Kalau takde idea nak memasak, boleh cuba masak lauk ni. Lauk kentang dan bilis berlada ni boleh dikatakan sebagai lauk legend yang mudah nak disediakan. Goreng je kentang dan ikan bilis kemudian tumis dengan bawang dan lada.
KENTANG DAN BILIS BERLADA
kentang berlada.
BAHAN-BAHAN
100 gram ikan bilis (digoreng garing)
3 biji ubi kentang (dipotong baji dan digoreng)
3 sudu makan minyak masak (untuk menumis)
1/2 sudu teh garam
100 gram cili merah (dikisar)
50 gram cili padi merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 helai limau purut (dikisar)
Ads
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Di Aidiladha ni nak buat kelainan sikit. Kalau ada banyak daging lagi, apakata cuba buat sajian barat pulak.
Resepi No 2 tu dagingnya dibakar dan ada ramuan istimewa ubi bit merah (beet root) yang terkenal dengan sifat anti oksidannya.
Pengarah Urusan MFA College ( tiga dari kanan) Datuk Mohd Farid Hj Alwi
Nah, ada 2 resipi inovasi dari Chef Hazieyanti Soegijono dan Chef Muhammad Haziq Masran, tenaga pengajar dari Malaysian Food (Authentic) College (MFA) . Terima kasih juga kepada Pengarah Urusannya Datuk Mohd Farid Hj. Alwi yang banyak melahirkan tenaga Chef profesional .
BEEF TENDERLOIN WITH PUMPKIN AND GLAZED CARROT
BAHAN- BAHAN :
Bahan daging :
2 sudu kecil minyak canola
100 gm daging batang pinang | potong beberapa bahagian
½ sudu kecil garam
¾ sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil serbuk cumin
½ sudu kecil paprika
¼ sudu kecil serbuk bawang putih | dicincang halus
Bahan ‘glaze’ :
1 cawan lobak merah | dipotong kiub dan rebus
1 sudu kecil mentega tanpa garam
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil daun parsly | dicincang
1 sudu besar buttermilk
1 cawan labu | dipotong kiub dan rebus
1 sudu besar daun bawang | dicincang
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan garam, lada hitam, paprika,cumin,serbuk bawang putih bersama daging dan biarkan seketika. Kemudian panggang selama 3-4 minit dan balikkan di kedua bahagian.
Penyediaan glaze :
2. Masukkan lobak merah dan setengah cawan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Kemudian tambahkan mentega, buttermilk dan madu kedalam periuk. Kacau sehingga larut, dan biarkan ia berkilat dan lembut selama 3 minit. Siap untuk dihidang daging panggang tadi.
INFO : Perapkan bersama lemon jika ingin daging lembut
BEETROOT AND ROSEMARY BEEF PETTY
BAHAN-BAHAN :
½ biji bawang Holland | dicincang halus
1 sudu kecil minyak canola
½ biji ubi bit merah (beetroot) | dicincang
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil rosemary
1 sudu kecil lada hitam
500 gm daging cincang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dengan api sederhana dan tumis bawang bersama minyak canola. Selama 2-3 minit, sehingga keperangan
2. Campurkan kesemua bahan-bahan bersama daging di dalam mangkuk dan gaul bahan sehingga rata. Dan bentukkan daging menjadi bulat
3. Panaskan minyak canola masak daging sehingga masak
4. Siap untuk dihidang. Boleh dimakan bersama roti
Info : Ubi bit merah atau beetroot dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah dan antioksidan. Ia juga sumber Vitamin C yang baik.
Terima kasih: Pengarah Urusan MFA College, Datuk Mohd Farid Hj. Alwi Unit C-1-28 Blok C Pangsapuri Spring Villa Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Ada mangga muda di dapur, apa lagi jomlah buat sontam mangga.Buat buat somtam ni kena pandai seimbangkan rasa masam, masin dan pedasnya.Pastikan cari mangga muda, barulah rangup rasa bila dinikmati.Puas hati makan bila seimbang rasanya.
SOMTAM MANGGA
Bahan-bahan:
4 biji mangga
Udang kering
1 biji bawang merah
5 biji cili padi
Sos cili Thailand
Cara membuat:
1. Mula sagat mangga terlebih dahulu dan masukkan udang kering.
2. Campurkan bawang merah yang dipotong nipis-nipis dan cili padi.
3. Letakkan sos Thai ni.Kemudian gaul rata. Jangan letak gula dan garam dah.Sos ni semua cukup rasa.
4. Siap digaul.
Selamat mencuba.
Sumber: Ameera (Facebook)
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Suka makan jeruk maman? Ha..kebanyakan anak mudah sekarang kurang tahu cara-cara nak buat ‘side dish’ turun temurun ni. Kalau di kampung, tak ada lauk mewah pun tidak mengapa kerana jeruk maman ni sendiri sudah cukup untuk membuka selera. Rasanya yang liat-liat sedikit, masin dan masam, memang sedap! Nak cuba buat? Jom cuba resipi di bawah ni. Mudah je.
BAHAN-BAHAN:
Daun maman
1 cawan nasi | dikisar kasar
1 sudu makan garam kasar
Air bertapis | jumlahnya sama paras dengan daun maman
Cili padi | ikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Daun maman dicuci bersih bagi membuang pasir. Kemudian potong kecil dan dijemur seketika supa sedikit layu.
2. Ambil botol bersih. Masukkan daun maman dan juga air. Jumlah air perlulah sama paras dengan daun maman tadi.
3. Seterusnya masukkan nasi, garam kasar dan cili. Gaul rata dan tutup botol.
4. Tunggu selama 2 @3 hari sebelum jeruk maman ini boleh dimakan. Setelah cukup masa peraman, simpan jeruk di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.