Mak atau Mak mertua anda suka makan kuih Pulut Sekaya? Ha…Meh cuba resipi perkongsian saudari Eyda Rany ni. Lebih istimewa lagi resipi ni adalah warisan dari arwah ibu beliau. Patutlah Nampak sedap! Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
PULUT SEKAYA LEGEND
BAHAN LAPISAN BAWAH:
1 cawan pulut
Santan – jumlahnya bila tuang dalam pulut, ia sama paras & bukannya sama banyak.
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
* Jika suka pulut yang tebal, boleh lebihkan pulut.
BAHAN LAPISAN ATAS:
5 biji telur – empunya resipi guna 6 biji sebab guna telur gred C.
1 sudu makan tepung gandum – tak letak pun tak apa sebab tujuannya nak bagi adunan keras sedikit dan mudah untuk dipotong.
1 sudu teh garam
3/4 cawan gula – ikut tahap manis masing-masing
Sedikit serbuk kulit kayu manis – jika suka
2 cawan santan
10-15 helai daun pandan – kisar dengan santan diatas, tapis dan perah.
CARA MEMASAK:
Ads
1. Basuh pulut bersih-bersih kemudian masukkan santan, garam serta gula. Gaul rata dan masukkan kedalam loyang. Kukus hingga pulut masak.
2. Bila dan masak, gaul dan tekan pulut tadi supaya mampat dan cantik.
3. Untuk lapisan atas, kisar daun pandan bersama santan. Kemudian tapis dan perah hingga tak ada serdak pandan.
4. Campurkan bahan-bahan lain ke dalam kisaran santan dan kisar hingga halus dan tak berketul.
Ads
5. Tuang keatas lapisan pulut yang dah dimampat tadi.
6. Kukus semula sehingga lapisan atas masak.
Ads
7. Sejukkan kuih sebelum dipotong dan dinikmati.
INFO:
Loyang yang diguna bersaiz 22 inci.
Jika nak rasa kuih yang lemak berkrim, guna santan kelapa asli.
Sardin roll dengan cara gulungan yang unik tapi mudah dipelajari. Boleh buat banyak stok untuk frozen dan hanya goreng jika ingin makan.
SARDIN ROLL FROZEN
BAHAN PASTRY:
4 cawan tepung
1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
*campur semua
1/4 cawan minyak
2 sudu makan penuh majerin
*panaskan sehingga panas sedikit
Air (tambah sehingga terbentuk doh)
CARA MEMASAK:
Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul sampai jadi serbuk. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit dan bulatkan doh.
Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sebelum guna (wajib).
Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian bila hendak guna doh akan jadi lembut. Masa ini uli dalam seminit dua. Permukaan doh akan cantik licin.
Buat doh kecik bulat saiz yang di ingini.
Buat bentu bulat bujur seperti buah “pear”. Canaikan seperti bentuk dalam gambar.
Untuk bahagian hujung yang tirus itu nipiskan sedikit. Bila gulung nanti tidak perlu letak air sebab isi akan melekat.
*(pilihan tip) boleh tambah 1 sudu makan shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam adunan atau masa menggoreng.
BAHAN INTI
1 tin besar sardin
1/2 labu bwg besar-dadu
2 biji bwg putih-cincang
Cili padi/besar-optional
2 sudu makan cili giling-optional
Gula garam
Perahan limau nipis
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sedikit sahaja nanti berminyak susah nak untuk letak di doh)
Tambah cili giling dan tumis sampai cili giling separa garing.
Masukkan sardin dan pecah-pecahkan.
Tambah garam gula dan akhir sekali perahkan limau.
Masak sampai kering.
Hasil: lebih kurang 48 biji
Tip: Untuk frozen bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180’C/ 10minit. Jika hendak goreng sekejappun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.
Teringin makan murtabak mi segera? Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah, senang sesangat rupanya. Orang-orang bujang mesti suka ni, bahan asasnya hanya mi segera, telur. Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je.. Kalaua nak tahu macam mana masak ini DIY yang Rasa kongsikan dengan korang semua.
MURTABAK MI SEGERA
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi segera kari | celur dan toskan
2-3 biji telur | ikut suka
1 biji bawang besar | potong dadu
Sedikit kubis | hiris halus
Sedikit lobak merah | hiris halus
Sedikit isi ayam | rebus dan carik-carik
2 bijicili padi | hiris halus
Sedikit garam | jika kurang masin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Masukkan mi segera di dalam mangkuk bersama hirisan sayur-sayuran dan cili.
LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan bawang besar dan dan ayam isi yang telah direbus.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk lain kemudian campurkan dengan serbuk kari mi segera dan kacau sebati.
LANGAKAH 4: Tuangkan di dalam mangkuk campuran mi segera dan sayur-sayuran. Kacau rata.
LANGKAH 5: Kacau sebati supaya telur sekata.
LANGKAH 6: Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan campuran mi segera. Goreng hingga masak.
Memang banyak sekarang ini churos dijual. Malah di food truck pun ada. Boleh dapat dengan mudah. Makan panas-panas. Kan?
Tapi cuba anda buat sendiri churos di rumah. Bukannya susah. Bahan pun tak banyak yang diperlukan. Kalau anda memang peminat churos, mesti puas makan. Tak percaya? Cubalah buat sendiri.
Churos
BAHAN-BAHAN
1 cawan air
1 sudu besar gula halus
15 gram mentega
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 biji telur ayam
1 camca teh esen vanila
BAHAN SALUTAN
Sedikit gula halus
1 camca teh serbuk kayu manis
CARA MEMASAK
1.Masukkan air, gula halus dan mentega ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2.Masukkan tepung gandum dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sampai habis sambil dikacau. Masukkan baking powder.
3.Pastikan adunan lembut dan tidak bergentel.
4.Masukkan telur ayam dan esen vanila. Kacau sampai adunan likat.
5.Panaskan minyak masak. Guna paip nozel bintang. Paipkan ke dalam minyak masak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
6.Salutkan dengan bahan salutan.
BAHAN SOS
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar marjerin
CARA MEMASAK
1.Masukkan semua bahan dalam periuk.
2.Masak atas dapur dengan api kecil.
3.Sentiasa kacau sehingga pekat.
Tip untuk anda buat churos lebih sedap
Untuk lebih sedap boleh juga gantikan marjerin dengan mentega.