Pizza homemade resipi perkongsian saudari Shai Anne Ahemed ni nampak sangat sedap. Dari doh hinggalah ke topping, ringkas sahaja namun bila buat sendiri ni, bermacam-macam resipi boleh dicuba. Topping pun boleh letak mengikut selera dan cita rasa. Tak kedekut bahan! Silap haribulan, lebih mewah dan enak berbanding pizza di restoran. Jom cuba buat pizza homemade ni untuk keluarga. Pasti ramai yang suka.
CARA MEMBUAT PIZZA HOMEMADE YANG SEDAP
BAHAN DOH PIZZA: 1/2 cawan air suam 1 sudu makan yis – beli online disini 1 sudu teh gula 2 cawan tepung gandum – diayak – beli online disini 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh pelembut roti (softener/bread improved) – beli online disini 2 sudu makan minyak sayuran atau minyak zaitun
BAHAN TOPPING: Sos spageti secukupnya – beli online disini Keju (empunya resipi guna cheddar dan mozzarella) Bahan topping mengikut kegemaran masing-masing (sosej, pepperoni, capsicum, nanas, bawang, cili, tuna, daging kisar dan sebagainya)
Ads
CARA MEMASAK: 1.Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih (lebih kurang 15 minit). 2. Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti. 3. Masukkan minyak dan campuran yis tadi. Uli sehingga menjadi doh (boleh tambah @ kurangkan air mengikut kesesuaian) 4. Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda. 5. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
6. Sapu sos spageti pada doh dengan secukupnya. 7. Seterusnya tabur topping dan keju mengikut selera dan cita rasa masing-masing.
8. Bakar pizza selama 25-30 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 200C atau sehingga masak.
Di kalangan orang Utara, Kari Telur Parpu memang terkenal khasnya bagi masyarakat di Pulau Pinang. Ia sangat mudah dibuat menggunakan kacang parpu. Boleh juga diganti dengan kacang dhall mengikut cita rasa masing masing. Sesuai buat untuk menu tengah hari mahupun malam.
KARI TELUR PARPU
Bahan-bahan:
1 cawan kacang dhal/parpu di rebus sehingga empuk
3 biji telur ayam
1/2 kotak santan
Bahan tumbuk kasar :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu rempah kari daging
1 keping asam keping
Bahan Tumis Darat
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Sedikit halba campur
2 tangkai daun kari
3 batang cili kering hiris 3 bahagian
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Dalam periuk rebusan kacang dhal tadi masukkan bahan tumbuk kasar, rempah kari daging, kentang dan sedikit air, rebus sehingga mendidih
2.Setelah ubi empuk masukkan santan
3.Kemudian pecahkan telur dan jgn di kacau sehingga telur masak
4.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula
5.Tutup api.
Tumis darat
1.Di dalam kuali panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan darat
2.Bawang telah garing dan bangkit bau wangi terus tuang kesemuanya ( bersama minyak) ke dalam periuk kari tadi dan segera tutup periuk agar aroma tumisan tadi tidak keluar dan meresap ke dalam kuah kari
3.Tunggu dalam 2 minit baru kari parpu telur sedia untuk di hidangkan.
Makan bersama nasi panas dan ikan masin goreng memang sedap teruk! Cubalah.
Musim raya ni menu ayam memang kegemaran ramai. Malah lebih menyelerakan dan jadi kegemaran bila dihidangkan sajian ayam terutama bahagian drummet dan peha. Cuba resipi yang sangat mudah dan sedap untuk tetamu anda.
1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
10gm serbuk lada sulah
10gm garam
10gm sos tiram
250gm mentega
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili besar | dihiris nipis
1 tangkai daun kari
3 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
Taburkan di atas ayam goreng.
Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.
2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet | bersihkan dan toskan
10gm bawang putih | dikisar
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan Sos Pedas
50gm cili padi | dikisar
50gm cili merah | dikisar
30gm bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang merah | dikisar halus
Sedikit gula
Sedikit gula dan madu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
Tuangkan sos di atas ayam tadi.
INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.
3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10ketul drumstick | dibersihkan dan tos
2sudu makan serbuk kari
Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
2 biji cili hijau |dibelah dua
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang merah | dimayang halus
3 ulas bawang putih |dimayang halus
3cm halia muda | mayang halus
1 batang serai titik
1 tangkai daun kari
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.
4. AYAM GORENG NESTUM
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
Sebiji telur
Garam secukupnya
Lada sulah
300gm serbuk nestum
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam bekas berisi drumstick.
Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.
5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Sedapnya Ayam Sweet Sour Chinese Style @ Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadira ni. Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Para ibu juga pasti suka kerana cara masaknya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba masak hari ni untuk sajian keluarga tercinta.
CARA MASAK SWEET SOUR CHICKEN CHINESE STYLE
BAHAN AYAM:
Isi ayam
Kicap cair – beli online disini
Lada sulah – beli online disini
Tepung jagung – beli online disini
Telur
(sukatan bahan ikut jumlah ayam yang dugunakan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn readymade)
BAHAN SOS:
Nanas – dipotong kecil
Timun – dipotong dadu
Tomato – dipotong dadu
Lada benggala hijau dan merah – potong kecil
Sos tomato – beli online disini
Gula secukup rasa
Bawang putih – dicincang
2-3 hiris halia
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas bersesuaian, perasakan ayam dengan kicap cair dan lada sulah.
2. Campurkan tepung jagung dan telur. Gaul sehingga sebati.
3.Salutkan ayam dengan adunan tepung jagung dan telur.
4.Gorengkan ayam dengan menggunakan api sederhana sehingga keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn segera.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
6. Masukkan hirisan halia jika suka.
7. Seterusnya masukkan sos tomato dengan secukupnya. Sebatikan.
8. Tambahkan sedikit gula ke dalam tumisan sos tadi.
9. Masukkan juga sedikit air.
10. Bila sos kelihatan pecah minyak, masukkan semua buah dan sayur-sayuran (nanas, timun, tomato & lada benggala) yang telah dipotong tadi.
11. Tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya ayam bersalut sempurna dengan sos.
12. Ayam Sweet Sour Chinese Style sedia untuk dinikmati.