Pakora merupakan antara snek yang popular dalam kalangan masyarakat India. Memang sedap dimakan panas-panas. Rangup di luar, lembut di dalam. Nak lebih enak, boleh tambahkan keju di dalamnya. Bertambah enak rasanya. Tak jemu menikmatinya.

Hidangan ini memang sesuai untuk seisi keluarga kerana Anchor Cheese Slices kaya dengan kalsium dan protein. Diperbuat dengan susu dari New Zealand, keju ini memang wajib ada dalam peti anda. Memang mudah khususnya bagi ibu-ibu yang bekerja.Resipi Pakora Kentang Berkeju Yang Lazat, Rangup & Membuka Selera

POTATO PAKORA  BERKEJU

Resipi Pakora Kentang Berkeju Yang Lazat, Rangup & Membuka Selera

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji ubi kentang (russet potato) – kupas & potong dadu
  • 6 keping Anchor Cheese Slices
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 tangkai daun ketumbar – cincang
  • 2 biji cili hijau – cincang
  • ½ inci halia – cincang
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • ½ sudu teh serbuk garam masala
  • ½ sudu teh serbuk ketumbar
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh serbuk cili
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • ½ sudu teh garam

BAHAN-BAHAN B:

  • 80gram tepung gandum/besan flour
  • 2 sudu makan air

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ubi kentang hingga empuk lalu toskan (buang lebihan air) kemudian tuang ke dalam mangkuk. Hancurkan/tumbuk ubi kentang kasar (jangan terlalu lumat). Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali Anchor Cheese Slices dan bahan-bahan B ke dalam mangkuk lalu gaul rata.
  2. Potong Anchor Cheese Slices dan masukkan dalam mangkuk, gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan air sedikit demi sedikit lalu gaul rata.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil secubit bancuhan tadi lalu masukkan ke dalam minyak panas (seperti membuat cekodok). Goreng hingga keperang-perangan dan hidangkan panas bersama sos pilihan.

 

Ads

Dapatkan lebih banyak petua yang memudahkan kehidupan kerja-kerja anda di laman web RASA:

Cara ‘Rare’ Simpan Cili Supaya Tahan Lama, Letak Dalam Botol! 8 Bulan Pun Segar Lagi

Atasi Masalah Singki Tersumbat Guna Baking Soda & Cuka. Mudah, Tak Berpeluh Pun

Periuk Hitam Berjelaga Sebab Api Dapur Gas Warna Oren, Begini Cara Untuk ‘Adjust’

Cara Simpan Daun Kari Supaya Tahan Berbulan-Bulan. Bau Kari Kekal Sama

Waktu Letak Garam Ketika Memasak Ada Kesan Pada Masakan, Ahli Kimia Jelaskan Bezanya

 

Ads

Tonton lebih banyak video Resipi mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI