Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kaya labu. Resipi sihat ini adalah daripada Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan melalui instagram beliau.
Menurut Norazizah, labu boleh disimpan dalam peti sejuk beku. Keluarkan apabila hendak dimasak.
“Cara menyimpan labu adalah dengan mengukusnya dan dilenyek siap-siap. Kemudian simpan dalam freezer. Apabila hendak dimasak, keluarkan saja,” katanya.
Jom kita lihat resipi kaya labu daripada beliau.
Ads
KAYA LABU TANPA TELUR
BAHAN-BAHAN
100 gram gula kabung
1 helai daun pandan + 1 cawan air
5 kuntum cengkih
200 ml santan
1 1/2 cawan labu lenyek (kukus dan lenyek)
1 sudu besar minyak masak
Ads
Labu dikukus terlebih dahulu.Selepas dikukus, labu dilenyekkan sebegini.
CARA MEMBUAT
1. Masak gula kabung bersama cengkih dan daun pandan.
2. Selepas gula cair, buang daun pandan.
3. Masukkan santan, labu lenyek dan minyak masak.
4. Masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau. Masak sehingga pekat seperti kaya.
5. Biarkan sejuk. Masukan ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.
Suka makan Kek Lobak Merah? Jom cuba resipi perkongsian Cik Puan Swepple Ariana (cp: Khairul Hakimin Muhammad, Tukang Masak Kek Lobak Kegemaran Cinta). Memang mudah!
KEK LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan lobak merah – disagat
1 1/4 cawan gula perang halus
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan walnut – dicincang kasar
1 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur saiz A
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik – ayak bersama tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat – ayak bersama tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kayu manis – ayak bersama tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla.
BAHAN KRIM KEJU:
250gm krim keju
150gm gula aising
CARA MEMASAK:
1. Sagat lobak merah. Untuk 2 cawan, anggaran guna 3 batang lobak merah saiz sedang.
2. Pukul gula perang bersama minyak hingga berkrim dan sedikit pekat.
3. Kemudian masukkan telur.
4. Seterusnya masukkan campuran tepung yang diayak bersama kulit kayu manis, soda dan serbuk penaik. Masukkan sedikit demi sedikit. Kaup balikkan guna spatula.
5. Kemudian masukkan lobak merah dan walnut. Kacau sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8’x8’ yang telah dialas dengan baking paper. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit. Kipas boleh pasang, tak nak pasang pun boleh. Guna api atas bawah.
7. Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan.
8. Untuk hiasan, pukul krim keju bersama gula aising hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam beg piping dan sejukkan keju seketika. Bila kek dah sejuk, baru paipkan krim keju ikut kreativiti.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Puan Swepple Ariana (cp: Khairul Hakimin Muhammad, Tukang Masak Kek Lobak Kegemaran Cinta)
Ni dia resipi Bubble Rice Choco Bar yang mudah betul membuatnya. Boleh tambahkan koleksi biskut raya anda. Gandingan coklat dengan bertih beras atau bubble rice ni memang padu sangat.
Walau bahannya ringkas, tapi rasanya rangup dan sedap
BUBBLE RICE CHOCO BAR
BAHAN BAHAN:
500 gm coklat masakan (boleh guna milk compound)
25 ml minyak masak *opsyen nak letak atau tidak
Bubble rice secukupnya *boleh juga letak kismis/kekacang
CARA MEMASAK :
Bakar dalam oven bubble rice pada suhu 120°c selama 10 min lebih kurang/sehingga rangup,ketepikan
Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya, masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati…
Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/acuan cetak
Taburkan bubble rice ke atasnya. Jangangn tekan..
Tuangkan ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan, hentak-hentak sedikit acuan untuk diratakan.
*pastikan choklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan daripada lemau
Boleh simpan boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika, Dah sejuk/beku boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia di makan
* Letak minyak masak sikit, jadi nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras.
Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang berasal dari Indonesia. Kuih ini terdiri daripada beberapa lapisan dan boleh didapati dalam pelbagai warna.
Teksturnya yang lembut dan warna yang menarik, pasti anak-anak suka. Kuih lapis simple yang biasa kita makan waktu minum petang, makan dengan kopi ‘O’ pun sedap.
Resipi kuih lapis yang dikongsi Azmalaini Abd Rahman ini, diolah daripada resipi orang lain dan dipermudahkan cara membuatnya.
1. Masak gula bersama dengan air yang telah disukat. Kalau nak wangi, masukkan daun pandan (ambil dalam 2 cawan). 2. Satukan semua bahan, kacau dan tapis. 3. Alas loyang 10 x 10 dengan plastik 16x 16/14×14. 4. Guna api yang sederhana kuat.
5. Sebelum masukkan tepung, panaskan loyang/letakkan loyang dalam kukusan. 6. Mula melapis. Lapisan 1 saya guna 400 ml. Banyak sedikit untuk cover tepung dalam kukusan, kadang kukusan kita tak sama bila berada di atas dapur. 7. Lapisan ke-2 dan seterusnya, saya guna 300 ml bancuhan tepung.
8. Penggunaan api; untuk lapisan pertama, dalam 4 minit, jangan lama kerana nanti dia mengelembung/terlebih masak. Tekan dengan jari atau tengok warna tepung dah berubah jadi cerah. 9. Lapisan seterusnya 5 minit/6 minit sahaja.
10. Resipi ini akan dapat 8 layer. Setiap satu warna tu, saya buat 2 lapisan. Akan ada sedikit lebihan tepung, jika tidak mahu membazir anda sukat siap-siap ye. 11. Bila dah faham dengan rentak kuih anda, dengan resepi yang sama kita boleh buat jadi 10 layer. 12. Dari segi penggunaan warna, terpulang pada pilihan masing-masing.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!