Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Shikin Shahrir telah berkongsi resipi membuat kerabu epal hijau. Kata Shikin, dia gemar makan epal hijau kerana tertarik dengan saranan yang diberikan oleh seorang doktor iaitu Dr Zubaidi Ahmad.
"Menurut Dr Zubaidi, epal hijau elok dimakan setiap hari terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Epal hijau ada banyak khasiat misalnya zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut."
Bawang besar bertindak menguatkan imun tubuh daripada serangan penyakit dan membantu sistem penghadaman yang lebih baik. Cili padi pula boleh membakar lemak dan mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah bagi mencegah serangan penyakit jantung.
Limau kasturi pula mengandungi khasiat phloretin iaitu antioksidan yang sangat tinggi sebagai imun penyakit. Ia juga membantu menurunkan kolesterol, bacaan gula dalam darah dan creatinine dalam buah pinggang.
Kacang tanah mudah dihadam dan membantu menstabilkan gula darah. Ini akan membantu untuk mengurangi nafsu makan dan memberikan tenaga."
KERABU EPAL
BAHAN-BAHAN
1 biji epal hijau (dihiris halus)
1 biji timun Jepun (dihiris halus)
1 biji lobak merah (disagat)
1 labu bawang besar (dihiris halus) BELI DI SINI
4 tangkai cili padi (dihiris halus) BELI DI SINI
2 sudu besar jus limau nipis
½ sudu teh gula
Garam secukup rasa
.
.
Ads
CARA MEMBUAT
1. Masukkan epal, timun Jepun, lobak merah, bawang besar dan cili padi ke dalam mangkuk.
2. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam.
3. Gaul sebati.
4. Sedia dihidangkan.
.
Telur bungkus antara lauk mudah dan menjadi kegemaran anak-anak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak berbuka dengan menu telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah yang boleh dicuba.
TELUR BUNGKUS SEDAP
BAHAN INTI:
Isi ayam – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
1/2 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
2 biji telur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos Thai
1 sudu makan sos tiram
Secubit garam
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.
4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.
5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.
7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.
8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.
9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.
10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.
Melihatkan senarai pilihan pemanis mulut pilihan Raja Permaisuri Agung sebagai hidangan di Majlis Santapan Diraja ia sungguh autentik dan menarik perhatian tetamu diraja, Ia bagaikan amembangkitkan nostalgia silam di mana kesemua manisan ini sangat sinonim di majlis-majlis keraian di zaman dulu-dulu. Menariknya kesemua manisan ini sangat mudah disediakan, kepada korang yang teringin mencuba dan merasakan aura autentik, ini dikongsikan resipinya yang boleh dicuba.
.
PUDING RAJA
BAHAN-BAHAN:
4 sikat pisang lemak manis | buang kulit
1 cawan biji gajus | goreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun | potong empat
Buah ceri merah/hijau
2 sudu makan minyak sapi
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KUAH PUDING:
1 tin susu cair
3 biji telur | ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula | ikut citarasa
Daun pandan | simpul
Esen vanilla
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning.
Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
Untuk Kuah Puding. Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila.
Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang:Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
.
KUIH KACAU KELEDEK BAHAN-BAHAN:
1 kg keledek
1 biji kelapa parut | jadikan santan 2 gelas
500gram gula pasir
2 biji telur ayam
1 sudu teh vanilla
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Keledek dibersihkan, rebus dan lecek hingga halus
2. Satukan gula dan santan serta garam. Jerangkan atas api sederhana dan dikacau hingga likat.
3. Telur dipukul lalu dimasukkan kedalam adunan santan gula bersama keledek lecek dan esen vanilla.
4. Masukkan pewarna kuning.
5. Kacau hingga cukup kental, tuang dalam acuan.
.
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN:
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
CARA MEMASAK: 1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat. 2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam. 3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka. 4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan hawa.
CARA MEMASAK: 1. Masakkan santan sehingga pecah minyak, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga gula hancur. 2. Biarkan sehingga pekat, kemudian masukkan pulut. 3. Kacau hingga tekstur adunan kental.
.
WAJIK DURIAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut |rendam
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
10 ulas durian | isi sahaja
Sedikit kapur
Daun pisang
BAHAN AIR GULA:
500 gm gula melaka
300 gm gula pasir
2 cawan air
1 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Beras dikukus, setelah masak, angkat dan gaul dengan sedikit santan cair yang dibancuh dengan sedikit garam. 2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan dua cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis. 3. Masak semula gula yang ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian. 4. Apabila mendidih masukkan santan pekat dan biarkan merenih dalam setengah jam menggunakan api yang kecil. 5. Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi. 6. Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering. 7. Apabila kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah di alas dengan daun pisang. 8. Setelah sejuk wajik sedia dihidangkan.
.
BUAH TANJUNG
BAHAN-BAHAN:
10 biji kuning telur
1 kg gula pasir
500ml air
250gm tepung pulut
100gm tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh pewarna oren | jika suka
CARA MEMASAK:
Satukan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian, sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan.
Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan
Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah diangkat.
.
KUIH TAHI ITIK
BAHAN-BAHAN:
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
Sehelai daun pandan | siat-siat
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
Biarkan sejuk.
Setelah sejuk, bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
Kuih Tahi Itik sedia dihidangkan.
.
KUIH BUNGA TONJET: BAHAN-BAHAN:
15 biji telur gred A | ambil kuning sahaja
1 kg gula
Daun padan | carik dan simpul
5 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula bersama daun padan dalam air hingga pekat. Angkat dan tapis. 2. Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian titikkan telur dalam air gula panas yang masih di atas api. 3. Jika telur itu tidak boleh dibentuk, Kacau atau pukul lagi. 4. Kemudian ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat. 5. Ulang proses yang sama hingga adunan telur habis. 6. Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat. 7. Jika air gula menjadi terlalu pekat tambah air panas.
Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli.
KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Sedikit tepung jagung
Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega
Susu cair | anggaran 1/2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi