
Orang Perak pasti kenal dengan makanan tradisinal ini kan? Pengat roti kapal atau bubur roti kapal ini biasanya dijadikan pencuci mulut. Resipinya mudah sahaja tapi memang sedap, lebih-lebih lagi jika dimakan beramai-ramai. Jika anda teringin nak rasa pengat ini, boleh buat sendiri di rumah mengikut resipi Azidah Sadri. Resipi ringkas penuh kasih sayang ini dikongsi oleh ibunya. Selamat mencuba!
RESIPI PENGAT ROTI KAPAL
BAHAN-BAHAN:
- Roti kapal (beli timbang RM5)
- Sedikit gula
- Sedikit sagu
- Santan satu paket kecil
CARA PENYEDIAAN:
1. Didihkan air separuh periuk bersaiz sederhana.
2. Kemudian, masukkan daun pandan dan gula. (Gula diletak mengikut selera manis masing-masing)
3. Seterusnya, masukkan sepaket kecil santan.
4. Masukkan roti kapal dan sagu.
5. Biarkan beberapa minit sehingga roti kapal menjadi lembut. Pastikan roti kapal tidak terlalu lembut supaya tidak hancur.
6. Siap! Tunggu sejuk seketika dan boleh nikmati hidangan anda.
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: AZIDAH SADRI VIA SELADANG PERAK
Artikel menarik yang boleh dibaca:
Resipi yang boleh dicuba di rumah:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Sup Daging Thai. Sedap & Tak Guna Sup Bunjut.

Anak-anak nak balik sekolah dah tapi belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari ni? Cubalah resipi Sup Daging Thai ni. Memang mudah nak masak. Malah rasanya juga sangat berbeza dengan sup yang kita biasa masak kerana ia tidak menggunakan sup bunjut dan rempah. Sup Daging Thai ni rasanya masam-masam, pedas dan tidak bersepah dengan rempah. Memang sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozita Daud ni.
RESIPI SUP DAGING THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg daging – hiris nipis
- 2 batang serai – dititik
- 5-6 biji cili api – lebihkan jika nak pedas
- 2 biji tomato – belah 4
- 1 biji bawang besar
- 4-5 ulas bawang putih – cincang
- 3cm halia – hiris
- 2 batang saderi – hiris
- 50gm cendawan
- 5 biji limau nipis – ambil jusnya
- Sedikit air
- Air rebusan daging secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus daging hingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Air rebusan disimpan untuk dijadikan kuah.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan sedikit air, perahan jus limau limau nipis dan air rebusan daging. Jumlahnya bergantung kepada sebanyak mana anda nak kuah sup.
- Seterusnya masukkan serai, cili padi, batang saderi dan bawang. Masak lagi hingga lembut.
- Akhir sekali, masukkan daging. Biarkan mendidih.
- Masukkan hirisan tomato, cendawan, garam serta perasa dengan secukupnya. Kacau rata.
- Setelah mendidih dan rasa dah cukup, angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Rozita Daud
5 Resipi Kuih Apam Yang Sangat Mudah Untuk Dibuat Sempena Hari Bapa

Tak tahu nak makan apa untuk juadah petang? Bosan dah kena asyik menggoreng saja. Nah apa kata, kita buat hidangan yang kukus sahaja. Sihat dan senang!
Ini antara resipi-resipi kuih apam homemade yang sedap dan anda boleh cuba. Pasti puas hati!
Boleh cuba buat sendiri untuk sajian keluarga sempena Hari Bapa nanti.
APAM KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula pasir – beli online di sini
1 cawan air
2 biji telur gred A*
1/2 cawan minyak masak*
2 sudu besar marjerin* – beli online di sini
2 sudu besar susu pekat* – beli online di sini
1 penutup esen vanilla* – beli online di sini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online di sini
1 1/2 cawan tepung gandum – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Cairkan dengan api perlahan.. Dah cair semuanya, masukkan air. Biarkan didih. Tutup api. Sejukkan.
2.Kemudian, bahan bertanda * dikisar bersama hingga kembang. Kemudian, masukkan soda bikarbonat, tepung gandum dan gula karamel tadi. Kisar lagi sekali hingga sebati.
3.Panaskan kukusan terlebih dahulu. Kemudian, tuang dlm acuan yg disapu marjerin kukus 45 minit atau hingga masak.
Kredit resipi: Nana Ereena
APAM NASI
BAHAN-BAHAN
1 cawan nasi sejuk*
1 1/4 cawan air suam*
3/4 cawan gula halus*
1 cawan tepung beras – beli online di sini
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan – beli online di sini
½ sudu kecil garam halus
CARA-CARA:
1.Mula-mula, bahan yang bertanda * dikisar bersama. Kemudian, masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis. Kacau hingga sebati.
2.Akhir sekali, masukkan garam halus. Kacau lagi. Kemudian, perap dalam ½ jam hingga ke satu jam di dalam bekas yang bertutup rapat.
3.Tuang dalam acuan yang sudah disapu dengan minyak. Kukus selama 15 minit (pastikan air sudah mendidih, baru letak adunan untuk dikukus).
Kredit resipi: Nurul Izzah Joelati
APAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 cawan gula
1 paket yis mauripan
CARA-CARA:
1.Campur semua ke dalam bekas. Kacau sebati.
2.perapkan adunan lebih kurang 1 jam dalam keadaan bertutup.
3.Sapu sedikit minyak pada acuan/loyang. Tuang adunan (adunan jangan dikacau)
4.Kukus selama 15 minit. Kalau yang nak guna loyang kukus selama 1 jam atau sehingga apam masak.
Kredit Resepi : Siti Hadirah
APAM MEKAR
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu makan ovalet – beli online di sini
1 cawan ice cream soda
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder – beli online di sini
(ayak dua bahan ini)
CARA-CARA:
1. Putar telur, gula dan ovalet hingga betul-betul kembang dan kental. Masuk air ice cream soda. Putar perlahan bagi sebati. Kemudian, baru masukkan tepung yang telah diayak tadi sikit-sikit sambil diputar perlahan. Bila dah sebati, matikan mixer, adunan siap.
2.Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang dikehendaki. Seterusnya, sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan kuih lompang atau apa-apa acuan yang sama saiz dengan papercup yang diguna.
3. Isikan adunan ke dalam papercup. Boleh masukkan adunan yang berwarna putih dahulu, kemudian baru letakkan adunan warna merah dan adunan hijau. Pastikan adunan memenuhi papercup.
4. Panaskan kukusan. Kukus 5 minit sahaja dengan api besar. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih untuk dapatkan apam jadi mekar.
Kredit resipi: Maklong Alis Hussin
APAM MILO
BAHAN-BAHAN
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
½ cawan milo – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang. Boleh juga gunakan alat pengisar.
2.Masuk tepung gandum. Kisar lagi sampai sebati.
3. Adunan tadi bahagi kepada dua iaitu satu warna asal dan satu adunan lagi letak milo. Kacau sebati.
4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik. Loret guna lidi atau garfu untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka tiada paksaan)
5. Kukus selama 20 minit.
*Bagi yg xsuka manis boleh kurangkan manis
Kredit: Eyza Cik Bunga
Dapatkan lebih banyak resipi yang sedap, mudah dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/geramnya-tengok-kek-sarang-semut-yang-cantik-ni/
https://www.rasa.my/roti-goreng-sardin-resipi-mudah-je-tapi-sangat-sedap/
https://www.rasa.my/resipi-nasi-goreng-kambing-paling-sedap-sekali-cuba-pasti-nak-lagi/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Lasagna Daging Sedap Guna Sos Homemade

Isi Kandungan
ToggleSedapnya Lasagna Daging… Anda gemarkan hidangan ini? Biasanya untuk menjimatkan masa, ramai yang menggunakan sos Bolognese segera sebagai sos. Tapi sebenarnya kalau buat sendiri juga rasanya lebih enak. Hanya menggunakan sos tomato, sos cili dan beberapa bahan lain, rasanya memang sedap. Jom cuba resipi Lasagna perkongsian saudari Noratiqah Nordin. Pasti puas hati.
CARA MASAK LASAGNA DAGING SEDAP & MUDAH TANPA GUNA SOS SEGERA
BAHAN-BAHAN:
Keju mozarella secukupnya – beli online disini
Kulit lasagna – beli online disini
Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS BOLOGNESE:
1 cawan sos tomato – beli online disini
3 sudu makan sos cili – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
2 biji tomato – potong dadu
1 biji bawang merah/bawang holland – cincang kasar
Lobak merah secukupnya – potong dadu
7 ulas bawang putih – cincang kasar – beli online disini
1 sudu makan setiap Italy herb (oregano, parsli, basil) – beli online disini
Daging burger atau daging cincang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
(kalau nak berkuah, boleh letak air)
BAHAN SOS PUTIH / SOS BECHAMEL:
3 keping keju cheddar – beli online disini
2 sudu makan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air) – beli online disini
3 cawan susu full cream – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang kasar. Tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul rata.
3. Seterusnya masukkan tomato yang telah dipotong dadu diikuti lobak merah.
4. Masukkan daging cincang. Kacau sebati dan biarkan daging separuh masak.
5. Masukkan campuran Italian Herbs.
6. Tambahkan garam dan juga gula dengan secukup rasa.
7. Hasil Sos Bolognese yang telah siap dimasak.
8. Untuk membuat sos putih, masukkan susu full cream ke dalam kuali.
9. Kemudian masukkan air bancuhan tepung. Sebatikan.
10. Seterusnya masukkan kepingan keju cheddar.
11. Masukkan garam dengan secukup rasa. Gaul hingga mendidih dan pekat macam yang kita mahukan.
12. Tekstur sos putih yang pekat sempurna.
13. Siap sos bolognese dan sos putih. Masa untuk susun lasagna.
14. Panaskan air dan letak sedikit minyak masak supaya nanti kulit lasagna tidak melekat.
15. Rebus kepingan lasagna selama 5 minit lebih kurang.
16. Ambil bekas bersesusian kemudian susun kulit lasagna di bahagian dasarnya.
17. Masukkan sos Bolognese dengan secukupnya hingga rata di semua permukaan kulit lasagna.
18. Masukkan sos putih diikuti lapiskan dengan kepingan lasagna kembali. Ulang langkah yang sama sehingga penuh loyang. (empunya resipi letak 3 baris kulit lasagna sahaja.)
19. Akhir sekali, taburkan parutan keju mozzarella dengan secukupnya.
20. Lasagna yang sedia untuk dibakar.
21. Bakar hingga Lasagna berbuih dan keju cair. (RASA: boleh guna suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau hingga keju cair serta keperangan)
22. Lasagna sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noratiqah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Bakar Mayones Sukatan 1/2 Ekor, Sedap Menjilat Jari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official