Resipi lama cara pembuatan pun gaya lama, kuih tradisional orang dulu-dulu yang masih digemari tetapi tidak banyak tempat yang menjual kuih ini. Sangat ‘rare’ kalau kamu teringin merasanya, apa kata ikut resipi ini pasti jatuh cinta.

 

RESIPI LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an

Resipi ‘Rare’ 60an Lepat Liat Tok Maneh. Kuih Tradisional Lama Yang Sedap. Resipi ‘Rare’ 60an Lepat Liat Tok Maneh. Kuih Tradisional Lama Yang Sedap.

Resipi ‘Rare’ 60an Lepat Liat Tok Maneh. Kuih Tradisional Lama Yang Sedap.

Ads

Bahan-bahan:

  • 1 Kg tepung pulut
  • 3 cawan Gula merah
  • 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
  • 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan
  • Sedikit garam
  • Daun pandan

Cara-cara:
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.

Siap…

NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.

Selamat mencuba…

Ads

 

CUBA RESIPI SEDAP INI JUGA:

Resipi Lepat Jagung Paling Sedap & Mudah Buat. Mantap!!!

Ads

6 Kuih Muih Lama Tapi Kekal Popular Hingga Sekarang. Tua, Muda Semua Suka!

Kuih Tradisoanal Lepat Liat Resipi Dari Utara

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI