Anda peminat sajian Korea? Pastinya biasa mendengar menu Jjajangmyeon atau nama lainnya disebut Blackbean Noodles. Agak sukar untuk memperolehi sos blackbean asli tapi ia masih dibuat secara homemade menggunakan taucu. Sangat sedap Jjajangmyeon ni. Sangat mudah resipinya. Saudari Zurina Zulkeflibermurah hati berkongsi cara memasaknya. Jom cuba!
INFO: Mi lidi boleh diganti dengan mi kuning atau spageti.
CARA MEMASAK SOS:
1.Untuk sos, mula-mula masak gula menjadi karamel pekat. Ia bertujuan untuk dapatkan rasa pahit-pahit hangus.
2.Kemudian taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.
3.Sediakan satu mangkuk besar. Masukkan air, tepung gandum, pes taucu yang ditumbuk tadi, kicap lemak manis (lagi banyak lagi bagus) dan akhir sekali karamel. Kacau sehingga sebati.
4.Masak kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga sos menjadi likat seakan-akan dodol.
5.Setelah itu, tuang sos ke dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.
CARA MEMASAK JJAJANGMYEON:
1.Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawanh holland. Semua bahan dipotong dadu.
2.Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak. Kacau sehingga masak.
Ads
3.Kemudian masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan. Kacau sehingga rata.
4.Tuang sedikit air untuk menjadi kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5.Boleh tambahkan sedikit garam, kicap pekat dan sedikit serbuk lada hitam untuk citarasa.
6.Didihkan air dan rebus mi lidi hingga lembut. Toskan airnya. Selain mi lidi boleh juga gunakan mi kuning biasa. (RASA: Boleh juga guna spageti)
7.Masukkan mi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atasnya.
8.Hiaskan dengan hirisan timun, gaul sebati dan nikmati segera.
Pasta biasanya ramai memilih untuk dimakan bersama sos citarasa Itali seperti Bolognese, Carbonara dan sebagainya. Bagi anda kurang gemar, boleh je nak guna pasta ni untuk masak hidangan yang kena dengan Melayu seperti goreng dan juga sup. Sedap! Walaupun ringkas, tapi bila dah tambah macam-macam bahan enak seperti sayur, daging, cendawan dan macam-macam lagi, hasilnya pasti anda kagum. Jom cuba.
Hidangan menarik perhatian, rasa fusion cukup menyelerakan dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Walaupun bukan semua peminat dengan masakan pasta ni, tapi hasil dari gabungan bahan masakan timur dan barat ini buatkan tekak orang Malaysia boleh diterima. Bagi anda yang ingin menikmati hidangan ringkas dan dalam keadaan santai, terima kasih Harmony Zone Puncak Alam yang telah berbesar hati untuk berkongsi beberapa resipi istimewa untuk anda cuba sendiri di rumah.
MACARONI PHAD THAI
Bahan-bahan:
160 gram makaroni – rebus dan toskan
2 biji bawang merah – potong dadu
4 ekor udang – buang kulit
1 ekor sotong – hiris
1 sudu teh serbuk cili
1 biji telur
½ senduk sos tiram
1 sudu besar stok udang
½ sudu teh garam
½ sudu teh stok ayam
3 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:
Panaskan kuali, tumis hirisan bawang merah sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan udang dan sotong.
Kacau sebati dan masukkan serbuk cili serta telur. Kacau sekata.
Selepas itu, masukkan sos tiram, stok udang dan bahan perisa yang lain.
Akhir sekali masukkan makaroni. Kacau seketika dan angkat.
Sedia untuk dinikmati.
SPAGHETTI PESTO SEAFOOD
Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus
2 biji bawang merah – potong dadu
4 ekor udang – buang kulit
1/2 ekor sotong – hiris
1 sudu makan stok udang
½ sudu teh garam
¾ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh marjerin
2 sudu makan pes pesto
1 sudu makan minyak masak
Bahan-bahan Pes Pesto:
200 gm ulam raja/pegaga
200 gm daun kesum
200 gm daun ketumbar
2 biji bawang merah – dihiris
4 biji bawang putih – dihiris
3 helai daun serai
1 Sudu makan ikan bilis – dikisar
1 cawan kecil minyak matahari
2 biji limau – ambil jus
2 genggam cili hijau
2 sudu makan sos ikan
½ sudu teh garam
½ sudu teh stok ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh gula
Cara Memasak:
Untuk membuat sos pesto, hiris semua bahan kecuali bahan perasa.
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
Siap dan simpan pes pesto di dalam peti sejuk sebelum digunakan.
Untuk memasak spageti, panaskan kuali, tumis bawang merah sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan udang dan sotong. Biarkan seketika.
Masukkan stok udang dan bahan perisa yang lain. Kacau sebati.
Selepas itu, masukkan spageti yang telah direbus bersama marjerin.
Akhir sekali masukkan pula pes pesto. Tutup api dan kacau hingga sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
SPAGHETTI FRUITY DE’ MARE
Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus dan tos
1 sudu teh bawang merah – dikisar
4 ekor udang – buang kulit
1 ekor sotong – hiris
3 sudu makan tomato puri
1 sudu makan krim masakan
½ sudu teh stok ayam
½ sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
Daun parsli – hiasan
Cara Memasak:
Panaskan kuali dan tumis bawang sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan udang dan sotong. Gaul sehingga masak.
Selepas itu, masukkan bahan perisa yang lain bersama tomato puri.
Diikuti dengan krim masakan. Gaul sebati.
Angkat dan hiaskan dengan daun parsli.
SPAGHETTI CHICKEN CARBONARA
Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus dan tos
1 senduk sos carbonara
1 sudu makan isi ayam yang dipotong dadu
1 sudu makan cendawan Shitake – dihiris
2 biji bebola ayam – digoreng
Daun parli – hiasan
Cara Memasak:
Masukkan pasta yang telas direbus tadi ke dalam pinggan. Ketepikan.
Dalam kuali, masukkan sos carbonara, isi ayam, cendawan shitake dan bebola ayam. Masak seketika.
Selepas itu, angkat dan hidangkan di atas pasta tadi.
Hiaskan dengan daun parsli. Sedia dinikmati.
Resipi: Harmony Zone Puncak Alam, Selangor (En. Zawari Yahya Udni & En. Farizal)
Jemu asyik makan nasi je? Apa kata masak hidangan yang lebih ringan untuk sajian makan malam keluarga hari ni. Salah satu menu yang ringkas tapi sedap ialah Bihun Goreng Taucuni. Memang best. Sekali cuba, pasti tak menyesal. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BIHUN GORENG TAUCU
BAHAN-BAHAN:
100gm bihun
100gm tauge – buang ekor
100gm daun bawang – hiris pendek
1 keping kek ikan – hiris
150gm udang – buang kulit
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan pes taucu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu malam sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering – rendam & tos
2 sudu makan ikan bilis – rendam & tos
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumsi bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan pes cili kering. Kacau lagi dan masukkan taucu. Kacau rata. 3. Seterusnya masukkan udang. Apabila sudah bertukar warna, tambahkan sos tiram dan sos tomato. Gaul. 4. Masukkan bihun yang telah direndam tadi. Masukkan juga sedikit air dan masak hingga bihun lembut. 5. Tambahkan tauge dan daun bawang serta perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!