Kudapan atau jajan memang mengasyikkan kalau dimakan sambil tonton televisyen. Krup krap krup krap je kan? Nak buat sendiri jajan untuk dimakan seisi keluarga? Jom try resipi yang dikongsikan oleh Cahaya Malaika melalui chanel Telegram KakiMakan ni. Senang je nak buat tau.
POTATO CHIP ALA MR POTATO
Ads
Bahan-bahan
6 biji kentang (mengikut kuantiti yang diperlukan)
Satu periuk air (untuk merebus kentang)
Sedikit garam (tak nak letak pun boleh)
2 sudu cuka makan
Serbuk cili
Serbuk cheese
Gula halus
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Basuh kentang. Kentang tak perlu buang kulit.
2. Hiris kentang nipis-nipis. Lebih mudah menggunakan penyagat atau slicer.
3. Didihkan air bersama cuka dan garam.
4. Masukkan kentang yang dihiris ke dalam air rebusan selama 3 minit sahaja. Ini untuk pastikan kentang kekal rangup dan tidak lembik apabila digoreng.
5. Basuh dan toskan kentang. Biarkan kentang kering. Boleh juga gunakan oven pada suhu rendah untuk cepatkan pengeringan.
6. Kentang kena betul-betul kering supaya rangup.
7. Goreng kentang sehingga kuning keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
8. Gaul kentang dengan serbuk cili, serbuk cheese dan gula halus.
9. Simpan kerepek kentang dalam bekas.
Info
Kalau tak nak letak apa-apa perasa pun boleh makan macam tu dah sedap.
Sedapnya kalau dapat makan pancake yang gebu dan tebal macam di McD tu kan? Kalau nak beli pun dah mahal. Jadi, boleh buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah. Lebih jimat dan puas hati. Adunan yang lebih juga boleh disimpan di dalam peti sejuk.
1. Campurkan semua bahan di dalam satu bekas dan kacau sebati. Boleh kacau menggunakan sudu atau tangan. Nak lagi mudah, boleh masuk ke dalam pengisar.
2. Selepas adunan sebati, panaskan kuali dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sehingga pancake nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan adunan sehingga kekuningan.
4. Siap! Boleh dihidangkan dengan butter, maple syrup, madu atau aiskrim.
Sekali sekala tekak mesti teringin nak makan kudapan barat. Keju dan kentang adalah dua gandingan serasi yang cukup menyelerakan. Tapi jangan selalu sangat, maklumlah berlemak dan berkrim. Nanti naik berat badan pula. Sajian ini sungguh mengenyangkan malah boleh sahaja dinikmati sebagai sarapan atau makan malam. Sesuai juga dijadikan brunch. Bahan-bahan untuk hasilkan hidangan ini pun ringkas sahaja. Jom kita cuba buat sendiri Cheesy Potato Bake. Anda pasti suka.
CHEESY POTATO BAKE
BAHAN-BAHAN:
60gm mentega
1/4 cawan tepung gandum
21/3 cawan susu segar
2 cawan parutan keju
1.2 kg kentang, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Ambil loyang pembakar segi empat dan griskan dengan sedikit mentega. Ketepikan.
Cairkan mentega dalam periuk saucepan menggunakan api sederhana. Masukkan tepung, masak dan kacau secara kerap selama dua minit atau hingga sebati.
Alihkan periuk dari api @ padamkan api. Perlahan-lahan masukkan susu dan kacau dengan kerap hingga menjadi campuran yang benar-benar sebati.
Kemudian letak kembali di atas api. Masak dan kacau sehingga sos mendidih.
Masukkan pula 1 1/2 cawan parutan keju dan kacau hingga sebati.
Susun 1/3 hirisan kentang, biarkan ia sedikit bertindan di dalam loyang pembakar, taburkan garam dan lada hitam.
Sudukan satu pertiga daripada sos keju tadi sehingga menutupi lapisan kentang. Ulang sebanyak dua kali. Jadikan dua lapisan. Taburkan lebihan parutan keju di permukaan.
Bakar di dalam ketuhar selama satu jam atau hingga kentang empuk dan perang keemasan.
Jika permukaan keju menjadi terlalu perang sebelum sampai waktunya, tutup dengan kertas aluminium foil bagi mengelakkan lapisan keju menjadi terlalu hangus.