Sedapnya kalau dapat makan puding yang dah disejukkan dalam peti. Resipi puding buah ni memang nampak menarik dan sedap! Resipi asal telah dikongsikan oleh Ebah Habibah di Facebook ni kalau korang buntu tak tahu nak hidang apa waktu Raya haji nanti bolehlah cuba menu ni! Pilihan buah pula bolehlah ikut selera sendiri berkenan nak letak buah apa.
PUDING BUAH
BAHAN-BAHAN:
Agar agar tali 1 paket (28gram)
Air 1.5 liter
Ads
1 tin susu pekat
½ tin susu cair
Buah buahan (Ikut pilihan sendiri)
Pewarna kuning untuk buat lapisan di tengah puding
CARA PENYEDIAAN:
Agar- agar tali, panaskan dengan 1.5liter air. Masak hingga mendidih. Setelah mendidih tu kita tutup api. Lepas tu masukkan 1 tin susu pekat, setengah tin susu cair. Kacau sebati. Kalau rasa nak lagi manis, tambahkan lagi susu pekat tu. Saya guna loyang saiz 8 inci.
Langkah seterusnya kita susun buah, saya guna mangga dan kiwi. Kombinasi masam dgn manis. Tuang agar-agar tu slow je guna senduk. Tuangkan dalam 5 senduk je lepastu kita masuk peti sekejap bagi keras sedikit.
Ambil 3 senduk agar-agar tu, masukkan dalam mangkuk lain, letak pewarna kuning. Kacau-kacau pastu tuang atas agar-agar tadi yang dah letak isi buah tu. Tapi yang ni nak skip pun boleh. Saya sengaja buat layer kuning nak bagi cantik.
Selepas itu layer kuning tu dah keras sikit kita tuang yang baki tadi tu sampai habis. Tunggu sejuk sikit baru masuk peti. Sejukkan dalam 4 jam atau lebih. Pastikan betul-betul sejuk. Sebab kalau tak sejuk nanti nak potong buah tu tak cantik.
SELAMAT MENCUBA
Kredit: Ebah Habibah
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
RASA berkongsi resipi masakan Norizaidah Sohefudin atau Cikda dengan resipi Ayam Ku Kaya. Nama agak pelik rupanya Cikda ni menggunakan Kaya sebagai salah satu bahan sebagai penyedap dalam resipi masakkannya. Nak kaya cubalah!
RESIPI AYAM KU KAYA
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (potong kecik)
3 sudu besar Tepung jagung
Garam
Lada sulah
3 ulas bawang putih (cicey haluh)
Cili api (cicey jugok. Ikut suko nok letok banyok mano. Cikda letok 6 bijik jah)
5 sudu sos cili
2 sudu besar membukit Seri Kaya. (Kaya brand apa pun takpa janji KAYA. Takdak kaya gi beli keda smeta!)
2 sudu LEA & PERRINS. (Hok ni wajib ada. Kalau takde tak shedap. Dan kicap ni HALAL deh. Jgn runsing)
CARA-CARA:
1. Gaulkan ayam dengan garam & lada sulah. Biar kejap 5 minit. Lepas tu gaul dengan tepung jagung dan goreng. Api sederhana saja. Jaga-jaga ye Cik Salmah, jangan goreng lama-lama. Nanti ayam keras dan tak juicy gicheww.
2. Guna sikit minyak goreng ayam tadi dalam 4 sudu. Tumis bawang putih dan cili. Api kecik je thaww. Dah naik bau, masukkan sos cili, lea & perrins dan kaya. Dah sebati, masukkan ayam. Gaul-gaul dan tutup api. Sedia untuk dimakan! Resepi ni takyah letak garam and gula k. Ok bye, Cikda nak makan..
Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab kuih ini ejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat asas. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
Apam Kampung, resipi tradisi yang kekal disukai ramai.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah (BELI DI SINI)
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Bepang kacang tanah ni memang sedap dimakan sambal menonton rancangan kegemaran anda di tv.
Tapi kudapan ni tak boleh selalu sangat makan, tak pasal-pasal kena kencing manis pulak. Ni min kongsikan resipi dari Nor Suhaida. Yang jual kat pasaraya tu belum tentu halalan toyibban dan bebas pengawet.
Jom buat bepang kacang tanah buatan air tangan sendiri.
BEPANG KACANG
.
BAHAN -BAHAN:
1 cawan gula pasir
1 cawan kacang tanah
¼ cawan bijan
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1 .Kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian tumbuk kasar kasar ketepikan
2. Bijan digoreng tanpa minyak,taburkan atas loyang aluminium yang nak letak kuih bepang kacang nnt. Ketepikan
3. Panaskan kuali,.letakkan gula sampai cair sedikit kemudian tuang minyak masak 2 sudu besar..
4 . Masak sehingga gula cair dan menjadi warna karamel.
5. Masukkan kacang yang telah ditumbuk..gaul sebati dan tuang dalam loyang yang ditabur dengan bijan tadi.
6. Balut senduk kayu dengan plastik yang disapu minyak kemudian ratakan ke seluruh loyang.
.
7. Potong masa tengah panas untuk bentuk yg cantik.sejukkan. dan boleh masuk dalam bekas kedap udara..siap.!
.
credit : Nor Suhaida Nor Suhaida #mahn