Jika selama ini kita hanya makan keledek yang direbus, kali ini Rasa nak kongsi resipi Keledek Bakar Berinti Ayam Sambal Berkeju yang sangat sedap dan mudah dimasak. Rasa manis keledek bercampur dengan kepedasan inti sambal ayam serta lelehan keju ini memang ‘ngam’. Setiap gigitan memberi keterujaan. Untuk regangan sempurna, jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella. Ia merupakan 100% keju semula jadi yang menambah rasa pada hidangan. Memang wajib cuba di rumah.
KELEDEK BAKAR BERINTI AYAM SAMBAL BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 biji keledek – cuci bersih
- 250gram Perfect Italiano Mozzarella
- Cincangan daun bawang secukupnya
BAHAN-BAHAN B (INTI):
- 150gram dada ayam – dadu kecil
- 80gram Anchor Unsalted Butter
- 2 sudu makan cili kisar
- 4 biji bawang merah – kisar
- 3 biji bawang putih – kisar
- ½ labu bawang holland – cincang kasar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bakar ubi keledek di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 45 minit atau hingga lembut.
- Belah bahagian atas ubi keledek lalu keluarkan sedikit isinya.
- Sementara itu, cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih kisar, bawang merah kisar dan cili kisar hingga cili masak. Masukkan ayam dan cincangan bawang holland lalu tumis hingga ayam empuk.
- Tambah lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Sejukkan. Setelah inti sejuk, masukkan separuh Perfect Italiano Mozzarella ke dalam inti lalu gaul sebati.
- Sendukkan satu sudu bahan inti tadi ke dalam ubi keledek bakar. Tabur separuh lagi Perfect Italiano Mozzarella.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10-15 minit. Keluarkan dari ketuhar dan tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX
Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.
Anda hanya perlu:
- Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
- Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
- Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.
Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .
Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.
Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!
Jom join!
Sertai [Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI