
Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Bahan-bahannya dihiris-hiris je. Lepas tu gaul semuanya. Bagi peminat kerabu, boleh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dalam nasi ni. Memang best.
NASI GORENG KERABU

.
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras (dimasak macam biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu makan ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Muffin Sunquick Gebu Mudah DiBuat. Anak-anak Pun Boleh Bantu.

Anak-anak di rumah tengah buat apa tu? Sekolah masih tutup lagi, mari luangkan masa di dapur pulak. Muffin sunquick kaya dengan rasa dan aroma oren menusuk kalbu ni memang sedap dan tak muak rasanya.
Jom wahai mak-mak ajaklah anak kita ‘membaking’pulak. Anak remaja, kanak-kanak sekolah rendah pun boleh belajar, hanya tujuh bahan sahaja tetapi rasanya ya ampun memang terbenam gigi menggigitnya. Ikut aje resipi dari laman FB Azlina Ina Fans ni, mudah difahami, gerenti sedap nih.
MUFFIN SUNQUICK GEBOO MUDAH

BAHAN-BAHANNYA:
- 250 g mentega/majerin
- 3 biji telur gred A
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
- 3/4 cawan gula halus
- 1/2 cawan susu segar
- 1 susu besar sunquick
- 1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 180C,susun paper cup dalam loyang muffin..
2. Putar mentega dengan gula dan sunquick serta esen vanila hingga kembang,
3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
4. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, sampai habis.
5. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
6. Sudukan 3/4 penuh dalam paper cup atau muffin cup tadi.

7. Bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.

Senang aje kan.
Kredit foto dan resipi : Azlina Ina Fans
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Resipi Sambal Belacan Sedap, Tak Guna Bawang & Tomato

Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT SAMBAL BELACAN KISAR, TAK GUNA BAWANG & TOMATO
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
- Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
- Belacan – banyak lebih sedap
- Air asam jawa pekat – perah guna air suam
- 7-8 biji limau kasturi – ambil jus
- 2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
- Gula dan garam kasar secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.

3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.

4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.

Masakan panas memang menjadi kegemaran ramai terutamanya bila tiba waktu makan malam. Sajiannya tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.
KOLEKSI RESIPI SAJIAN MAKAN MALAM MUDAH & SEDAP
1. KUETIAU KUNGFU

BAHAN A:
- 1 cawan kuetiau
- 1 biji telur
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN B:
- 3 ulas bawang putih – ketuk
- 100gm isi ayam
- 2 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- Secubit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk rempah sup
- 1 gelas air
- Sedikit hirisan bunga kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan sayur kalian
- 2 sudu makan putih telur
- 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bilas kuetiau dengan air panas. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
- Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat.
- Untuk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.
- Masukkan isi ayam. Goreng seketika. Kemudian masukkan sotong.
- Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup. Kacau sebati.
- Masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut. Boleh masukkan udang jika suka.
- Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Bila rasa sudah cukup, tuang putih telur dan kacau laju.
- Masukkan kalian dan lobak merah. Biar seketika.
- Padam api dan tuang dalam pinggan berisi kuetiau. Sedia untuk dinikmati.
2. MAGGI KARI TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 keping kecil isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1 sudu makan pes tomyam
- 1 1/2 cawan air
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit bunga kubis
- Sedikit sayur kalian
- 3 biji cendawan butang – hiris
- 1/2 biji tomato – hiris
- 3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1/4 biji bawang holland – hiris
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang serai – dipotong tiga
- 1 hiris lengkuas
- 1 hiris nipis halia
- 2 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.
- Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.
- Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.
- Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
- Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.
- Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.
- Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.
- Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.
- Sedia untuk dinikmati.
3. MAGGI GORENG SEAFOOD

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk
- 1 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 biji cili padi – tumbuk
- 1/2 sudu teh cili boh @ cili kisar
- 3-4 ekor udang
- 1 ekor sotong – hiris bulat
- Sedikit hirisan kek ikan @ fishcake
- 1 sudu makan kicap sotong
- 2 sudu makan kicap lemak manis
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu makan gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit hirisan kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit sawi
- Tauge secukupnya
- Cili padi – hiris
CARA MEMASAK:
- Didihkan air. Celur sebungkus mi segera dalam dua hingga tiga minit. Toskan.
- Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
- Masukkan cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah kari mi segera tadi.
- Kemudian masukkan sotong yang telah dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan kek ikan.
- Tambahkan kicap sotong, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan gula sebagai perasa. Gaul sebati.
- Tuang 1/2 cawan kecil air dan masukkan hirisan kubis dan lobak merah. Bila kubis layu, masukkan sawi, tauge dan cili padi.
- Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi. Biarkan sebati dengan kuah. Kacau sehingga sedikit kering.
- Tutup api selepas mi segera goreng masak dengan sempurna. Nikmati segera.
4. MI BERKUAH

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – lalukan di bawah air terlebih dahulu
- Isi dan kaki ayam secukupnya – jika suka
- 4 ulas bawang putih – ketuk
- 1/2 biji bawang holland – hiris
- Sedikit serbuk lada hitam
- 5 cawan air
- Hirisan fishcake dan fishball secukupnya
- Sedikit hirisan kubis, lobak merah, tomato, sawi & cili merah
- Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan kaki ayam. Gaul rata.
- Tambahkan air dan biar hingga kaki ayam empuk. Jika perlu, tambah air dengan secukupnya.
- Masukkan hirisan fishcake dan fishball. Masukkan juga hirisan kubis.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
- Seterusnya masukkan mi. Biar hingga urat mi menjadi kembang.
- Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan padamkan api.
- Sedia dinikmati bersama sos cilia tau sambal kicap sebagai penambah rasa.
5. MI GORENG KETAGIH

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – basuh dan tos
- 1 keping isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- Udang secukupnya
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan kicap pekat
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 5 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap sotong
- 4 sudu makan sos cili
- Hirisan sawi, tauge dan cili merah secukupnya
BAHAN TUMBUK:
- 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika.
3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air.
5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati.
6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
9. Mi Goreng sedia untuk dihidangkan. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

