Tak perlu ke kedai bakeri dah kerana anda boleh buat sendiri Jejari Rangup Parmesan ini di rumah. Memang puas hati bila makan tu kerana cukup segala rasa. Lebih-lebih lagi apabila ditambah keju dan dimakan panas-panas. Satu memang tak cukup! Sangat lembut, gebu dan enak.

Tentunya penggunaan Keju Perfect Italiano Parmesan membantu menaikkan rasa hidangan ini. Ia merupakan keju tulen yang menambah rasa pada mana-mana hidangan. Keju yang wajib ada dalam peti sejuk rumah anda. Wajib cuba dan gerenti menjadi.Resipi Jejari Rangup Parmesan, Sedap Makan Panas-Panas

JEJARI RANGUP PARMESAN

Resipi Jejari Rangup Parmesan, Sedap Makan Panas-Panas

BAHAN-BAHAN:

  • 250gram tepung gandum
  • 150ml air suam
  • 200gram Keju Perfect Italiano Parmesan Grated
  • 7gram yis kering
  • ½ sudu makan minyak zaitun
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh gula

CARA MEMASAK:

  1. Tuang yis kering dan gula ke dalam 50ml air suam dan biarkan kembang (berbuih) selama 3-5 minit.
  2. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk pengadun. Tuang minyak zaitun dan campuran yis tadi lalu uli perlahan. Perlahan-lahan tuang lebihan air suam tadi lalu teruskan menguli untuk beberapa minit.
  3. Masukkan Keju Perfect Italiano Parmesan Grated ke dalam mangkuk pengadun lalu uli lagi hingga jadi doh yang tak melekat di mesin pengadun.
  4. Keluarkan doh dan masukkan ke dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Tutup dengan cling wrap dan rehatkan selama 10 minit atau hingga agak kembang.
  5. Keluarkan doh lalu canaikan di atas papan pencanai yang telah ditabur tepung. Canai dengan ketebalan yang diingini lalu potong memanjang seperti jejari.
  6. Susun doh di dalam dulang pembakar yang telah diletakkan parchment paper lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 8-10 minit atau hingga keperang-perangan.
  7. Keluarkan dari ketuhar dan tabur lebihan Keju Perfect Italiano Parmesan Grated ke atas jejari rangup tadi.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

Ads

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI