Jika menonton tv, memang sedap jika ada kudap-kudapan seperti Kacang Goreng Crispy ni. Mudah sahaja kalau nak hasilkannya. Hanya menggunakan tiga bahan mudah, snek ringan ini boleh anda hasilkan dengan kos yang sangat murah. Tak perlu beli lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zita Samat ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Gaul kacang yang telah dikeringkan dengan telur sehingga rata.
2. Kemudian masukkan tepung gorengan serbaguna sedikit demi sedikit. Gaul rata dan pastikan kacang disalut dengan sempurna.
3. Panaskan minyak masak dengan banyak di dalam kuali. Masukkan kacang dan goreng guna api sederhana hingga masak sekata dan tidak hangus.
4. Angkat kacang dan toskan minyaknya. Biarkan kacang sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Ads
NOTA: Jika suka rasa kacang goreng yang sedikit manis, boleh tambah sedikit gula. Empunya resipi tidak letak gula atau garam kerana tepung memang sedia masin dan enak.
Selalu kita makan kerepek ikan. Kemudian macam-macam kerepek lagi muncul misalnya nangka dan peria. Kali ini RASA ingin tampilkan resipi kerepek labu pula. Nampak macam sedap.
KEREPEK LABU RANGUP LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN
1 biji labu
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong labu kecil-kecil.
2. Buang kulit labu. Jangan kupas terlalu tebal. Sagat nipis-nipis.
3. Basuh di bawah aliran air. Tidak perlu rendam dalam air garam.
4. Keringkan atau jemur di bawah cahaya matahari untuk keringkan.
5. Panaskan minyak masak. Goreng dengan api yang sederhana.
6. Sejukkan dulu kerepek sebelum masukkan dalam balang.
Apam Balik: antara makanan legend dan evergreen yang dari dulu sampai kini disukai ramai. Ada dua jenis, satu yang nipis dan ranggup dan satu lagi tebal dan lembut. Dua-dua menjadi kegemaran masyarakat kita. Kalau di Indonesia ia dipanggil Murtabak. Walau namanya lain, tapi rasanya masih sama. hari ini orang dah mula pelbagaikan flavour nya. Dari yang basic cuma kacang tumbuk, jagung dan gula, ia mula beperisa nuttela, coklat, durian , kaya dan banyak lagi. Ada juga yang letakkan pisang. Jom kita cuba buat sendiri jom.
BAHAN-BAHAN:
2 Cawan tepung gandum
1 1/2 Cawan air
1/3 Cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
BAHAN TABUR:
Kacang tanah yg telah di kisar
Gula
1 tin Jagung
KALAU NAK KELAINAN BOLEH LA LETAK NUTTELA , DURIAN ATAU KAYA.
CARA MEMASAK
Blender telur dan gula sehingga kembang.
Masukkan soda bikarbonat, yis, minyak masak dan garam, blend lagi.
Masukkan air, tepung,. Setiap kali masuk bahan tekan blend
Apabila bancuhan sudah sebati, rehatkan 1-2 jam
Gunakan kuali non stick ( tak perlu letak minyak)
Masukan bahan-bahan tabur biarkan sehingga masak kemudian lipat.
Sedia untuk dimakan
Info: Apam Balik juga sekarang turut dihidangkan di majlis-majlis rumah terbuka hari raya dan kenduri kahwin.
Minyak Seri Murni menyajikan resipi istimewa. Sesuai di masak untuk hidangan rumah terbuka yang lazat dan enak untuk seisi keluarga. Pasti berselera menjamah, salah satu menu paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.
DAGING KEJU MOZARELLA CROQUETTE
BAHAN A:
2 biji terung |hiris dan panggang sebentar
500gm daging lembu
2 biji telur | di pukul
4 keping roti putih | direndam dalam air sebentar
1 sudu makan mixed herbs
45gm keju parmesan | di parut
200gm keju mozzarella | potong dadu kecil
Garam dan lada putih secukup rasa
GORENG SEBENTAR:
2 biji bawang besar |dicincang
2 ulas bawang putih |dicincang
100gm tepung gandum blue key
1 biji telur untuk menggolek gulungan inti
Bread crumbs secukupnya
Minyak Masak Seri Murnisecukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Keluarkan isi terung danlenyekkan.
Campur semua bahan A. Bentukkan gulungan panjang ibu jari.
Golek bahan gulungan tadi dalam telur dan seterusnya golek padatepung gandum.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.