Suka makan Roti Goreng berbalut kulit popia macam yang biasa dijual di pasar malam? Sedap kan rasanya. Ringkas sahaja tapi membuka selera. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri roti ni di rumah untuk sajian keluarga, saudara Ahmad Salehuddin Amirwan ada kongsikan resipinya. Sukatan bahan-bahan boleh ubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat intinya, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. 2. Bila sudah kekuningan, masukkan cincangan daging burger. Tumis sampai daging burger masak. 3. Ambil serbuk kari dan bancuh dengan air. Tuang ke dalam kuali berisi daging tadi. Kacau sebati. 4. Perasakan dengan garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Menurut empunya resipi, seeloknya bagi inti sedikit masin supaya rasanya lebih sedap kerana roti tu tawar. 5. Masak lagi hingga inti menjadi sempurna. Jika suka, boleh tambah ubi kentang yang dipotong dadu halus dan juga daun kari supaya lebih wangi. 6. Bila inti sudah kering dan sedikit pecah minyak, padamkan api dan ketepikan.
7. Ambil roti dan belah tepinya. Masukkan inti tadi dengan secukupnya. Boelh juga letak lebih supaya lebih sedap.
Ads
8. Tambah sos cili dalam inti tadi.
9. Bungkus roti menggunakan kulit popia.
10. Buat bancuhan tepung gandum dengan air suam. Rendam roti dalam bancuhan tepung tadi kemudian terus balut menggunakan kulit popia. 11. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng roti yang telah dibalut tadi hingga kekuningan. 12. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO: Kalau inti tu ada lebih, boleh tambah telur dan jadikan Roti John.
Sedapnya Kuih Lapis Coklat Pandan ni.Bagi anda yang sukakan Kuih Lapis, anda wajib cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Cik Pooja ini. Sungguh sedap dan lembut teksturnya malah cara memasaknya juga cukup mudah. Selain enak dimakan, hasilnya juga pasti tidak mengecewakan. Sangat berbaloi untuk dicuba.
BAHAN C: 3 sudu makan serbuk koko (bancuh dengan 4 sudu makan air suam. Kacau sebati) – beli online disini 1 sudu teh pewarna hijau – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan B. Masak atas api sambil dikacau hingga gula larut. Angkat, ketepikan dan biarkan sedikit suam. 2. Dalam bekas berlainan, masukan semua bahan A. Kacau sebati. 3. Bila bahan B sudah suam, campurkan ke dalam bahan A. Kacau sebati dan tapis. 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahangian. 5. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko yang telah dibancuh tadi. Satu bahagian lagi dicampur dengan pewarna hijau. 6. Panaskan kukusan. Bungkus penutup kukusan dengan kain untuk elak air menitis atas kuih. 7. Ambil loyang bersaiz 9×9 inci. Letak loyang tadi ke dalam kukusan supaya panas sekejap. 8. Untuk lapisan pertama, ambil senduk bulat dan sendukkan adunan coklat ke dalam loyang. Pastikan adunan rata dalam loyang. Kukus 5 minit guna api sedang.
9. Bila sudah cukup 5 minit, buka kukusan kemudian tuang adunan lapisan hijau pula. Tutup kukusan dan kukus lagi 5 minit.
10. Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis. 11. Bila sampai lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. 12. Bila Kuih Lapis telah masak, keluarkan loyang kuih lapis dari kukusan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong menggunakan pisau plastik.
Kuih tradisional peria ni memang sedap dikunyah, lembut tapi liut sikit sebab ada tepung pulut. Kuih muih Melayu memang tak lekang penggunaan tepung pulut dan santan ni.. Intinya boleh menggunakan kacang merah, kacang hijau atau kelapa.
Jom semak resipi perkongsian Farisha Sofea yang membahasakan dirinya Mama Sofea ni.
KUIH PERIA ALA MAMA SOFEA BAHAN-BAHAN :
500gm tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan segar
sedikit garam
air secukupnya
pewarna pilihan
inti pilihan ( inti kacang merah / kacang hijau / kelapa ) secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan tepung di dalam mangkuk, kacau rata. 2. Masukkan santan yang dicampur sedikit garam . 3. Masukkan pula air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh . 4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan . 5. Ambil sedikit doh dan masukkan inti ( farisha guna inti kacang merah ) 6. Untuk membuat corak , boleh menggunakan lidi / pisau plastik / pembalut buah . 7. Farisha gunakan menggunakan pembalut buah . 8. Letakkan kuih di tengah pembalut dan balut , tekan sedikit di kedua dua bahagian hujung kuih agar kuih terbentuk bujur . 9. Kemudian letakkan di atas baking paper,ulang sehingga habis . 10. Panaskan kukusan dan kukus selama 10 minit . siap
Jangan ingat sibuk di depan kamera, Dilla Ahmad tidak sempat ke dapur ye… Bila ada kesempatan rehat tanpa lakonan, dia tetap masuk dapur menyediakan hidangan yang ringkas dan mudah untuk keluarga. Tak percaya? Ini dua menu yang dikongsikan oleh Dilla dengan RASA yang anda semua boleh cuba.
AYAM BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | gaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam
3 sudu makan rempah briani
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
3 sudu makan bawang goreng
3 sudu makan puri tomato
2 sudu makan sos cili
1 biji tomato | belah enam
1 pokok daun ketumbar | botong 3-4cm
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4cm halia
5 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah briani yang dibancuh dengan sedikit air, kemudian tambah dengan puri tomato dan sos cili.
Seterusnya, masukkan ayam, bawang goreng, kismis, daun ketumbar dan santan.
Kacau atas api sederhana sehingga kuah pekat dan timbul minyak.
Akhir sekali masukkan tomato, dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Selepas beberapa minit bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi beriani.
CUCUR BAWANG
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250gm bawang besar | cincang
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
1/2 cawan hirisan daun bawang
1 biji telur
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kecuali telur dan air. Gaul rata.
Seterusnya masukkan telur dan air secukupnya.
Adun adunan tepung hingga sebati.
Panaskan minyak, dan goreng cucur hingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan bersama sos cilia tau kuah kacang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!