
Kanak-kanak memang suka makan nuget ayam. Jika anak-anak anda pun begitu, anda patut cuba resipi Nuget Ayam Homemade ni. Bukan apa, kebanyakan nuget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Bila buat sendiri, pastinya lebih sihat, kebersihan terjamin malah lebih sedap.
RESIPI NUGET AYAM KENTANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping dada ayam – kisar tanpa air
- 2 biji telur ayam
- 2 sudu makan tepung ubi kayu
- 4 biji kentang sederhana – rebus, lenyek
- 1/2 batang lobak merah – sagat. nak letak sayur lain pun boleh
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukupnya
BAHAN SALUTAN TEMPURA:
- Tepung beras secukupnya – boleh juga salut dengan tepung kfc/bestari. Nak salut guna serbuk roti pun boleh.
- Telur – dipukul sedikit
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas dan adunan hingga sebati.

2. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.

3. Bila adunan dah masak, keluarkan dan potong ikut bentuk yang disukai.

4. Sediakan bahan-bahn untuk salutan.

5. Ambil kepingan nugget ayam kemudian celup dalam bancuhan telur. Kemudian salut pula dengan tepung atau serbuk roti.

6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing keemasan.

7. Sedia untuk dinikmati.

8. Jika ada lebihan, boleh goreng separuh masak, sejukkan, simpan dalam bekas dan sejukbekukan.

Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style, Paling Mudah Tapi Sedap!

Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan punya cara memang tak gunakan bawang. Kisar cili dan kunyit hidup masak dengan santan, siap!
Lauk macam ni nampak simple tapi rasa dia memang sedap dan menyelerakan. Boleh gunakan ayam seekor atau pilih sahaja bahagian mana yang berkenan di hati untuk dijadikan hidangan.
Empunya resipi memilih bahagian peha dan menurutnya resipi ini bukanlah resipi asli namun ia cara masak lemak cili api Negeri Sembilan kerana tidak menggunakan bawang.
Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam bahagian peha
20-30 biji cili padi -kisar kasar
2 inci kunyit hidup – kisar kasar
1 kotak santan
1 biji ubi kentang
Daun limau purut
Asam keping
Garam

Cara Memasak:
- Blend cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak kat ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api.

- Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar. Saya pakai santan kotak je.

- Masukkan kentang

- Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.

- Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Kepak Ayam Pedas Manis, Makan Ratah Atau Buat Lauk. Menu Ringkas Kegemaran Sekeluarga
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ayam Sambal Bali Enak Dimakan Bersama Nasi Panas

Menu ayam tidak pernah menjemukan. Ayam goreng terutamanya menjadi kesukaan sesiapa jua. Namun bosan juga makan hidangan tanpa berkuah. Ayam boleh dipelbagaikan menunya. Campuran serai dan daun limau purut memberi aroma rasa lagi pada masakan. Jom kita masak ayam sambal bali ini.
Ayam Sambal Bali
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 batang serai
5 helai limau purut
3 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis-BELI ONLINE DI SINI
3 sudu sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
3 sudu sos cili -BELI ONLINE DI SINI
Tonton DAPUR RASA LIVE: Resipi Mangolian Beef
Cara memasak:

1. Gaulkan ayam dengan garam.

2. Goreng ayam sehingga masak.


3. Tumis serai sehingga naik bau..kemudian masukkan bawang merah,halia dan bawang putih. Saya tumis dengan minyak goreng ayam tadi.

4.Masukkan cili kisar.
5.Masukkan sos dan kicap.
6.Masukkan daun limau purut

7. Masukkan ayam ke dalam kuali.

8. Masukkan garam,gula,dan secukup rasa. Gaul sebati.

9. Sedia dihidang.
Kredit : Hawa Aziz
Gulai Ayam Cincang Tanpa Santan Yang Sangat Sedap, Menu Jimat PKP.
Teringin Ayam Gunting Rangup, Ini Cara Paling Senang Membuatnya.
6 Masakan Thai Berasaskan Ayam, Sedap Dekat Dengan Jiwa.

