Sedapnya kuih Cek Mek ni. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah didapati, kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, petang atau di majlis-majlis keraian. Nak cuba? Saudara Mohd Azmy ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1.Rebus ubi keledek dengan secubit garam hingga empuk. Empunya resipi guna ubi kuning kerana rasanya yang lebih manis. 2. Bila ubi telah empuk, toskan air dan lenyek menggunakan lesung batu hingga lumat.
3. Masukkan tepung gandum dan juga baking powder. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambal diuli. Jangan letak banyak nanti kuih akan keras. Pastikan jumlah ubi lebih banyak dari tepung.
4. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Sediakan minyak dan juga gula. Minyak untuk memudahkan proses menguli doh. Gula pula dijadikan inti kuih.
6. Cubit doh dan leperkan. Letak 1 sudu teh gula.
7. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
8. Lakukan proses yang sama hingga habis adunan.
9. Panaskan minyak masak yang banyak dan goreng cek mek tadi hingga keperangan.
10. Angkat dan toskan. Tunggu kuih sejuk seketika barulah dinikmati.
11. Kuih Cek Mek sedia untuk dihidang. Berhati-hati jika makan sebaik diangkat dari kuali kerana air gulanya masih panas.
Sesekali makan Bubur Nasi untuk makan malam memang enak. Bukan setakat dinikmati begitu sahaja, menu ini juga boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk kegemaran masing-masing. Cukup mudah dan mengenyangkan. Jika dinikmati begitu sahaja pun sudah cukup menaikan selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sulizawati Linn Hassan ini. Istimewanya menu ini sebab ia menggunakan beras nasi impit segera. Jadi bubur anda memang bau wangi dan lebih sedap.
BUBUR NASI SPECIAL
BAHAN A:
3 paket beras nasi impit – keluarkan beras dari paket nasi impit, cucurkan air & toskan
1.5 liter air- kalau nak bubur lebih cair, boleh lebihkan air.
3 keping dada ayam- dipotong kecil (nak guna bahagian tulang pun boleh)
2 ketul kiub pati ayam- dipecahkan jadi serbuk terlebih dahulu
1 inci halia – dimayang halus (*)
3 ulas bawang putih- tumbuk halus (*)
2 paket sup bunjut (*)
1 batang kecil kulit kayu manis (*)
1 kuntum bunga lawang (*)
1 helai daun pandan- disimpul (*)
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh gula
Sedikit minyak masak
BAHAN B (untuk taburan masa hidang):
Daun bawang – hiris
Bawang goreng – digoreng dengan 5 sudu makan minyak bijan
Cili merah – hiris
Lada sulah- renjiskan semasa hidang
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan bertanda (*) hingga wangi dan naik bau.
Kemudian masukkan isi ayam. Kacau selama 1 minit.
Seterusnya masukkan air, kiub pati ayam dan beras. Masak guna api sederhana sehingga beras menjadi bubur.
Perasakan dengan garam dan gula. Rasa terlebih dahulu untuk pastikan perisanya cukup.
Padamkan api dan tabur bahan-bahan B sebelum dinikmati.
Menu ringkas, mudah dan cepat disediakan sering menjadi tarikan ramai si bujang untuk mencubanya di dapur. Biasanya konsep ala carte yang menjadi pilihan. Bagi anda yang baru pertama kali nak belajar cara masak paprik, resipi ini boleh anda cuba.
Kuih tradisional yang popular turun temurun, resipi nenek moyang yang sangat berharga. Antara manisan yang sering disajikan ketika musim perayaan, kenduri kendara, kahwin dan sebagainya. Mudah di buat dengan kaedah kukus ni, siap dinikmati bersama keluarga tersayang.
RESIPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU)
BAHAN- BAHAN:
1kg beras pulut
1kg gula merah
2 cawan gula putih
Santan secukup lemak
(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Beras pulut direndam 4-5jam
Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan
Masak gula merah dan tapis dahulu
kemudian masukkan gula putih
Masukkan santan & daun pandan
Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi
Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat
(mcm meletop2 gitu )
Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik
Tutup api dan masukkan dalam bekas
Siap!
Kongsi resipi: Fyza Eky
RESIPI WAJIK PULUT
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
*300gm gula melaka @ gula merah
*200gm gula pasir
bahan * dimasak dengan 1 cawan air
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas talam/loyang
4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) – bagi yg suka durian.. idea dari zaina..
CARA MEMASAK:
*Kaedah kukus – Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
*Kaedah tanak di rice cooker – 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)