Laksam adalah makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
Ads
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1/2 sudu teh garam (BELI DI SINI)
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
Ads
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Bagi penggemar hidangan Makaroni Keju, anda pasti pantang dengar nama menu ni dah rasa nak makan kan? Ha…Min faham. Mahu tak nak. Dah nama pun makanan kegemaran. Kepada sesiapa yang tercari-cari resipi Makaroni Cheese yang mudah dan sedap, resipi ni salah satu yang boleh dicuba. Sangat berbaloi. Boleh makan puas-puas! Malah ia juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.
MACARONI CHEESE SEMPOI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan macaroni
3 cawan susu segar
6 keping keju cheddar Cheesedale
1 sudu besar susu pekat manis
Brokoli secukupnya – dicelur
Cendawan butang secukupnya – dicelur
Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus makaroni dan toskan airnya.
Dalam pan atau periuk, masukkan makaroni tadi dan buka api sederhana. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk.
Letakkan kepingan keju dan susu pekat manis di atas makaroni tadi.
Bila keju mula cair, gaul kesemuanya supaya rata.
Masukan hirisan brokoli dan cendawan yang telah direbus atau dicelur.
Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam untuk rasa yang lebih sedap.
Mi Jawa antara menu mi yang digemari ramai. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi Mi Jawa Cara Che’ Nom. Bahan dan cara penyediaannya hampir sama dengan mi rebus, Cuma Mi Jawa lebih ringkas. Menariknya Che’ Nom gunakan keledek kuning sebagai bahan pemekat kuah, rasa manis dari isi keledek digabungkan dengan air rebusan daging memang menjadi rahsia kesedapan Mi Jawa ini sedap. Jadi anda wajib mencubanya.
MI JAWA BAHAN-BAHAN: 2 paket mi kuning Air rebusan daging secukupnya 3 biji keledek | rebus dan kisar halus 1 seduk cili kisar 3 sudu makan serbuk kari 1 kiub ayam atau daging Garam dan gula secukup rasa 1/2 cawan minyak masak | untuk menumis BAHAN KISAR HALUS: 6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 batang serai | hiris 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 sudu makan udang kering BAHAN TABUR (CONDIMENT): Daging rebus | dihiris nipis secukupnya Tauhu goreng | dihiris nipis Telur rebus secukupnya | kupas dan belah dua Tauge secukupnya | celur Hirisan daun bawang & sup Bawang goreng Hirisan cili merah Limau nipis | hiris
CARA MEMBUAT:
Celur mi kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak supaya mi tidak melekat bila sejuk nanti.
Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti dan daging dihiris nipis.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sedikit mi ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.
Laksa homemade memang mempunyai tekstur yang berbeza jika dibandingkan dengan laksa kering. Teringin nak buat laksa sendiri? Boleh cuba resipi di bawah ini.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak
Air panas mendidih secukupnya | bergantung jumlah tepung
CARA MEMASAK:
1.Gaul semua bahan menggunakan sudip kayu sehingga menjadi doh.
2. Bahagikan tepung mengikut acuan laksa. Uli doh menggunakan tangan apabila doh menjadi suam. Jangan biar sampai tepung sejuk. ( Sapu sedikit minyak di tangan untuk elakkan tepung melekat)
3. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan ke dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada pengukus bagi mengelakkan laksa melekat.
4. Kukus selama 20 minit. Pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih sebelum mengukus laksa. Bila tepung kelihatan berkilat, ia menandakan laksa telah masak.
5. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Biar seketika.
6. Setelah laksa sejuk, lerai-leraikan laksa tersebut. Masukkan laksa kecdalam penapis dan alirkan di bawah air mengalir. Toskan. Sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda,.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.