
Jika sebelum ini kita sering makan popia basah, popia sira dan keju. Kali ini Puan Solehah Yusoff di laman facebooknya berkongsi resipi baru iaitu popia pisang coklat yang rangup dan sedap. Masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyi dia. Cubalah!
POPIA PISANG COKLAT



BAHAN-BAHAN:

- 1 bungkus kulit popia (saiz kecik)
- Pisang (tak kesah janji dah masak dan manis)
- Coklat Susu (tak kesah jenis ape, nutella pun boleh)
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Potong pisang dan coklat untuk bahagian kecil.
- Kulit popia pulak dipotong ke empat bahagian.
- Basahkan kulit popia yang pertama dengan air. Tujuan untuk lekatkan kulit popia yang kedua.
- Letakkan pisang dan coklat.
- Basahkan kulit popia yang kedua dengan air dan lekatkan dengan kulit popia pertama. Pastikan lekat yer.
- Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup kuning keemasan.
Dah boleh makan!
*ikut kreativiti kamu sama ada nak gulung macam popia goreng biasa atau kapitkan seperti gambar diatas.
Kongsi resipi: Puan Solehah Yusoff
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci Dan Halal.

Anda suka guna kek ikan / fish cake dalam masakan bergoreng atau sayur? Ha…anda harus cuba resipi fish cake homemade perkongsian saudari Tahrunnisah Jali ni. Mudah je cara pembuatannya. Boleh buat stok banyak-banyak. Dari segi kebersihan pula, tentunya lebih terjamin, diyakini halal dan dapat makan puas-puas. Selamat mencuba!
RESIPI FISH CAKE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ikan tenggiri segar
- 3 sudu kecik (menggunung) tepung jagung
- 1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap kisar, cuba rasa. Jangan masin sangat ye sebab nanti bila sejuk, ia akan rasa lagi masin)
- Sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 cup air sejuk (dari air batu)
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air ye sebab dalam fillet sudah ada kandungan air. Jadi abaikan sukatan air.
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ikan tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar helus menggunakan food processor atau tumbuk.
2. Kemudian masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan ajinomoto. (ajinomoto adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.)
3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.
4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna bekas lain yang tahan panas.
5. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang.
6. Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.
7. Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil menyamai bentuk fish cake yang dijual di kedai.

9. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: FB Tahrunnisah Jali
Idea Menu Potluck Sedap Sempena Cuti Hari Merdeka

Bercadang nak buat makan-makan dan tercari-cari menu potluck sempena cuti hari kemerdekaan hujung minggu nanti? Ini antara menu-menu potluck yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengahari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera.
KOLEKSI MENU POTLUCK YANG SEDAP & MUDAH
1. NASI DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – rebus empuk
- 1kg beras basmathi – cuci & tos
- 1.5kg air
- 1/2 tin susu cair
- 2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1 kiub pati daging
- 1 helai daun pandan
- 2 biji tomato – belah empat
- Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN AIR ASAM:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 30gm belacan
- Sedikit ikan bilis
- Sedikit gula
- Garam jika perlu
- 2 biji tomato
- 2 biji bawang besar
- 2 sudu makan kerisik
- 1 cawan air rebusan daging
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XL – bersihkan
- 1 cekak daun selom – celur seketika
- 700ml santan
- 1 keping asam gelugur
- 3 batang serai – titik
- 1 helai daun kunyit – hiris
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan bersama menu potluck yang lain.
3. SATE DAGING GORENG

BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – hiris kecil & nipis
- 200gm kacang tanah – sangai & kisar
- 1/2 cawan gula
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 20 tangkai cili kering
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 4 batang serai
- 2cm lengkuas
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
4. KARI IKAN BAWAL MAS

BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
- 200ml santan
- ½ cawan air asam
- 3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
- 1 sudu makan serbuk cili
- 3 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 ½ sudu makan rempah penumis
- 2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
- 8 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
- 1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
- 3 biji bendi – potong dua
- 1 biji cili merah – belah dua
- 1 biji cili hijau – belah dua
- 1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, trutup api dan hidangkan segera.
5. SOTONG BAKAR SERAI

BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
- 100ml santan kotak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 3 tangkai cili kering
- 2 batang serai
- 2 ulas bawang putih
BAHAN SUMBAT:
- 2 keping tauhu
- 1 biji telur
- 3 sudu makan daging kisar
- 1 biji bawang besar – dadu halus
- 3 biji bawang merah – cincang halus
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 3 biji cili merah – cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahans umbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati bersama menu potluck yang lain.
6. BIHUN GORENG TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- 100gm bihun
- 100gm tauge – buang ekor
- 100gm daun bawang – hiris pendek
- 1 keping kek ikan – hiris
- 150gm udang – buang kulit
- 3 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu makan pes taucu
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu malam sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu makan udang kering – rendam & tos
- 2 sudu makan ikan bilis – rendam & tos
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumsi bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili kering. Kacau lagi dan masukkan taucu. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan udang. Apabila sudah bertukar warna, tambahkan sos tiram dan sos tomato. Gaul.
4. Masukkan bihun yang telah direndam tadi. Masukkan juga sedikit air dan masak hingga bihun lembut.
5. Tambahkan tauge dan daun bawang serta perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Ayam Lemon Memukau Rasa. Wajib Cuba!

Isi ayam lembut yang dimasak sempurna menjadikan hidangan ini sebagai juadah wajib untuk anda cuba. Sesuai juga untuk kanak-kanak kerana ia tidak pedas.
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul paha ayam
- 2 biji lemon
- 3 sudu makan madu
- 2 sudu teh Rosemary kering
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus atau ditumbuk
- 3 sudu makan minyak zaitun
- Garam secukup rasa
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
- Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
- Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
- Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150°selsius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
- Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada ketuhar masing-masing.

