Resipi pes ikan bakar yang sedap dan mudah disediakan. Sangat sesuai dinikmati sebagai sajian makan tengahari. Resipi ini adalah perkongsian saudari Rafiza Idayu.
IKAN PARI BAKAR
BAHAN-BAHAN:
30 biji lada kering direbus
3 batang serai
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lengkuas
1 sudu kecil belacan
Limau kasturi
Sedikit asam jawa
Ikan pari
Daun pisang
3 sudu teh gula
2 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam blender.
Ads
2. Masukkan lengkuas, belacan dan sedikit air asam jawa.
3. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.
4. Blend semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati.Pastikan pes pekat.
5. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.
Ads
6. Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan. Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.
7. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah.
8. Tutup ikan. Gunakan api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.
Ads
9. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Perah limau semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.
Resipi Ikan Gurame atau tilapia rasa pedas enak yang lazat. Bumbu yang menutup bau hanyir ikan dan daun limau purut memberi bau wangi menggoda selera.
IKAN GURAME BERSAMA BUMBU GULAI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan gurame ] potong 2 bahagian (ikan tilapia)
20 helai daun kemangi (daun selasih)
1 biji santan kelapa
40gm Air asam jawa (untuk melumuri ikan)
4 biji belimbing buloh
2 helai sireh
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
20gm garam
15gm gula
BAHAN KISAR:
60gm bawang putih ] hiris nipis
200gm bawang merah ] hiris nipis
20gm kunyit hidup
3gm serbuk ketumbar
40gm buah keras
50gm halia
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan sehingga bersih dan potongkan dua bahagian. Kemudian lumurkan ikan secara menyeluruh dengan menggunakan air asam jawa. Selepas itu rendamkan ikan dalam 10 minit.
2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar. Kemudian tambahkan daun sireh, daun limau purut dan juga daun salam. Masukkan air.
3. Masukan ikan gurame, kemudian masukan pula belimbing buloh. Tambahkan pula cili hijau dan merah yang sudah dipotong sebelumnya, serta masukan pula bawang merah yang sudah dihiris, gula, garam, dan gaulkan rata sehingga masak.
4. Setelah gulai sudah pekat masukkan daun kemangi ke dalam gulai yang sedang dimasak tadi.
5. Setelah dirasa masak sempurna, angkat dan hidangan.
Saiz Hidangan: 4 orang Masa Penyediaan: 50 minit Jenis hidangan: Nusantara Keistimewaan: Rasa lemak kuah sebati dengan ikan Cara Penyediaan: Merebus Sajian Penyediaan: Menu Utama
Sesekali ke pasar, pasti anda ada terlihat ikan gelama yang dijual. Bagi yang tidak biasa menikmatinya, pasti tak ada idea nak masak apa dengan ikan jenis ni. Sebenarnya, ikan gelama ni kita boleh masak macam-macam. Malah anda juga boleh hasilkan ikan kering / masin menggunakan ikan ini. Rasanya memang sedap! Nak cuba buat ikan masin secara homemade? Jom lihat bahan-bahan serta langkah-langkah pembuatannya.
CARA BUAT IKAN MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
Garam
Cuka makan
CARA-CARA:
Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang. Cuci bersih-bersih.
Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
Esoknya, bilas ikan, masa ini kita kena sesuaikan rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih-bersih dan toskan.
Sebelum susun atas talam/tampi, basahkan atau percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka. Fungsi cuka ialah untuk menjauhkan lalat daripada mendekati ikan. Kemudian jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
TIP:
Ikan yang telah kering, boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk.
Pemilik resipi menjemur uikan kering di atas bumbung rumah. Katanya, makin tinggi tempat ikan dijemur, makin sukar untuk lalat hinggap.
Sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan. Nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.
Sambal bilis ada banyak versi, ada yang kering, sambal banyak, sambal garing, sambal hijau dan sebagainya. Tapi yang pasti semuanya sedap belaka.
Satu lagi resipi sambal bilis yang ringkas dan boleh kita buat adalah sambal bilis hancur perkongsian Ziela Mazlan. Memang mantap bila dipadukan dengan telur mata dan nasi panas.
Bahan-bahan
Ikan Bilis
Cili padi merah dan hijau
Bawang putih
Bawang merah
Cara-cara
Tumbuk kesemua bahan di atas. Atau boleh juga guna chopper, lebih mudah.
2. Panaskan minyak, lalu goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk atau dikisar tadi.
3. Tumis menggunakan api sederhana, sampai kering airnya. Kemudian perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa (jika suka).
4. Kacau lagi sampai sambal kering.
Siap! Sedap di makan bersama dengan telur dadar
Nota: Kalau ada tomato, hancurkan sekali. Nanti rasanya lebih kurang sama macam sambal hitam.