Kalau berhajat untuk menyediakan hidangan nasi minyak sempena Aidiladha nanti, apa kata guna resipi yang dikongsi Mazliza Ahmad iaitu resipi nasi minyak kampung.
Nasi minyak ini ada sedikit kelainan dari nasi minyak biasa. Ia turut menggunakan sup bunjut selain bawang goreng yang dikisar, menjadikan nasi minyak ini bukan saja sedap tapi juga lebih beraroma.
Cara masak nasi minyak kampung
Bahan-bahan
3 cawan beras basmathi
5 cawan air (1 cawan diguna untuk kisar bawang goreng)
2 sudu makan Planta(boleh guna minyak sapi)
Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
1 rempah sup bunjut adabi-1
1 genggam bawang goreng (dikisar dengan 1 cawan air)
1 sudu makan kismis
Garam dan perasa
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara membuat
1. Panaskan rice cooker, kemudian masukkan Planta.
2. Tumis rempah 3 serangkai
3.Masukkan bahan kisar bersama masukkan rempah sup bunjut. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan kismis, garam dan perasa. Kacau sebati.
5. Masukkan bawang goreng yang sudah dikisar tadi bersama dengan beras. Kacau.
6. Seterusnya masukkan beras dan tuang 4 cawan air. Tutup periuk dan biar hingga masak.
7. Bila nasi masak, kais dengan garfu untuk elakkan nasi patah.
Bagi peminat Nasi Mandy, sajian dari Timur Tengah ini pastinya sentiasa dirindui. Ramai yang menggemari hidangan ini tidak kira tua atau muda. Keluarga anda pun suka? Ha…Inilah masanya nak belajar masak sendiri guna resipi mudah ni. Saudari Nik Imana ada kongsikan resipi Nasi Mandy Ayam yang mudah dan sedap. Jom cuba!
1.Rebus ayam bersama kulit kayu manis, lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, kiub pati ayam, sedikit garam, tomato & cili hijau. 2. Rebus beberapa ketika supaya ayam masak di bahagian dalam. 3. Kemudian toskan ayam. Rempah dalam rebusan into jika tidak suka tergigit, boleh kisar halus.
1.Ayam yang ditoskan tadi disapu dengan bahan perapan ayam dengan secukupnya. 2. Kemudian letak hirisan lemon dan panggang dalam air fryer/ketuhar sehingga perang keemasan.
3. Jika nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi empunya resipi suka ayam yang dipanggang.
1.Untuk masak nasi, cuci beras basmathi dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa, tidak perlu rendam. 2. Panaskan planta/minyak sapi, tumiskan sedikit (anggaran secubit)biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kalau takut tergigit boleh kisar halus) & daun bay. 3. Tumis semua sampai naik bau kemudian masukkan beras tadi. Goreng sekejap. 4. Kemudian masukkan air rebusan ayam ikut sukatan biasa yang anda letak untuk masak nasi dan juga sedikit garam. 5. Bila nasi sudah kering, taburkan daun ketumbar & buat sedikit lubang dekat nasi untuk letak pewarna kuning. Biarkan sampai nasi masak.
BAHAN SALATAH:
Bawang holland – beli online disini Timun Tomato Perah lemon / cuka Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Potong bawang holland, timun dan tomato kecik-kecil. Kemudian perah lemon serta masukkan garam dan gula dengan secukupnya. Kacau. Jika tiada lemon, boleh gantikan dengan cuka.
BAHAN SAMBAL NASI ARAB:
Cili merah Tomato Daun ketumbar Garam & perahan lemon
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili merah, tomato dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam serta perahan lemon.
BAHAN SUP:
Lebihan air rebusan ayam Akar daun ketumbar Garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning
CARA MEMASAK:
1.Untuk sup, lebihan air rebusan ayam ditambah dengan akar daun ketumbar. Kemudian perasakan dengan garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning. 2. Kemudian hidangkan bersana Nasi Mandy, ayam, Salatah dan sambal.
Nasi goreng yang enak tidak semestinya guna bahan-bahan yang mahal. Hanya dengan guna bahan ringkas je pun, tetap boleh hasilkan nasi goreng yang terbaik. Salah satu yang boleh dicuba ialah Nasi Goreng Ikan Masin. Fuhhh..Mantap! Nak lagi sedap? Tambah sikit aneka seafood. Memang laju makan weh.
NASI GORENG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
175gm nasi putih
2 biji bawang putih } ketuk
4 biji cili padi
1 sudu ikan masin }ditumbuk halus
1 biji telur
100gm isi ayam }potong nipis
100gm udang }bersihkan
100gm sotong }hiris nipis
50gm kailan }potong
1 biji cili merah }potong
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili padi dan ikan masin.
Masukkan telur, garam, isi ayam, sotong, udang, kalian dan cili merah.
Masukkan nasi gaul hingga rata.
Sedia dihidangkan bersama salad dan timun berserta sup.
Info chef: Ikan masin ditumbuk halus agar ia sekata bila dimasukkan ke dalam nasi goreng.
Musim PKP ini fikirkan menu yang mudah dan mengenyangkan. Terfikir pula untuk menu malam ni nak buat soto ayam. Cara membuatnya tak susah mana. Pasti menghirup kuah nanti.
Soto Ayam Bahan-bahan:
1/4 ayam.
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 batang serai ( kalau yang gemuk)
lengkuas sebesar ibu jari
sedikit kunyit (jangan banyak sangat takut payah rasa)/ kunyit serbuk
1/2 sudu kecil lada putih
4 sekawan
2-3 keping daun limau purut
Cara memasak:
1.Bahan-bahan tadi kisar kecuali 4 sekawan.
2.Tumis 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga wangi.
3.Letak sedikit lada putih.
4.Bila dah wangi bahan-bahan tadi, masuk kan air dan ayam.Masak hingga ayam empuk.
5.Bila dah tutup api,masukkan daun limau purut.
Begedil
Bahan-bahan:
5 biji kentang
daun sup
daun bawang
lada putih
garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Kentang potong bulat-bulat jangan tipis sangat
2.Goreng jangan garing sangat.
3.Lepas tu, tumbok hingga lembut.
4.Masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang, garam dan lada putih.
Kalau nak pakai daging cincang, goreng dulu tanpa minyak. Kemudian goreng celup telur.
Sambal kicap:
Bahan-bahan:
cili padi
bawang putih
kicap
gula dan garam secukupnya
Cara membuat:
1.Tumbuk lumat cili dan bawang putih
2.Tambah sedikit gula dan garam.
3.Kemudian masuk kicap.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.