
Suka makan Salad Buah? Jika ya, resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni antara yang anda boleh cuba. Menggunakan campuran buah-buahan segar dan dinikmati bersama sos enak. Hmm…Tengok gambar je pun dah terliur. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
SALAD BUAH PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji buah tembikai susu ( honeydew)
- 1/2 biji buah tembikai
- 200gm buah mata kucing @ longan
- 1 biji buah nanas
- 1 biji buah naga
- 200gm buah anggur
- 160gm susu pekat manis
- 160gm yogurt Greek
- 160gm mayones
- 200gm keju cheddar
CARA MEMASAK:
- Potong buah-buahan berbentuk dadu kecil. Buah anggur dibelah dua dan buah mata kucing dibuang bijinya. Campurkan kesemua buah dan gaul rata.
- Dalam bekas berasingan, campur susu pekat manis, yogurt dan mayonis. Kacau sebati.
- Tuang sos tadi ke atas campuran buah.
- Seterusnya, parut keju cheddar di atas buah dengan secukupnya.
- Sejukkan salad buah sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ig Mak Frida @fridajoincoffee
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara-Cara Buat Stok Bawang Goreng Rangup Yang Tahan Lama. Sedap & Memang Mudah!

Bawang goreng memang enak diletak dalam pelbagai hidangan masakan. Jika buat sendiri secara homemade, rasanya memang lebih sedap berbanding bawang goreng yang dibeli. Cuma kadang-kala, kita tak tahu cara betul untuk pastikan bawang goreng ni kekal rangup dalam tempoh masa yang lama. Jom cuba cara ni. Boleh buat stok untuk puasa.
DIY BAWANG GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 5 paket bawang merah rose
- 2 labu bawang putih
- 1 sudu makan garam
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rendam bawang rose dan bawang putih dalam air selama 1/2 jam. Kemudian toskan bawang dan kupas kulit.
2. Basuh bawang tadi hingga bersih dan keringkan. Boleh letak atas tuala bersih supaya betul-betul kering.
3. Hiris bawang nipis-nipis kemudian gaulkan dengan garam. Gaul sebati.

4. Panaskan minyak masak dengan secukupnya. Bila dah betul-betul panas, sederhanakan api dan masukkan bawang. Kacau selama 4 minit.
5. Kemudian kuatkan api selama 60 saat. Pada waktu ni, pastikan bawang sentiasa dikacau. Kemudian kecilkan api. Teruskan mengacau bawang sehingga masak sekata.

6. Angkat bawang goreng dan toskan minyaknya. Letak dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum ditutup.

7. Untuk kekal rangup, letak bawang goreng dalam bekas dedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya bawang goreng memang tahan lama.
Kredit resipi & foto: Parmiati Binti Suyudi
Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

Sedapnya Risoles Ragout Ayam ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi yang dikongsi oleh Opah Mas Cotek. Kena dengan selera orang Malaysia. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK RISOLES RAGOUT AYAM

BAHAN RISOLES:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 ½ cawan air
1 biji telur
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 senduk adunan. Lenggang @ dadar hingga rata. Prosesnya seakan membuat kulit Kuih Ketayap.
3. Biarkan seketika hingga adunan masak. Tidak perlu balikkan. Buat sehingga semua adunan habis.
4. Ambil sekeping risoles, masukkan inti dan gulung dengan kemas. ( seperti Kuih Ketayap). Lakukan hingga habis.

BAHAN SALUT RISOLES:
1 cawan telur – dipukul
1 cawan bread crumb ( serbuk roti)
CARA MENYALUT:
1. Celup Risoles yang telah digulung tadi ke dalam bancuhan telur.
2. Kemudian salut pula dengan bread crumb hingga rata.
3. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga kuning keemasan.

BAHAN INTI:
1 biji bawang holland – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
1 cawan isi ayam cincang
1 batang lobak merah – dadu halus
1 tongkol jagung – hiris
1/2 cawan cendawan butang – dadu
4 sudu makan tepung gandum
Sedikit daun bawang – hiris
Garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam secukup rasa
2 sudu makan mentega
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang holland serta bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Tambahkan ayam, lobak merah, cendawan dan jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung gandum. Sebatikan supaya tidak berketul.
5. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam. Masak hingga pekat.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum diletakkan pada doh risoles.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Nak cari PRESSURE COOKER yang terbaik & ‘value for money’ untuk goreng Risoles ni? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Dua Sajian Baba Nyonya Warisan Berzaman. Serasi Tekak Melayu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Mini Tortilla Nuget Ayam. Snek Homemade Mudah Untuk Anak Suka Makan

Tortilla Mini Nuget Ayam ni sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sangat mudah sahaja cara penghasilannya. Sekali buat, boleh makan satu keluarga. Kalau buat untuk sarapan, minum petang malah sesuai juag untuk sajian makan malam bagi anda yang mahukan sajian yang lebih ringkas. Kombinasi perlbagai bahan sebagai inti, membuatkan hidangan ini begitu mengenyangkan sekali. Nak cuba buat? Saudari Jaja Ramli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
RESIPI MINI TORTILLA NUGET AYAM

BAHAN-BAHAN:
Tortilla wrap
Nuget ayam secukup
Daun Salad
Sos cili – beli online disini
Mayones – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Goreng nuget ayam hingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan. Boleh juga guna nuget kegemaran yang lain.

2. Petua daun salad supaya tahan segar lebih lama, rendamkan dengan air garam dalam 2-3 minit. Kemdian toskan.

3. Sos cili dan mayones yang diletak dalam botol supaya lebih senang untuk digunakan.
4. Panaskan tortilla terlebih dahulu dalam kuali. Terbalikkan dalam beberapa saat kemudian lipat sebegini supaya nampak garisan. Nanti senang nak potong 2.

5. Buat seperti ini supaya dapat tortilla saiz mini.
6. Letak Roti wrap pada kedudukan sebegini. Letak mayones dan sos cili atau apa sahaja sos kegemaran.

7. Letak daun salad, nuget dan letak lagi mayones dan sos cili.
8. Lipat roti wrap begini.


9. Jika mahu nampak kelainan, boleh bungkus wrap guna kertas burger.
10. Ambil sekeping kertas pembalut burger kemudian potongkan pada 4 bahagian dan lipat.







11. Untuk lebih kemas, letak salotape di hujungnya.
12. Mini Tortilla Nuget Ayam siap disediakan. Sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Jaja Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni
Resepi Cinnamon Roll Homemade Mudah & Sedap. Guna 4 Bahan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

