Selalu buat sambal kerang, kita akan kupas kulitnya. Tapi resipi yang dikongsi Nurul Ain Muhamad Hassan ini lain sikit, kerang yang belum dikupas ini boleh juga dibuat masak sambal tumis. Katanya hidangan ini memang sedap kalau diratah.
Sambal kerang tumis tanpa perlu buang kulit
Bahan-bahan
Kerang – dicuci bersih
Bawang besar – 2 biji dihiris
Serai – satu batang diketuk
Bawang putih dan bawang merah – dikisar
Cili kering -kisar
Daun kesum – dihiris
Bunga kantan – 1 batang dihiris
Daun bawang dihiris
Ads
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar yang dihiris bersama serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang kisar lalu tumis hingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar (sukatan ikut cita rasa pedas). Tumis hingga cili betul-betul masak dan pecah minyak.
Ads
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan hirisan daun kesum dan bunga kantan (jika suka). Kalau letak kantan ini rasanya akan jadi lagi sedap.
4. Bila sambal dah agak kering masukkan kerang yang dicuci bersih.
5. Tutup kuali dalam 5-10 minit kemudian taburkan bawang yang dihiris.
Selalu makan dekat seafood restaurant atau Chinese stall kan? Sepinggan kecik gitu RM12 atau RM18 nah buat sendiri sekuali . Boleh jer masak sendiri ikut resipi @ashhryyyyy yang mnurut modal hanya RM8.90 sahaja. Berbaloi kan. Hah apa tunggu lagi , jom panaskan kuali.
Pepahat Masak Cili Padi
Bahan-Bahan:
Cili padi
Pepahat
Bawang putih
Bawang merah
Udang kering
Sos cili
Seafood sos
Cara memasak:
1.Bahan-bahan dikisar separa hancur kalau rajin lebih sedap ditumbuk.
2.Kemudian masak di atas kuali sampai naik bau atau cili tu masak.
3.Masukkan udang kering yang ditumbuk hancur untuk bagi rasa lagi sho shedap & tasty.
4.Masukkan dua sudu sos cili & seafood, garam dan gula. Memandangkan kita guna cili padi, gula letak lebih sikit bagi balance rasa atau ikut lidah korang.
5.Gaul sebati , kemudian masukka pepahat yang telah direndang dan dibasuh . Masuk perlahan perlahan dan gaul supaya semua kuah tu tersalut dekat pepahat.
6.Gunakan spatula supaya tak hancur. Lepas tu gaul sebati.
7 Dah siap! Makan makan hmm sho shedap!
Kali ni RASA kongsikan resipi sotong kukus limau. Sihat makan kukus-kukus ni. Sebab tak guna minyak dan garam. Makan semuanya bahan semula jadi dan rasa pun memang sedap.
SOTONG KUKUS LIMAU
Bahan-bahan
1 atau 2 ekor sotong saiz besar
Lengkuas
Serai
Daun ketumbar (akar sekali)
Bawang putih
Cara membuat
1. Cuci sotong bersih-bersih.
2. Potong sotong macam dalam gambar. Jangan sampai putus. Kelar saja.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong).
4. Letakkan akar ketumbar, sedikit bawang putih letak atas sotong.
5. Kukus sotong dengan api kuat. Sudah masak, buang air sotong.
Bahan sos
1 sudu besar gula
3 sudu besar air perahan limau nipis
2 1/2 sudu besar sos ikan
1 ulas bawang putih
Cabai melaka merah, hijau (dipotong)
Daun ketumbar
Daun pudina
Cara buat sos
1. Masuk gula, air perahan limau nipis, sos ikan, bawang putih dan cabai melaka. Kacau sehingga hancur.
2. Selepas sos siap, tuang sos atas sotong yang dikukus tadi. Tabur daun ketumbar dan daun pudina. Hias dengan limau nipis yang dihiris bulat. Siap untuk dimakan dengan nasi panas.
Lauk sotong rebus serai ini antara lauk ringkas yang akan terasa sedap sangat bila kita dah banyak sangat makan gulai, rendang, lauk ayam dan daging.
Selalu lauk rebus-rebus ini berasaskan ikan dan sayur tapi sebenarnya boleh juga gunakan sotong. Paling penting menu ini mudah sangat untuk dimasak. Buat yang berdiet pun sesuai.
Cara buat sotong rebus serai
Bahan-bahan
5-10 ekor sotong
2 biji cili api & 2 tangkai lada solok
1 biji bawang besar -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
3 batang serai -diketuk
3 keping asam keping
Cara membuat
1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan cili dan sotong, terus perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.
4. Apabila mendidih, matikan api supaya sotong tak terlebih masak (nanti liat).
Selepas matikan api, boleh juga masukkan tomato jika suka. Sedia dihidangkan. Lauk ini memang sedap makan dengan sambal belacan, budu dan ulam-ulaman.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!