
Sedapnya Mi Rebus Johor. Sekali cuba, hirup kuah sampai licin. Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk keluarga, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu. Antara hidangan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Istimewanya resipi ni, kuahnya menggunakan rencah udang basah & juga udang kering. Patutlah padu. Malah beliau juga bermurah hati kongsi resipi langkah demi langkah ni. Jadi senanglah nak cuba. Jom kita lihat bahan-bahan untuk maak kuah Mi Rebus Johor yang sedap.
RESIPI KUAH MI REBUS JOHOR YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1kg mi kuning- dicelur
BAHAN KISAR:
- 100gm udang basah
- 3 sudu besar udang kering
- 2 biji bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- 2 inci lengkuas
- 5-6 tangkai lada kering
BAHAN KUAH:
- 3 biji keledek- direbus dan dilecek
- 150-200g daging cincang/ daging tetel
- 1 batang serai
- 2 sudu besar serbuk kari daging – beli online disini
- 2 sudu besar taucu – kisar – beli online disini
- Garam dan gula secukupnya
- Air secukupnya
BAHAN HIASAN:
- Tauge – dicelur
- Tauhu goreng
- Telur rebus
- Bawang goreng
- Lada potong
- Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek dan lecek.
2. Tumis serai di belah dua.
3. Masukkan bahan blender. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.
5. Masukkan daging cincang dan tambah air.
6. Biar mendidih dan masukkan taucu kisar.
7. Masukkan keledek lecek, reneh sehingga kanji keledek memekatkan kuah.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Celur mi dan tauge. Goreng tahu dan rebus telur.
10. Siap untuk dihidang
Kredit resipi & foto: Faziatun Nisa Yusof Basha
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Colek Mangga Muda 4 Rasa. Mudah, Sedap & Memang Kecur Liur!
Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.
Resipi Sup Telur Chinese Style. Simple, Jimat & Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI