Jika sedang mencari resipi puding mudah, apa kata cuba puding biskut cream crackerrs ini. Hanya gunakan empat bahan saja tapi hasilnya memang enak.
Rasanya yang lemak manis dengan tekstur lembut, lapisannya boleh pelbagaikan. Nak letak Milo boleh, pewarna pun boleh. Puding ini juga tak menggunakan sebarang tepung.
Resipi puding mudah, puding biskut cream crackers
Bahan-bahan
25 keping biskut cream crackers
4 biji telur
½ cawan susu pekat manis
2 sudu besar gula perang
Air panas secukupnya untuk rendam biskut
Pewarna pilihan / milo (optional)
Cara membuat
1. Sediakan loyang bersaiz 7×7 inci, sapu sedikit minyak untuk elak melekat.
Boleh juga guna acuan kecil untuk lebih mudah hidang & cepat masak.
2. Rendam biskut cream crackers dalam air panas hingga kembang. Toskan.
Ads
3. Masukkan biskut yang telah kembang, telur, susu pekat dan gula perang ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih, ikut kreativiti.
Masukkan pewarna atau serbuk Milo jika suka.
5. Tuang adunan selapis demi selapis ke dalam loyang, kukus setiap lapisan selama 5 minit.
Ads
6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 minit. Buka penutup kukusan pada 5 minit terakhir supaya permukaan puding lebih kering dan cantik.
Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang. Nak makan sejuk-sejuk dari peti ais pun boleh… lembut, lemak, puas hati!
Ads
INFO
Setiap lapisan menggunakan anggaran 2/3 cawan adunan.
Gunakan loyang 9x5x2 inci jika nak buat versi lebih besar
Kalau suka versi mini, guna acuan lompang atau muffin pun cantik dan senang nak makan.
Adunan Lempeng Pisang perkongsian saudari Eniza M. Salim nampak sedap dan gebu. Makan panas-panas di waktu pagi atau petang, memang terbaik. Bahan-bahannya ringkas sahaja malah nak masaknya pun cukup mudah. Boleh guna pisang emas. Namun jika tiada, anda boleh sahaja guna mana-mana jenis pisang yang ada. Paling penting, masak sempurna. Barulah sedap lempeng anda masak nanti. Terasa nak makan Lempeng Pisang yang sedap, wangi dan beraroma? Nah..resipi ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
Kuih muih lama tidak pernah menjemukan. Kuih bakar atau bengkang jagung ni memang menjadi kesukaan. Cukup rasa , lemak-lemak manis memang sempurna kejadian. Dikongsikan resipi membuatnya.
Bengkang Jagung Bahan-bahan: 2 cawan jagung dalam tin 1 cawan air 1 cawan gula 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan santan( saya guna santan kotak dan campur air cukupkan 2 cawan) 2 biji telur 2 sudu makan marjerin-BELI ONLINE DI SINI Sedikit garam Pewarna kuning Esen vanilla Bijan untuk hias
Cara membuat: 1.Panaskan oven dahulu. 2.Kisar semua bahan di atas kecuali bijan hingga sebati. 3.Guna loyang saiz 7 inci. Sapukan butter pada loyang. 4.Tuang bahan tadi dan taburkan bijan. 5.Bakar pada suhu 180-200 selama 1 jam atau hingga masak. Untuk bahagian atas kalau nak garingkan tambah masa. 6.Biar sejuk dalam satu jam baru potong.
Spring roll makaroni ni memang sedap. Bertambah sedap bila ada keju. Kalau kelazimannya kita makan popia, apa kata sesekali kita cuba buat kelainan. Kali ini RASA kongsikan resipi membuat Spring Roll Makaroni Berkeju. Rasanya memang sedap. Boleh cuba untuk minum petang. Resipi ini juga sesuai untuk dijadikan hidangan sewaktu sarapan.
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik) (BELI DI SINI)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!