Salad Buah merupakan snek paling mudah yang boleh anda sediakan hari ini. Enak dimakan sejuk, ia merupakan campuran buah-buahan yang digaul bersama sos ringkas. Kombinasi campuran buahan-buahan kegemaran menaikkan lari rasa enak hidangan ini. Lemak, manis, masam, semua ada. Sangat menyegarkan. Nak cuba sos Salad Buah ni? Saudari Ani Zam ada kongsikan resipinya. Jom kita mula!
Sedapnya murtabak daging ni kalau dimakan panas-panas. Biasanya kalau nak makan, kena beli di pasar malam atau kedai. Dengan adanya resipi perkongsian saudari Sha Roziah Al Yahya ini, anda tak perlu lagi beli hidangan enak ini. Buat sahaja di rumah. Resipinya sangat mudah malah tak perlu uli tepung. Hanya guna kulit popia sahaja. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MURTABAK DAGING KULIT POPIA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
Kepingan keju secukupnya
2 biji telur
BAHAN INTI:
3 keping daging burger – boleh juga guna daging atau ayam kisar
3 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus hingga lembut – beli online DISINI
Daun sup secukupnya – hiris
Sedikit kiub pati daging / ayam – beli online DISINI
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 2. Masukkan rempah kari daging dan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan daging burger yang telah dihancurkan. Kacau lagi hingga sebati. 4. Seterusnya masukkan ubi kentang dan tambahkan sedikit air. Kacau rata dan masak lagi hingga inti kering. 5. Akhir sekali, peraskan dengan kiub pati daging, garam dan gula dengan secukup rasa. Angkat dan sejukkan inti. 6. Untuk menyediakan murtabak, ambil sekeping kulit popia dan letak di atas papan pemotong. 7. Letak sekeping keju cheddar dan sudukan inti yang dimasak tadi. Ratakan. 8. Sudukan telur di atas inti dan lipat kulit popia.
9. Masak popia di dalam kuali yang telah diletak dengan sedikit minyak. Bila popia dah masak, terbalikkan dan masak lagi hingga sempurna. 10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Pek Nga merupakan antara menu yang popular di Utara. Menggunakan kelapa muda sebagai bahan asas, Pek Nga memang mudah sangat nak buat. Yang penting sedap! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama Sambal Bilis atau Kari Daging.
Rupanya, Pek Nga ni lebih sedap jika ditambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di dalamnya. Resipi olahan Dapoq Pdot ini dapat meningkatkan rasa dan nampak sungguh menyelerakan. Jom kita cuba.
Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.
SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan daun ketumbar
1 ulas bawang putih
15gm daun pudina
1 sudu makan kacang tanah, dibakar
1/3 cawan minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/4 cawan keju cheddar
1 biji limau nipis | diambil jus
2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
1 buku roti Perancis
1 biji tomato | dihiris
3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.
WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
250ml santan
Kepingan tortilla secukupnya
5 helai daun salad | dihiris
Sedikit daun ketumbar | dihiris
2 biji tomato | dihiris
Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk pala
2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar | dipotong dadu
2 biji buah tomato | dicincang
3 inci halia | ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!