Resipi Kicap & Pes Cili Untuk Masak Char Kuay Teow Homemade.

Share

Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.

 

RESIPI PES CILI, KUAH KICAP  & CARA MASAK CHAR KUAY TEOW 

 

RESIPI KUAH KICAP

  • 1 liter air
  • 6 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 10 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan kicap sotong
  • 2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
  2. Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.

 

RESIPI PES CILI

  • 100gm pes cili
  • 1 genggam udang kering – bersihkan
  • 1 labu bawang putih
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
  2. Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.

 

RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 labu bawang putih
  • 1 cawan minyak masak

 

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.

 

RESIPI CHAR KUAY TEOW

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu makan minyak bawang putih
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 senduk kuah kicap
  • Udang secukupnya – dibersihkan
  • Tauge & kucai secukupnya
  • Kuetiau halus
  • Telur

( boleh juga tambah kerang )

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
  2. Masukkan pes cili. Kacau sebati.
  3. Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
  4. Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
  5. Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.

INFO:

  1. Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
  2. Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.

 

Kredit resipi & foto: Azrina Surono

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

Published by
Nur