Enaknya sajian Kerabu Timun Bersantan yang dikongsi oleh saudari Izlyana Ell ni. Menu yang berasal dari Kelantan ini semestinya sangat enak walaupun dihasilkan hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas sahaja.
Asasnya cukup mudah. Anda hanya memerlukan timun yang disagat atau diparut halus. Sebaiknya guna mesin pemarut supaya saiznya sekata dan parutannya halus. Jika guna pisau, tekstur halus lembab agak sukar untuk diperolehi.
Kerabu ini juga menggunakan santan, dan mempunyai rencah ikan. Bila keduanya bergabung, memang enak. Lemak-lemak rasanya. Sangat sedap bila dimakan sejuk. Ratah sahaja, boleh habis semangkuk.
Jom cuba resipi istimewa ini. Anda dan keluarga pasti sukakannya. Selamat mencuba!
CARA MASAK KERABU TIMUN BERSANTAN KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
2-3 batang timun
Santan secukupnya (tak terlalu pekat & tak terlalu cair) – beli online disini
1.Satukan bawang merah, lada hitam, kelapa parut goreng dan isi ikan selayang (sardin) yang direbus. Tumbuk hingga lumat.
2.Sagat halus timun. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang bersesuaian.
3.Campurkan bahan tumbuk tadi ke dalam mangkuk berisi timun yang disagat.
Ads
4.Masukkan santan dengan secukupnya. Sebaiknya santan dipanaskan sekejap supaya kerabu lambat basi.
5. Perasakan dengan menambah garam dengan secukupnya. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit gula.
6. Masukkan perahan limau nipis mengikut tahap kemasaman yang digemari.
7.Gaul rata dan Kerabu Timun sedia untuk dinikmati.
INFO:Untuk rasa lebih enak, boleh tambah perut lembu rebus atau kerang rebus ke dalam kerabu. Mlah boleh juga guna pucuk paku, tuge dan kacang panjang. Sangat sedap.
Lauk paling mudah dan cepat. Jika dah bosan memikirkan menu untuk dimasak hari ini, boleh cuba menu olahan dari telur masin ni pula. Kerabu Telur Masin ni ‘simple’ je tapi rasa dia memang luar biasa. Nikmati dengan nasi panas, fuhhh…terangkat! Makan dengan bubur pun sedap. Jom cuba.
RESIPI KERABU TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin – rebus
1 biji bawang besar – belah dua & hiris nipis
8 biji cili padi – hiris
5 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Belah telur masin dan korek isinya menggunakan sudu. Masukkan ke dalam mangkuk.
Potong telur masin menggunakan sudu. Jangan terlalu kecil bagi elak ia hancur masa digaul.
Seterusnya masukkan hirisan bawang, cili, gula dan cuka. Gaul hingga semua bahan sekata dan sebati.
Masak Nasi Briani, tapi nak padankan dengan lauk apa? Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yang lengkap dengan lauk dan acarnya sekali. Padanan nasi dan lauk ini sesuai kalau korang sediakan untuk hidangan tetamu di hujung minggu ni atau bila anak-anak balik berkumpuil.
NASI BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
4 biji buah tomato | potong dadu
100 gm daun pudina
100 gm daun ketumbar
1 liter air
200ml susu cair
4 sudup rasa makan minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus
Beberapa titik pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih |hiris
2cm halia | hiris halus
2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
KAMBING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong ikut cita rasa
4 biji kentang | kupas dan belah empat
2 biji bawang besar | belah empat
2 biji cili merah | belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
2 sudu makan bawang goreng
2 pokok daun ketumbar
1 cawan susu cair/segar
1 biji lemon
1 biji bawang besar, hiris
2 sudu makan rempah briani
2 sudu makan gula Melaka
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya BAHAN KISAR
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cmhalia
1 biji tomato yang masak ranum
3 biji cili hijau BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
ACAR TUMIS:
BAHAN-BAHAN:
2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
1batang lobak merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
8ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk kari daging
2 cm halia hiris memanjang
2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!