Kuih Abok-Abok adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, kuih ini menjadi pilihan terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang. Kalau dapat makan masa masih panas, memang nikmat sungguh! Jom cuba resipi Kuih Abok-Abok sedap perkongsian saudari Zurida Hassan ini. Pasti puas hati dengan hasilnya.
Resipi Kuih Abok-Abok Sedap
Bahan-Bahan Kuih Abok-Abok:
3 cawan sagu
1 cawan kelapa parut
Gula melaka secukupnya – racik halus
Daun pisang secukupnya – potong kecil dan layurkan
Sedikit gula dan garam
Cara Memasak Kuih Abok-Abok:
Rendam sagu dengan pewarna hijau atau air kisaran daun pandan selama 15 minit.
Toskan airnya dan gaulkan bersama kelapa parut, sedikit gula dan garam hingga rata.
Bersihkan daun pisang dan gulung menjadi kon kecil untuk membungkus Kuih Abok-Abok.
Sudukan sedikit sagu ke dalam kon daun pisang.
Masukkan gula melaka secukupnya di tengah.
Tambahkan lagi sagu di atasnya.
Lipat bungkusan daun pisang dengan kemas dan semat dengan lidi. Ulang hingga habis.
Kukus kuih selama 20 minit atau hingga sagu masak sempurna.
Angkat dan sedia untuk dinikmati selagi masih panas!
Tip Tambahan:
Untuk hasil Kuih Abok-Abok yang lebih wangi, gunakan daun pandan segar ketika merendam sagu. Pastikan juga gula melaka dipotong halus supaya mudah cair semasa dikukus.
Kredit resipi & foto: Zurida Hassan
Kenapa Kuih Abok-Abok Jadi Kegemaran Ramai?
Kuih Abok-Abok terkenal dengan rasa lemak manis yang seimbang antara kelapa parut dan gula melaka. Teksturnya yang kenyal dan aromanya dari daun pisang menjadikan ia nostalgia buat ramai pencinta kuih tradisional. Dengan bahan ringkas dan cara penyediaan yang mudah, resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Jadi, kalau anda mencari kuih tradisional yang sedap dan mudah dibuat di rumah, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi Kuih Abok-Abok sedap ini. Rasanya memang tidak akan mengecewakan!
Teringin kuih-muih tradisional yang berinti manis untuk dimakan bersama secawan kopi di petang hari? Kami kongsikan resipi enam jenis kuih-muih tempatan yang mudah untuk disediakan. Bahannya juga ringkas dan rasanya tentu tidak pernah mengecewakan. Boleh juga dibuat hujung minggu ini untuk disantap bersama ahli keluarga yang lain.
Bagi yang tercari-cari sajian minum petang yang paling ringkas, ha…ini dia jawapannya. Cucur Ketam Bercili! Hanya guna crabstick dan beberapa bahan lain. Adun dan goreng. Fuhhh…memang sedap! Layan habis. Jom cuba!
CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung naik sendiri
150ml air
100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
3 tangkai kucai|dipotong kecil
1 biji cili merah|dicincang halus
1 biji bawang besar|dimayang halus
1 biji telur
5gm soda bikarbonat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
Sekarang ni dah ramai yang sukakan tempe kerana selain sedap, ramai yang mengakui khasihat untuk kesihatan. Menariknya tempe boleh dipelbagaikan cara pengambilan dengan pelbagai cara. Antara yang ingin dikongsikan ini adalah resipi Tempe Goreng Rangup, ia bukan hanya boleh dijadikan hidangan sampingan tetapi kudapan sihat di waktu senggang. Kena dengan pencicahnya memang ketagih jadinya..
TEMPE GORENG RANGUP.
BAHAN-BAHAN:
2 keping tempe | hiris nipis
150gm tepung gandum
70gm tepung beras
3 ulas bawang putih | haluskan
Daun bawang | hiris halus
1/2 sudu teh lada putih
1/2 perasa ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
1. Satukan tepung gandum, tepung beras, lada putih, garam dan perasa ayam.
2. Campurkan air, sedikit demi sedikit, sambil kacau rata hingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Celupkan tempe yang telah dihiris tadi dalam bancuhan tepung.
5. Goreng hingga kuning keperangan.
6. Angkat dan toskan.
7. Enak sebagai kudapan dan dicicah dengan sos yang anda suka.
Jom cuba resipi Roti Paung Terengganu terlajak lembut dan gebu ini! Hanya uli guna tangan, tapi hasilnya sedap gila dan confirm jadi kegemaran seisi keluarga.