Bagi anda nak berniaga, Kek Marble ni antara yang sesuai dan senang dihasilkan. Bahan yang digunakan pun tak terlalu banyak, sukat guna cawan dan hasilnya memang sedap. Resipi perkongsian saudari Aliah Rose ni salah satu yang boleh dicuba. Sebiji kek berat anggaran 800gm-1 kg dan boleh jual antara harga RM25-RM30. Menurut empunya resipi, kek beliau ni tak manis sangat. Jadi pelanggan tak perlu makan sambal sulam air. Menarik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KEK MARBLE MOIST
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu teh ovalette
1/2 cawan tepung sponge cake
1 ½ cawan tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik – tetap letak walau tepung dah ada bahan penaik
1 sudu teh esen vanilla / esen pandan
1 cawan susu pekat manis – boleh kurangkan jumlahnya
1 cawan mentega – dicairkan. Boleh ganti dengan minyak.
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula halus dan ovalette hingga kembang dengan menggunakan pengadun.
2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla atau pandan. Adun lagi hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan tepung-tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pastikan pengadun diperlahan sekejap-sekejap dan kaup balikkan adunan supaya rata.
4. Kemudian masukkan mentega cair. Adun perlahan dalam 3 pusingan kemudian matikan mesin. Kaup balik dengan tangan sahaja. Jangan pukul lama sangat nanti adunan jadi cair.
5. Jika nak jadikan kek berwarna warni, bahagikan adunan kepada beberapa 3 bahagian dan warna satiap satu dengan pewarna pilihan.
6. Tuang ke dalam loyang berselang-seli dan lorekkan adunan bagi mendapat bentuk marble.
Ads
7. Panaskan ketuhar pada suhu 150C-180C dan bakar kek selama 40 minit atau hingga masak. Masa memasak mungkin berbeza ikut jenis ketuhar yang digunakan.
8. Angkat, sejukkan kek dan boleh dinikmati.
Ads
INFO: Biasanya empunya resipi akan dapat kek bersaiz 800gm-1kg. Harga jualan bermula RM25-RM30.
Ini 4 Menu Berasaskan Mangga Perkongsian Dari Chef Megat
Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk, tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan. Malah rasanya juga tidak mengecewakan, enak dengan rasa masam manis. Tak percaya, ini ada empat menu yang mempunyai campuran mangga dikongsikan oleh chef Megat untuk anda semua cuba.
AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil
120-150gm tepung jagung
1 biji telur
2 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Minyak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SOS:
5 sudu makan sos plum
½ sudu jus lemon
2 batang cili merah | buang biji dan cincang
1 biji bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih |c cincang
¼ sudu teh bijan
50ml air
Garam cukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SALAD MANGGA:
1 biji mangga muda saiz sederhana | hiris halus
2 batang cili merah | buang biji dan hiris
1 biji bawang besar | hiris halus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat ayam goreng; Satukan tepung jagung, garam, dan lada hitam, gaul sebati.
Pecahkan telur. Gaul ketulan ayam dengan telur hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketulan daging ayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
Angkat, tos dan ketepikan untuk membuat sos.
Untuk membuat sos; Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah.
Masukkan sos plum, jus lemon, air dan gaul sebati hingga mendidih. Dan masukkan bijan.
Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Tutup api.
Untuk membuat salad mangga; Satukan mangga, cili dan bawang besar. Susun salad di atas pinggan.
Kemudian letakkan ketulan ayam yang sudah digoreng di atas salad mangga. Akhir sekali, tuangkan sos di atas ayam dan salad mangga. Sedia untuk dihidangkan.
UPSIDE DOWN MANGO CAKE
BAHAN-BAHAN:
340ml mentega
80gm gula perang
30gm dessicated coconut / isi kelapa kering
1 biji mangga masak | potong dadu
230gm tepung kek
4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
290gm gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
260ml susu segar
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila. Gaul sebati. Ketepikan.
Satukan tepung kek, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, masukkan adunan tepung kek secara berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan berisi mentega dan telur tadi.
Gaul sebati dan kemudian masukkan isi kelapa kering. Gaul hingga sebati.
Sapukan sedikit mentega pada loyang kek saiz 9 atau 10 inci.
Taburkan potongan mangga di dasar loyang.
Tuangkan adunan kek.
Bakar pada suhu 180 ˚C selama lebih kurang 50-60 minit hingga keperangan.
Sejukkan dahulu sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Terbalikkan kek, bahagian potongan mangga ke atas. Potong dan hidang.
VANILLA MANGO CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
154gm tepung kek
11/4gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
143gm gula kastor
11/2 sudu teh esen vanila
85gm minyak jagung
85gm susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN MANGO CURD:
400gm isi mangga
100gm gula kastor
3 sudu makan jus lemon
1/8 sudu teh garam
4 biji kuning telur
30gm mentega
CARA MEMASAK:
Mula,-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.
Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati.
Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.
Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.
Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.
Untuk menyediakan kek cawan, Panaskan oven 180 ˚ C.
Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.
Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.
Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh.
Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.
Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal Sedia untuk dihidangkan.
MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM
BAHAN KULIT TART:
280gm tepung serba guna
12gm kelapa kering
½ sudu teh garam
3 sudu makan gula
225gm mentega
3 biji telur kuning
BAHAN: KRIM MANGGA:
250gm fresh cream/krim putar
50gm mango curd / sri kaya mangga
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika
Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.
Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.
Kek ini dinamakan Kek Madeline kerana menggunakan acuan loyang yang berbentuk seperti gelas kecil. Gabungan kek butter, strawberi dan kelapa kering mencetuskan rasa enak yang hebat.
Melalui facebook, Deyana Hatazad berkongsi resipi membuat kek mentega yang simple. Tak perlu ambil masa lama pun. Kalau anak tiba-tiba minta kek, bolehlah kita buatkan mereka kek yang macam ni. Senang sangat.
Hanya menggunakan empat bahan asas untuk membuat kek. Mentega, gula perang, telur ayam dan tepung naik sendiri. Resipi ini juga sangat senang. Hanya menggunakan sukatan cawan. Jadi kita tak perlu ada penimbang pun. Jom cuba!
KEK MENTEGA SIMPLE
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
1 cawan gula perang
4 biji telur ayam
2 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMBUAT
1. Panaskan ketuhar dahulu. Dengan menggunakan pemukul telur, pukul mentega dengan gula perang sampai kembang.
2. Kemudian, masukkan telur ayam satu persatu. Pukul telur perlahan-lahan.
3. Masukkan tepung naik sendiri. Kacau rata sampai jadi adunan.
4. Sapu bekas pembakar menggunakan mentega. Tuang adunan dalam bekas pembakar.
5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit, api atas bawah.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.