Sedapnya Kuzi Ayam. Hidangan ini asalnya adalah menu para kerabat istana. Kuzi biasanya dihidang sewaktu raya dan dinikmati bersama Roti Jala ataupun Roti Benggala. Bila dilihat pada bahan-bahannya namak banyak, tetapi ia sangat berbaloi dengan keenakan rasanya. Nak cuba? Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan resipi. Jom cuba!
1.Cuci bersih ayam dan potong kecil. Kemudian gaulkan dengan sedikit bahan yang ditumbuk/ kisar dan zafran. Perapkan sekejap dan goreng hingga masak. Ketepikan.
2.Hiris nipis-nipis bawang merah dan goreng jangan garing sangat. Setelah kekuningan angkat dan toskan minyak, tumbuk lumat jadi seperti kerisik. Ketepikan.
3.Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng kismis dan gajus.
4.Panaskan minyak sapi + minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar sampai wangi.
5.Masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak. Tutup api.
6.Dalam mangkuk besar, masukkan susu cair, bawang goreng yang ditumbuk lumat, tomato puree dan sos tomato. Kacau rata.
Ads
7.Kemudian masukkan ke dalam periuk bahan tumis tadi, kacau sebati. Jika kuah terlalu pekat masukkan 1/2 cawan air.
8.Buka api, masak hingga mendidih. Masukkan ayam goreng, gajus/badam, kismis, garam dan gula.
9.Biarkan merenih dengan api sederhana dan kuah sedikit pekat.
10.Kuzi Ayam siap dan boleh dihidangkan bersama roti jala atau roti benggali.
Bagi penggemar sajian berempah, resipi Ayam Goreng Kariini tentunya yang anda wajib cuba dan tidak boleh lepaskan. Sangat enak dan membuka selera. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup membuatkan tekak rasa terliur. Jom cuba resipi perkongsian saudari Noreen Elainie ni. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM GORENG KARI (SUKATAN 5 ORANG MAKAN)
BAHAN-BAHAN:
Ayam secukupnya – dipotong dadu 1-2 biji bawang merah – potong dadu / cincang 2 sudu makan sos tiram – beli online disini Hirisan cili hijau secukupnya
BAHAN PERAPAN:
5 sudu makan serbuk cili – beli online disini 3 sudu makan serbuk kari – beli online disini 1 sudu makan tepung jagung – beli online disini Cili hijau secukupnya Bawang putih secukupnya Halia secukupnya Serbuk perasa secukupnya Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam, potong kecil dan gaulkan bersama bahan-bahan perapan hingga rata. Biarkan selama ½ jam.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak sedikit banyak. Masukkan cincangan bawang merah. Tumis hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul-gaul biar goreng dengan sekata.
4. Bila ayam kelihatan masak, masukkan sos tiram dan hirisan cili hijau. Gaul lagi hingga semua bahan sempurna dan cukup rasanya.
5. Ayam Goreng Kari siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Ayam perlu dipotong kecil bertujuan supaya ia mudah masak bila digoreng bersama minyak nanti. Lebih enak jika dicampur bahagian isi bersama bahagian tulang. Kombinasi ini sangat sesuai dengan rasa rempah kari yang sedap.
Ayam Goreng Kelapa Parut, siapa yang pernah rasa mesti tahu kenapa lauk ni selalu jadi rebutan di meja makan. Kriuk-kriuk yang garing memang padu!
Gabungan ayam yang diperap dengan rempah, disalut kelapa parut dan digoreng hingga rangup, menghasilkan rasa unik yang tak sama macam ayam goreng biasa.
Haruman kelapa goreng yang garing, ditambah pula dengan tekstur ayam yang lembut di dalam — cukup untuk buat sesiapa pun terliur.
Menu ni bukan saja sesuai dijadikan lauk harian, tapi juga cukup ‘wow’ kalau nak jamu tetamu. Jom kita tengok macam mana cara nak buat Ayam Goreng Kelapa Parut yang padu ni!
Ayam Goreng Kelapa Parut
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong 16
1 sudu besar garam
1 sudu besar kunyit
3 helai daun salam
7-8 helai daun limau
1/2 biji kelapa parut
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Daun pisang
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kalau makan sup ayam di restoran Thai, rasanya sup ayamnya masam-masam kan? Beza dengan selalu yang kita buat. Sedap kalau dapat hirup kuahnya. Kalau anda nak masak sendiri di rumah, boleh masak ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Vidda Waheda Ismail ini.
SUP AYAM ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Halia
Serai
Cili padi
Kiub ayam
Sup bunjut
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sos ikan
Saderi
Lobak merah
Daun ketumbar
Bawang besar | dihiris
Cili potong
Tomato
Daun limau purut
Perahan asam limau nipis
Ayam
Sedikit hirisan lemak ayam
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan cili. Campurkan hirisan lemak ayam dan tumis sehingga wangi.
2. Tambahkan air dan perasakan dengan kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos ikan.
3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam. Tutup periuk dan biar ayam masak seketika. Kemudian, masukkan saderi dan lobak merah.
4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan air asam limau nipis.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!