Salah satu kuih muih Melayu yang digemari ramai. Lepat Jagung ni memang sedap. Manis, lemak dan ada rasa jagung segar. Uniknya, kuih ini dibungkus menggunakan kulit jagung. Memang ‘rare’. Tapi jangan risau, jika tiada kulit jagung tu, boleh je guna daun pisang. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
LEPAT JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
4 tongkol jagung – disagat
1 tongkol jagung – dihiris
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
BAHAN MEMBUNGKUS:
Ads
Kulit jagung untuk membungkus – boleh digantikan dengan daun pisang
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas. Adun sebati.
2. Kemudian masak adunan hingga pekat menggunakan api sederhana. Pastikan adunan selalu dikacau.
Ads
3. Untuk membungkus lepat, sediakan kulit jagung dan masukkan satu sudu makan adunan tepung tadi.
Ads
4. Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 minit.
Kuih tradisional Melayu seringkali dianggap sebagai warisan lama yang mulai hilang dari radar pencinta makanan masa kini. Tapi sebenarnya, kuih-kuih tradisional seperti Abok-Abok, Koleh Lemak, dan Apam Dewa masih mempunyai peminat setia yang sangat menghargai rasa dan cerita di sebaliknya.
Kalau dulu kuih-kuih ini hanya popular di kalangan generasi lama, kini tiba masa kita hidupkan semula tradisi ini. Jom kita cuba buat kuih tradisional yang mudah, sedap, dan pasti menggamit kenangan lama sambil dinikmati bersama keluarga. Sesuai sangat untuk hidangan minum petang atau jamuan santai
KUIH ABOK-ABOK
BAHAN-BAHAN:
1 cawan biji sagu
Kelapa parut (bahagian putih sahaja)
½ cawan gula merah
5 sudu makan gula putih
Sedikit garam
3 cawan air biasa
Daun pisang secukupnya (untuk membalut)
CARA-CARA:
Gaulkan biji sagu, kelapa, dan sedikit garam hingga sebati.
2. Dalam mangkuk berasingan, larutkan gula merah dan gula putih dengan air.
3. Bentuk daun pisang menjadi corong atau kon.
4. Susun lapisan dalam daun pisang: sagu – gula – sagu.
5. Bungkus kemas dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana sehingga masak.
Tips: Kuih ini sesuai dinikmati sejuk atau suam, rasanya asli dan legit!
Sedapnya Kuih Tepung Pelita. Lemak manis, memang jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang sukakan manisan ini dan mahu cuba membuatnya, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Tak perlu kukus. Hanya kacau dalam periuk sahaja. Malah boleh cuba buat dalam jumlah yang sedikit.
RESIPI KUIH TEPUNG PELITA VERSI KACAU
BAHAN LAPISAN BAWAH (HIJAU)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air pandan (kisar 7 helai pandan)
1 sudu teh air kapur
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan. Kacau sebati hingga tiada bintil-bintil tepung.
2. Masak guna api perlahan hingga adunan meruap, pekat dan meletup-letup.
3. Tutup api kemudian tuang ke dalam acuan atau bekas kecil. Ketepikan.
BAHAN LAPISAN ATAS (KEPALA SANTAN)
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan. Sebatikan hingga tiada bintil-bintil tepung.
2. Masak adunan guna api kecil hingga meruap, pekat dan meletup-letup. Pastikan adunan sentiasa dikacau.
3. Padamkan api dan tuang ke dalam acuan berisi lapisan hijau tadi.
4. Sejukkan Tepung Pelita dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Nota: Sukatan ini akan dapat 25 bekas dadih bersaiz 4oz.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
Nak cari RICE COOKER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Minum petang apa ye untuk hari ini. Bila semua ada di rumah hidang apa pun pada ahli keluarga pasti habis. Jom kita buat apam susu jagung, paling mudah tak payah makan dengan kelapa pun dah sedap.
Apam susu jagung
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
Lebih kurang 3/4 cawan air suam
3 sudu makan susu jagung (saya guna brand Saji perisa jagung)
1 sudu makan yis -BELI ONLINE DI SINI
5 sudu makan gula pasir
Cara memasak:
1.Campur semua bahan.
2.Pukul sebati.
3.Perap hingga kembang.
4.Dah kembang,kacau balik pukul sekejap.
5.Masukkan dalam acuan.
6.Pengukus panaskan dulu.
7.Kukus apam dalam masa 12 hingga 15 minit.
Kredit:Badariah Abdrahman
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!