Kalau rasa nak masak lauk telur yang mudah tapi sedap, resipi kurma telur ini memang pilihan terbaik. Kuahnya pekat, lemak dan cukup berempah sesuai digandingkan dengan nasi putih, roti jala atau pulut. Bau rempah kurma yang ditumis bersama daun kari memang boleh buat satu rumah berbau wangi! Rasanya pula memang macam mak-mak masak.
Bahan-bahan Kurma Telur
6 biji telur ayam (direbus & dibuang kulit)
1 paket rempah kurma
110ml santan kotak
Air panas secukupnya (untuk kuah, ikut kepekatan yang disukai)
Bahan Tumisan
Bawang merah (dihiris halus)
Ads
Halia (dihiris nipis)
Daun kari
1 sudu makan bawang merah kisar
1/2 sudu makan bawang putih kisar
Ads
1 sudu makan halba campur
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
Bahan Hiasan
Bawang besar atau bawang Holland (dibelah empat)
Ads
Cili besar merah/hijau (dibelah dua) atau cili padi jika suka pedas
Cara Penyediaan Kurma Telur
Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau wangi.
Masukkan rempah kurma dan kacau perlahan selama 2 minit supaya rempah masak sempurna.
Tuang santan dan gaul sebati. Biar hingga pecah minyak menggunakan api perlahan.
Bila dah pecah minyak, tambahkan air panas mengikut kepekatan kuah yang diingini.
Masukkan telur rebus dan reneh atas api sederhana hingga kuah meresap.
Perasakan dengan garam, gula dan sedikit lada hitam tumbuk.
Bila kuah mendidih dan cukup rasa, masukkan bawang besar serta cili. Tutup api dan siap untuk dihidang!
Tip
Jika mahu telur rebus masak cantik dan senang kupas, rebus air hingga mendidih, masukkan sedikit garam dan rebus telur sampai masak. Selepas telur masak, rendam pula dalam air sejuk. Kemudian boleh kupas.
Gunakan santan pekat supaya kuah kurma telur lebih berlemak.
Tumis rempah kurma hingga pecah minyak ini rahsia aroma wangi dan rasa berempah yang kuat.
Jika suka lebih pedas, tambah sedikit serbuk cili atau cili padi.
Boleh juga tambah kentang untuk versi kurma telur kentang yang lebih mengenyangkan.
Telur mata antara hidangan yang boleh dikatakan setiap hari kita nikmati terutama pada waktu pagi. Namun kejadian dua kematian akibat keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada makan telur mata baru-baru ini mengundang kerisauan.
Justeru bagi mengelakkan kemudaratan berlaku akibat memakanan hidangan telur ini sebaiknya kita menitikberatkan kebersihan dan keselamatannya supaya tidak membawa mudarat kepada kesihatan.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu kita praktikkan dalam penyediaan telur untuk dimakan.
Menurut laporan Public Health Malaysia telur ayam terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
Telur mata juga hendaklah dimakan dalam tempoh empat jam disediakan.
Kena pastikan telur masak sempurna jika masak dalam kuantiti banyak.
Bila anak-anak cuti sekolah, mak-mak mesti sibuk nak masak itu ini. Tak kurang juga yang tidak tahu nak masak apa lagi. Jangan risau kalau kering idea, ini RASA kongsikan enam menu telur yang mudah dan ringkas, bukan sekadar telur goreng mata atau telur dadar je ye..
RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur |rebus
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih| kisar
1 inci halia |kisar
1 inci kunyit hidup |kisar
2 batang serai| hiris
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih|kisar
½ inci halia|kisar
½ inci kunyit hidup|kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar.
Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu.
Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum.
Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur.
Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | direbus
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 mangkuk santan
3 sudu teh rempah kurma
1/2 inci halia
1 helai daun pandan
1 batang cili hijau
1 batang cili merah
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika.
Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan.
Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh| rebus dan goreng
5 biji cili padi| dihiris
5 biji bawang merah| dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan goreng
8 biji cili merah | dikisar
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai | titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar.
Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
Akhir sekali masukkan telur.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur biasa
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Sediakan daun pisang.
Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
5 biji bawang merah| dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cendawan tiram |potong
Sedikit bunga kubis|potong
Sedikit daun sup|racik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Apabila sudah naik bau, masukkan air. Kacau perlahan.
Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
Semakin usia meningkat, kita sepatutnya lebih peka terhadap kesihatan. Boleh je nak makan apa-apa pun tapi kalau ada pilihan lebih sihat, apa salahnya kita mula bertukar pada yang lebih baik untuk kesihatan kan?
Bagi peminat roti canai atau capati, korang tahu tak sekarang ni ada pastri sejuk beku yang kurang lemak dan kurang gula?
Baru-baru ini, Kawan Food Berhad keluarkan seleksi produk sejuk beku Plain Paratha dan Chapatti yang menepati cita rasa mereka yang mahukan hidangan sihat. Tapi tak berkompromi terhadap rasanya.
Produk ini mengandungi 30 peratus kurang lemak dan rendah indeks glisemik (GI). Namun ianya tetap sedap dengan adunan premium seperti Okra, Lentil dan Fenugreek.
RASA berikan resipi Chapatti Egg Roll yang sangat sedap menggunakan kepingan capati rendah GI daripada Kawan Food. Cubalah, memang sedap!
CHAPATTI EGG ROLLS
BAHAN-BAHAN
2 biji tomato ceri (hiris nipis)
1 keping chicken ham (hiris nipis)
2 biji telur ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (dihiris)
Sedikit minyak masak
1 keping Low GI Chapatti
CARA MEMBUAT
1. Hiris nipis tomato ceri dan chicken ham.
2. Pukul telur ayam dan masukkan garam serta serbuk lada hitam.
3. Panaskan kuali leper. Letak sikit minyak masak.
4. Masukkan adunan telur tadi. Masukkan juga tomato ceri, chicken ham dan daun ketumbar.
5. Dalam masa sama, panaskan kepingan chapatti dalam kuali leper yang lain.
6. Letakkan chapatti di atas pinggan.
7. Angkat adunan telur yang sudah masak dan letak atas chapatti.
8. Gulungkan dan sedia dinikmati.
*Boleh juga letak bahan lain ikut cita rasa anda misalnya capsicum.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!