Tiap kali roti ini disediakan, pasti anaknya makan dengan girang.
Khairiyah Hisham menyatakan penyediaan roti ini tidak sesukar mana. Hanya perlukan tiga bahan sahaja.
ROTI BERGULA
BAHAN BAHAN
Roti sandwich
Sapuan roti (mentega, marjerin) (BELI DI SINI & DI SINI)
Gula
CARA MEMBUAT
1. Sapukan sapuan roti pada kedua-dua bahagian permukaan roti.
2. Kemudian tabur gula.
3. Panaskan non sticky pan (BELI DI SINI). Letak sedikit sapuan roti pada kuali.
4. Biarkan sapuan roti tadi cair sedikit. Letakkan roti yang sudah disapu dengan sapuan roti tadi. Biarkan sehingga gula cair dan melekat elok pada permulaan roti.
Siap! Sedap dimakan ketika masih panas. Bagi kanak-kanak, enak dimakan begitu sahaja. Untuk orang dewasa, sedap kalau dilengkapi dengan kopi O panas.
Kebanyakan orang Kedah mesti tahu sambal lengkuas kan? Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam.
Namun menurut pemilik yang berkongsi resipi ini, Jona MJ, lebih suka makan dengan nasi kosong atau ratah begitu saja pun sedap.
Resipi ini diajar oleh ibu mertuanya yang merupakan orang Baling, Kedah.
RESIPI SAMBAL LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
2 penumbuk lengkuas muda – beli online di sini 15 batang serai – beli online di sini 30 biji cili padi (kalau tak suka pedas, boleh kurangkan, nak lebihkan pun boleh, ikut selera) – beli online di sini Belacan (besar ibu jari) – kalau nak lebih pun boleh – beli online di sini 4 sudu besar kerisik (nak lebih pun lagi sedap) – beli online di sini Garam secukup rasa 5 biji limau kasturi | diperah nak airnya saja (perah lepas semua dah tumbuk) – beli online di sini
*Saya simpan dalam peti sejuk. Kalau nak makan, baru ambil sikit dan campurkan dengan kerisik. *Tip: kalau nak tahan lama, boleh sangai atas kuali sampai kering. Sambal ni jadi macam serunding.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!