Sedapnya Risoles Ragout Ayam ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi yang dikongsi oleh Opah Mas Cotek. Kena dengan selera orang Malaysia. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK RISOLES RAGOUT AYAM
BAHAN RISOLES: 2 cawan tepung gandum 2 cawan santan 1 ½ cawan air 1 biji telur 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati. 2. Panaskan kuali dan masukkan 1 senduk adunan. Lenggang @ dadar hingga rata. Prosesnya seakan membuat kulit Kuih Ketayap. 3. Biarkan seketika hingga adunan masak. Tidak perlu balikkan. Buat sehingga semua adunan habis. 4. Ambil sekeping risoles, masukkan inti dan gulung dengan kemas. ( seperti Kuih Ketayap). Lakukan hingga habis.
CARA MENYALUT: 1. Celup Risoles yang telah digulung tadi ke dalam bancuhan telur. 2. Kemudian salut pula dengan bread crumb hingga rata. 3. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga kuning keemasan.
Ads
BAHAN INTI: 1 biji bawang holland – cincang 2 ulas bawang putih – cincang 1 cawan isi ayam cincang 1 batang lobak merah – dadu halus 1 tongkol jagung – hiris 1/2 cawan cendawan butang – dadu 4 sudu makan tepung gandum Sedikit daun bawang – hiris Garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam secukup rasa 2 sudu makan mentega Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega dan tumis bawang holland serta bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan air dan biarkan mendidih. 3. Tambahkan ayam, lobak merah, cendawan dan jagung. Kacau sebati. 4. Masukkan tepung gandum. Sebatikan supaya tidak berketul. 5. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam. Masak hingga pekat. 6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum diletakkan pada doh risoles.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cikgu Afy Al Habibi yang dihasilkan khas untuk individu yang sedang diet. Ia menggunakan lemon, gula merah dan garam bukityang tentunya lebih sihat. Malah rasanya tetap sedap seperti sambal belacan biasa. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN DIET
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi merah
1 genggam cili padi hijau
3 biji cili merah
7 biji limau kasturi (buang biji)
1 biji lemon (untuk diperah)
Sedikit air
BAHAN BAKAR:
1 ulas bawang merah
1/4 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 1/2 inci belacan ( nak tambah lagi pun boleh untuk yang suka rasa belacan yang kuat)
BAHAN PERASA:
8 sudu makan Gula merah
1 sudu teh Perencah hilal/knorr
2 sudu teh Garam bukit
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan bakar (simpan sedikit bawang untuk dihiris nanti), cili, 3 biji limau kasturi bersama kulitnya, jus dari sebiji lemon dan bahan perasa. Bahan perasa boleh dimasukkan sedikit demi sedikit atau terpulang pada citarasa masing-masing.
2. Masukkan juga sedikit sahaja air. Jangan banyak nanti sambal terlalu cair. Kisar hingga lumat.
3. Tuang sambal belacan siap kisar ke dalam bekas.
4. Tambahkan hirisan lebihan bawang bakar, baki jus limau kasturi dan juga hirisan kulit limau kasturi.
5. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati bersama aneka sayur dan ulam.
6. Jika ada lebihan, boleh letak sambal belacan di dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama berminggu-minggu.
Asam Pedas. Walaupun lain negeri lain cara masakannya, tetapi asam pedas tetap menjadi pilihan ramai. Jom kita cuba asam pedas daging yang memang merecik rasanya ini.
BAHAN-BAHAN:
600 gram daging lembu
1 batang serai | diketuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah 2
3 tangkai daun kesum
1 sudu teh lada hitam kisar
2 senduk cili kisar
3/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas
CARA MEMBUAT:
1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan daging dan daun kesum, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
5. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas).
6. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap.
Muffin telur ni kaya dengan rasa keju dengan inti ayam di dalamnya. Kalau tak nak ayam boleh juga diganti udang, ikan, ketam dan daging. Bahan-bahannya agak-agak aje ikut citarasa masing-masing. Kalau nak rasa lemak berkeju boleh aje tambah keju.
Boleh tambah cendawan butang dan lobak merah jika suka. Selain bayam boleh guna sayuran lain yang anda suka.
CHICKEN CHEESY EGG MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur Isi ayam(boleh ganti dgn udang/ikan/ketam/daging) Susu segar Bayam (boleh ganti dgn sayur lain) Cili Merah Cili padi(optional klu nak pedas) Cendawan butang(optional) Bawang besar(didadu) Cheese- beli online DI SINI
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!