Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak, Memang Terbaik!

Share

Rasanya tidak ramai anak muda zaman sekarang yang makan pisang muda masak lemak cili api. Menu orang dulu-dulu yang memang penuh dengan nostalgia. Sangat sedap, lagi-lagi bila ditambah tempoyak dan ikan bilis. Jika anda teringin nak cuba menu ini, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Selamat mencuba!

RESIPI PISANG MUDA MASAK LEMAK CILI PADI TEMPOYAK & BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • Pisang muda
  • Cili padi (ditumbuk)
  • Kunyit hidup (ditumbuk)
  • Tempoyak
  • Asam keping
  • Ikan bilis
  • 1 1/2 biji kelapa parut (perah ambil pati)
  • Garam

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili padi, ikan bilis dan pisang.

 

2. Masak dan kacau sehingga mendidih.

3. Bila agak-agak pisang hampir lembut, masukkan tempoyak.

4. Kemudian, masukkan garam secukup rasa.

5. Siap!

Nota:

  • Pisang perlu dicuci bersih. Potong dan rendam dengan air garam dan asam keping.
  • Jika nak lebih sedap, guna pisang kapas.

Jika anda mahu beli BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.

KREDIT FOTO & RESIPI: SuiSan Aliezsha

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

Published by
Naqiyatul Uzma