Sajian Ala Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Kali ini RASA kongsikan 6 jenis masakan Thai berasaskan ayam yang boleh anda cuba.
AYAM SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 2 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 8 sudu makan sos Thai
- 2 batang serai | titik
- 2 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 3cm halia | hiris halus
- 1/2 biji cili Benggala hijau | hiris
- 1/2 biji cili Benggala merah | hiris
- 1/2 batang lobak merah | hiris
- 3 biji cili padi hijau |hiris halus
- 1 tangkai cili merah | hiris halus
- 2 sudu teh sos ikan
- 60ml air
- Minyak masak secukupnya
- Daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama tepung jagung, serbuk pati ayam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati. Ketepikan.
- Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Gorengkan ayam sehingga warna perang keemasan, angkat, tos dan ketepikan.
- Salin minyak di dalam kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Setelah itu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga wangi. Dikuti dengan lobak merah, cili padi dan cili merah.
- Kemudian masukkan sos cili Thai, sos ikan dan air secukupnya. Kacau sebentar hingga kuah mereneh.
- Setelah itu masukkan cili Benggala hijau dan merah. Apabila cili Benggala telah agak layu sedikit masukkan ayam tadi kacau dan tutupkan api. Siap untuk dihidangkan. Hiaslah dengan daun ketumbar yang dipotong agak kasarjika suka.
Info chef: Jumlah air bergantung sama ada anda ingin lebih berkuah atau agak kering.
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 250ml santan pekat
- 250ml air
- 6 biji terung kampung | belah dua
- 1 biji bawang besar | kisar
- 4 biji bawang putih | kisar
- 3cm lengkuas | hiris dan kisar
- 3cm kunyit | hiris dan kisar
- 6 tangkai cili padi hijau | kisar
- 2 batang serai | hiris halus dan kisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 helai daun limau purut | carik
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
- Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef : Terung kampung boleh digantikan dengan terung pipit.
SALAD AYAM THAI

BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul isi dada ayam
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu teh sos Thai
- 300gm daun kubis | hiris halus
- 2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 batang timun | hiris halus
- 3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
- 250gm kacang tanah goreng
- 1 biji cili merah | potong halus
- 4 biji cili padi |potong halus
- 1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
- 1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 pokok daun ketumbar |potong kasar
- Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
- 2 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan mentega kacang
- 3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya
- 3 sudu teh cuka
- 4 sudu teh gula pasir
- 4 biji bawang putih | cincang
- 2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
- Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef: Sos salad jangan diletakkan terlalu awal agar dapat mengekalkan kerangupan sayuran salad tersebut.
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 5cm halia |hiris halus dan memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 4 biji cili padi | hiris
- 1 tangkai cili merah | hiris
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
- 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
- 2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula atau secukup rasa
- 2 sudu teh cuka atau secukup rasa
- 60ml air
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air. Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar. Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili Benggala jika suka.
AYAM SICHUAN ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 3 ketul isi dada ayam dihiris
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan taucu
- ½ biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 1 sudu teh kicap pekat manis
- 2 sudu teh gula atau secukup rasa
- 2 sudu teh serbuk cili Thai
- 1/2 cawan kacang tanah goreng
- 8 tangkai cili kering
- Sedikit daun bawang
- Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk gaul sekata isi ayam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila panas, goreng ayam sehingga warna perang keemasan angkat, tos dan ketepikan.
- Tuangkan sedikit minyak lebih kurang empat sudu makan, kemudian goreng cili kering hingga wangi dan garing, angkat dan ketepikan.
- Setelah itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang hingga wangi. Masukkan taucu, kicap pekat manis, gula dan serbuk cili Thai, kacau sebentar.
- Akhir sekali masukkan ayam, kacang tanah dan cili kering, gaul rata kemudian tutupkan api. Hidangkan segera semasa masih panas.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih.
COCONUT LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam | potong kecil
- 125ml santan pekat
- 125ml air
- 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
- 6 tangkai cili padi hijau | hiris
- 2 helai daun limau purut | hiris halus
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 1 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
- 1 biji jus limau nipis
- 1 sudu teh gula tau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 2 batang daun ketumbar | hiris kasar
- Minyak masak secukupnya
- 1 tangkai cili merah | hiasan
- 1 batang daun bawang | hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau wangi.
- Kemudian masukkan isi ayam, daun limau purut, sos ikan,jus limau nipis, gula, serbuk pati ayam, santan pekat dan air, kacau sebentar. Masaklah sehingga kuah mereneh dan agak pekat.
- Kemudian masukkan hirisan kacang panjang dan daun ketumbar. Masaklah selama lebih kurang 5 minit, kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Hiaslah dengan hirisan cili merah dan daun bawang.
KONGSI RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA









