Bagi yang baru nak belajar buat kuih Seri Muka, boleh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkiflyni. Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang. Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH SERI MUKA MINI GUNA ACUAN LOMPANG
BAHAN BAWAH:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 sudu makan minyak masak
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan yang lain.
2. Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam acuan lompang. Tekan pulut hingga padat menggunakan satu lagi acuan lompang yang telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.
Ads
BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3 sudu makan tepung ubi
1 cawan air pandan (1 cawan air kisar dengan 5 helai daun pandan)
1 biji telur
1/2 cawan gula – lebihkan jika nak lebih manis
1/2 sudu teh kulit kayu manis
1/2 sudu teh jintan manis
Secubit garam dan pewarna hijau
CARA MEMASAK: 1. Satukan santan, telur dan gula. Kacau hingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain. 2. Masak atas dapur seketika sehingga naik wap. 3. Tapis bancuhan kemudian tuang ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi.
4. Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan untuk mengeringkan air.
5. Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan. Sedai untuk dinikmati.
Kuih LepatLabu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Asma Mohamed antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH LEPAT LABU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan labu – rebus dahulu labu hingga lembut kemudian baru disukat
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi kayu
3 ½ sudu makan gula
Secubit garam
Santan pekat – jumlah agak-agak supaya adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat
Daun pisang secukupnya – bersih & layurkan
BAHAN INTI:
Kelapa putih parut
Manisan @ gula melaka secukupnya
Sedikit air
Secubit garam
1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Sediakan inti terlebih dahulu. Satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan @ gula melaka larut. Tekstur inti paling sedap ialah bila ia agak lembab dan tidak kering. 2. Untuk adunan lepat, satukan semua bahan dan adun hingga sebati. 3. Untuk membungkus lepat, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur. 4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat, letak atas daun pisang. 5. Seterusnya, ambil 1 sudu teh inti. Balut daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
6. Panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat tadi. Kukus selama 25 minit atau hingga masak.
Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP & CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Sedapnya Ayam Goreng Serai Thaini. Cukup rasa rempah ramuannya. Goreng pula garing-garing dan dimakan panas. Wafuh….Memang membuka selera. Apa kata hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Merecik rasa dia. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK AYAM GORENG SERAI THAI (THAI LEMONGRASS FRIED CHICKEN)
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam – dipotong kecil & dicuci bersih 2 batang serai – dipotong 2 cm & ditumbuk hancur mengunakan lesung batu 2 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos ikan – beli online disini 1 sudu teh gula – beli online disini 2 sudu makan tepung jagung – beli online disini 5 helai daun limau purut – dihiris
CARA MEMASAK 1. Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (kecuali daun limau purut) serta bahan yang dikisar halus. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
2. Panaskan minyak agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti. 3. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.
4. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!