Resipi Roasted Chicken Wingsatau Kepak Ayam Panggang ala restoran pizza ni memang sedap. Malah resipinya juga mudah dan sangat sesuai dihasilkan sendiri untuk hidangan suami serta anak-anak. Sedapnya… Kalau dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi cubalah buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Mihah Rosle ni. Sangat enak! Boleh dibakar menggunakan Air Fryer, ketuhar atau boleh juga menggunakan pemanggang. Ikut sahaja gajet yang ada. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MUDAH MASAK ROSATED CHICKEN WINGS ALA PIZZA HUT
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan kepak ayam dan potong. Letak dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan bahan-bahan perapan ke dalam bekas. Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili. Jika kurang suka manis, tidak perlu letak gula atau boleh kurangkan jumlahnya.
3. Gaul sebati ayam bersama bahan-bahan perapan. Perap seberapa lama yang anda suka. Lagi lama diperap, lagi enak rasanya.
4. Bakar kepak ayam menggunakan Air Fryer pada suhu 170-180C selama 10-15 minit. Kemudian terbalikkan dan bakar sekali lagi menggunakan suhu yang sama (AF empunya resipi tidak mempunyai kepanasan atas bawah. Anda boleh ubahsuai masa ikut kesesuaian AF masing-masing.)
5. Bila kepak ayam sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Labu dipercayai mempunyai kandungan serat, mineral dan sumber antioksida yang tinggi. Labu boleh dipelbagai dalam masakan sama ada dibuat kuih seperti talam, di masak sebagai pelengkap sayur juga enak dibuat pengat.
Pengat bebola labu manis Bahan-bahan: 2 cawan labu yang siap dikukus dan dilenyek 2 cawan lebih tepung pulut 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar air kapur sirih 1 sudu teh garam sedikit pewarna kuning Tak perlu tambah air semasa menguli doh 1/2 cawan sagu direbus sehingga masak dan lalukan di bawah air untuk buang kanji, ketepikan.
Cara memasak: 1.Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan.Kalau nampk lembut sangat boleh tambah kan tepung pulut lagi. 2.Panaskan air sehingga mendidih, kemudian bulatkan doh tadi, masukkan ke dalam air yang mendidih. 3.Apabila doh dah timbul maknanya kuih dah masak, angkat yang dah timbul kemudian masukkan ke dalam air biasa supaya tak bagi melekat.
Untuk kuah: 4 cawan santan sederhana pekat 1 keping gula Melaka 1/2 cawan gula pasir .Kalau tak nak manis boleh kurangkan. sedikit garam 1 helai daun pandan
Cara memasak: 1.Masukkan santan ke dalam periuk kemudian masukkan gula Melaka dan gula pasir,1 helai daun pandan dan sedikit garam. 2.Kacau hingga santan mendidih. 3.Kemudian masukkan bebola labu tadi dan sagu yang telah direbus terlebih dahulu.
Sebut sahaja mengenai restoran Mamak, pasti terbayang-bayang keenakan aneka lauk pauknya. Karinya, perghhh..sangat power. Selain lauk ayam, masakan seperti telur ikan dan sotong semestinya buat kita kecur liur. Namun, harga yang agak mahal kadang-kala membuatkan kita tengok sahaja. Tapi jangan risau sebab anda pun boleh hasilkan menu-menu ni secara homemade. Tak susah mana pun. Jom lihat resipi & bahan-bahan yang diperlukan.
1. SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
2 biji cili merah |dipotong memanjang
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
1 tangkai daun kari
1 labu bawang merah (dikisar)
2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk jintan putih
1sudu teh serbuk jintan manis
1sudu teh serbuk cili
50gm santan pekat
1 cawan air rebusan sotong
3 sudu makan minyak masak
½ sudu teh gula
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.
2. AYAM MADU MAMAK
BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam |dipotong dan dibersihkan
1sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh garam
1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)
BAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
1 tangkai daun kari
1sudu teh bawang merah kisar
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
1 labu bawang besar |dikisar
½ sudu makan serbuk kulit kayu manis
½ sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk cili
200gm buah kurma |dibuang biji
½ cawan air
3 sudu makan madu
BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:
50gm kacang gajus
10gm buah kismis
1 sudu teh minyak sapi
CARA MEMASAK:
Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.
Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.
Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.
Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.
Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.
Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas, ni ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Salah satu resipi yang best adalah yang dikongsi oleh saudari Jastia Taza ni. Nampak sempoi je tapi memang sedap. Anda boleh cuba.
TELUR DADAR TERUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.
2. Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.
3. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.
4. Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.
5. Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.