Kalau pergi pasar malam, pasti ramai yang suka beli Popia Basah lagi-lagi kalau intinya banyak dan dituang dengan sos yang pekat yang sedap. Memang sangat menyelerakan. Sebenarnya, kita boleh buat sendiri menu ini di rumah. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Resipi yang dikongsikan Roshida Shida ini, lengkap dari cara buat kulit popia, sos dan juga inti dalam popia. Jom kita buat!
CARA BUAT POPIA BASAH YANG SEDAP & KULIT POPIA HOMEMADE
BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 biji telur putih ¾ cawan air 2 sudu makan cuka Secubit garam
CARA MEMBUAT KULIT POPIA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit.
2. Tutup dan perap 30 minit. Selepas ½ jam, panaskan kuali leper atau non stick, ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.
3. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
4. Kulit popia ni boleh letak bertindan ya sebab dia tak melekat.
1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Ads
3. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis.
5. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. Tambah garam secukupnya.
BAHAN INTI POPIAH:
Sengkuang (jika suka, hiris nipis @ memanjang) Tauge | bersihkan ½ biji kubis | racik halus 1 biji lobak merah | hiris memanjang Segenggam udang | buang kepala & ekor, potong kecil ½ labu bawang besar | cincang halus 2 ulas bawang putih | cincang halus Udang kering (optional – yang ni saya tambah sendiri, tumbuk halus) Garam secukupnya Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK INTI:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana. 2. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu. 3. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya (masak sekejap je bahan inti).
BAHAN TABUR:
Kacang tanah | disangai, buang kulit & tumbuk Udang geragau kering | disangai & tumbuk halus Bawang goreng
Ads
CARA SEDIAKAN:
Sediakan kulit popia dan sapukan sos sedikit, masukkan inti. Gulung kemas. Buat sampai habis. Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur. Siap.
Jika di pantai timur kuih tepung pasung atau tepong pasong bukanlah asing. Ia menjadi kegemaran masyarakat di sana. Tepung pasung diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti. Ia dibentuk seperti kelongsong. Bentuk dan rasanya memang unik . Sesuai dihidangkan untuk sarapan dan minum petang.
TEPUNG PASUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung beras
50gm tepung ubi
175gm gula merah
200ml air
600ml santan pekat
2 helai pandan disimpul
1 sudu teh garam
Daun pisang untuk kelongsong
CARA MEMBUAT:
1.Sediakan kelongsong daun pisang secukupnya.
2.Satukan gula merah air dan pandan
3.Masak sehingga gula larut/sejukkan kemudian tapis
4.Dalam periuk, satukan tepung beras, tepung ubi, santan dan garam.
5.Masukkan air gula merah dan kacau sebati.
6.Kemudian masak dengan api perlahan sehingga meruap, sentiasa kacau (jangan terlalu pekat ye)
7.Tuang ke dalam kelongsong dan kukus selama 25min sehingga masak
8.Sejukkan sedia dihidangkan.
Suka buat bisnes kuih? Kali ini korang boleh cuba resipi kuih nona manis keladi ini. Resipi ini dikongsi oleh orang yang buat bisnes kuih nona manis ini sendiri. Memang nampak menarik dan sedap. Bolehlah cuba.
NONA MANIS KELADI
BAHAN A
1 bji telur ayam
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1 cawan santan sederhana pekat
BAHAN B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
Keladi emulco
Pewarna unggu atau pencelup keladi
1/4 cawan tepung jagung
CARA MEMBUAT
1. Ambil BAHAN A. Pukul telur ayam dan gula sehingga sikit kembang. Kemudian masuk tepung gandum berselang seli dengan santan. Ketepikan.
2. Satukan BAHAN B ke dalam bekas. Kemudian tapis masuk dalam periuk. Masak atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
3. Satukn BAHAN A ke dalam BAHAN B. Kacau rata.
4. Dalam bekas lain, satukan BAHAN C. Tapis masuk periuk. Masak sehingga pekat. Tutup api.
5. Ambil acuan lompang. Sapu sikit minyak masak. Panaskan kukusan.
6. Ambil piping bag dan isi adunan keladi. Paipkan ke dalam acuan lompag memenuhi 3/4 bekas acuan lompang itu. Ulang hingga habis.
7. Paip pula adunan putih di tengah-tengah menjadi bulat. Kukus 15 minit.
8. Dalam masa mengukus, pastikan air kukusan tidak menitik atas kuih.
9. Selepas sejuk baru keluarkan kuih dari acuan. Sedia untuk dimakan.
Siapa tidak kenal dengan si gadis kecil molek Zizi Kirana. Pelantun lagu rap ini dengan suara serak basahnya diundang untuk menjayakan Rasa Nostalgia Ramadan. Wah sungguh ayu berkebaya pendek rona hijau, sempat juga dia rap dengan Datuk Chef Wan. Memang penuh keceriaan gandingan keduanya.
Selain bercerita tentang nostalgia Ramadan, Zizi juga mengidamkan menu tradisi dari negeri bawah bayu , iaitu Sabah. Menunya ialah Soto Sabah.Supnya yang pekat dan penuh rasa rempah ratus, ditambah pula potongan ayam dan mi sungguh menyelerakan.
Bintanok pula merupakan kuih jagung tanpa campuran tepung dan cara penyediaannya ringkas sahaja.Diperbuat dari jagung muda. Dikukus dalam bungkusan kulit jagung. Sedap buat anda yang pertama kali merasanya.
SOTO SABAH Bahan-bahan:
Air
Stok ayam
Garam dan gula secukup rasa
Dada ayam
Rempah sup (1 bungkus)
1 sudu serbuk kunyit
Halia
Lengkuas
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Mi soto
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili
Limau kasturi
Taugeh
Cara memasak:
1. Kisarkan bawang merah, lengkuas, halia, serai, bawang putih dan air.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan kisar.
4. Masukkan kunyit.
5. Masukkan rempah soto (1 sudu)
6. Masukkan dada ayam
7. Masukkan stok ayam, garam, bawang goreng, sedikit daun sup dan daun bawang,
8. Letak garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga rata.
9. Letak mi, cili, limau kasturi dan taugeh . Sedia untuk dihidang.
BINTANOK JAGUNG Bahan-bahan:
20 biji jagung muda
Kulit jagung secukupnya (rebus supaya lembut)
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Parut jagung secukupnya.
2. Masukkan sedikit tepung gandum.
3. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan adunan sebentar tadi ke dalam kulit jagung dan lipat dengan kemas.
5. Kukus dalam masa 10-15 minit.
6. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.