
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal belacan yang gerenti tidak akan mengecewakan. Rasanya cukup lengkap masam tomato dan pedas cili.
Sambal belacan ini sedap dimakan dengan nasi berlaukkan kuah lemak dan ayam goreng atau ikan goreng. Cubalah!
SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
1 labu bawang besar
Segenggam cili padi hijau
5 biji cili besar merah
Segenggam cili padi merah
2 inci belacan kampung
1 biji tomato
4 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang besar, cili padi hijau, lada merah, cili padi merah dan belacan. Tujuan digoreng adalah supaya sambal belacan tidak maung dan tidaklah mudah sakit perut. Goreng sehingga layu.
2. Kemudian masukkan tomato sehingga tomato layu.

3. Selepas itu, angkat semua bahan yang digoreng tadi.
4. Masukkan dalam mesin pengisar. Tambahkan gula, garam dan air asam jawa. Kemudian kisar tapi tidak terlalu halus.
5. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!
Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/h3YZk1ypPJQ
Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Jenis Pes Masakan Popular. Jimat Masa Memasak, Siap Untuk Lauk Seminggu!

Cara mudah buat pes lauk kegemaran keluarga, sangat mebantu ibu-ibu di dapur. Siap 6 jenis masakan yang boleh di buat selama seminggu. Boleh menjimatkan masa memasak di dapur, sesuai untuk anak-anak ramai dan ibu bekerjaya.
Ramai yang tanya bahan2 untuk buat pes ni, jadi dah ada masa ni, saya share terus. Senang, nak masak nanti, cuma masukkan air atau santan dan kentang, tomato ke apa sebagai tambahan…
1. PES TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- Tomato 5 biji
- Bawang besar 5 biji
- Cili api 3 bijik
- Cili kering 5 bijik
- Lada besar 5,6 biji
- Serai 10 batang
- Lengkuas 2 inci
- Daun limau purut 5,6 helai
- Belacan seinci pastu bakar
- Udang kering dlm 10-15 ekor
CARA MEMASAK:
1. Blend je semua sekali pastu tumis dlm minyak ( letak lebih sikit utk pes tahan lama)
2. Tumis sampai naik minyak lagi lama lagi sedap
3. Masukkan dalam bekas kecik2 dan bekukan
4. Nak masak nanti masukkan je pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam ,gula, bunga kobis, carrot.
5. Perasakan dgn garam dan gula
2. PES GULAI
BAHAN-BAHAN:
- Bunga lawang 5 kuntum
- Buah pelaga 10-15 biji
- Kayu manis 2,3 batang
- Cengkih 7,8 biji
- Halia 2 inci
- Kunyit 2 inci
- Lengkuas 2 inci
- Bawang besar 5 biji
- Bawang putih setengah labu
- Lada giling satu plastik
- Rempah gulai 10 sudu
- Kerisik
- Kisar semua sekali kecuali lada giling dan kerisik
CARA MEMASAK:
1. Panas minyak,tumiskan lada giling
2. Masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak
3. Masukkan kerisik. Masukan bekas kecik dan bekukan
4. Nak masak nanti , masukkan pes, bagi mati air (bhsa ganu,tak tahu bahasa baku ape..haha)ayam or daging tu baru masukkan santan, kentang, gula melaka,garam ,gula, asam gelugur
3. PES KARI
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar 5 biji
- Bawang putih setengah labu
- Halia 3 inci
- Bunga lawang 5 biji
- Buah pelaga 10 biji
- Kayu manis 2,3 batang
- Rempah kari 10 sudu
- Kisar semua kecuali rempah 3 beradik tu
CARA MEMASAK:
1. Tumis rempah 3 beradik
2 . Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak
3. Beku kan
4. Nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, garam,gula
4. PES KURMA
BAHAN-BAHAN:
- Buah pelaga 10 biji
- Bunga lawang 5 kuntum
- Kayu manis 2, 3 batang
- Bawang besar 5 biji
- Bawang putih setengah labu
- Halia 2 inci
- Rempah kurma 10 sudu
- Kisar semua sekali kecuali rempah 3 beradik
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan rempah 3 beradik
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak
3. Bekukan
4. Nak masak nanti, masukkan pes, ayam , santan , kentang,tomato, garam,gula, asam keping.
5. PES SUP
BAHAN-BAHAN:
- Bunga lawang 5 biji
- Cengkih 7 kuntum
- Kayu manis 2,3 batang
- Buah pelaga 10 biji
- Lada hitam
- Bawang besar 5 bijik
- Bawang putih setengah labu
- Halia 3 inci
- Rempah sup 10 sudu
- Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik
CARA MEASAK:
1. Tumus rempah 4 beradik
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak
3. Bekukan
4. Nak masak nanti, masukkan pes, air, ayam atau daging, asam keping, garam ,gula,kentang
6. PES MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar 5 biji
- Bawang putih setengah labu
- Halia 2 inci
- Lada giling sebungkus
- Kisar semua sekali kecuali lada giling
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan lada giling
2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak
3. Bekukan
4. Nak masak nanti, masukkan pes, garam,gula,asam keping, sos tiram, sos tomato, hirisan bawang, ayam or daging, serai, daun ketumbar.
NOTA: Pes tu terpulang nak masuk berapa bekas sekali masak bergantung pada kuantiti yg nk dimasak. Saya biasa masukkan 2 atau 3. Kalau semangkuk kecik je nak makan,masukkan satu bekas pes pun dah cukup.
Dah ada pes macam ni, jimat sgt masa kt dapur. Tambah lagi kalau ayam, daging dah bersihkan siap2, simpan dalam peti untuk sekali masak, sayur dah siap basuh dan potong. Setengah jam boleh siap masak.
KONGSI RESIPI: Sitinorokiah Omar
Sambal Nasi Ayam Penyet. Sambal Ekspres, Best Buat Buka.

Sambal Nasi Ayam Penyet atau dikenali juga sebagai sambal jawa ni memang ekpres dan cepat sungguh membuatnya. Bahan-bahan ringkas sangat. Sesuai dimasak lebih sikit untuk stok dua tiga hari.
Boleh simpan peti sejuk. Tengah PKP ni tak payah nak masuk dapur hari-hari, mesti yang ada sibuk ‘work from home’ dan mesyuarat ‘video conferencing. Kita masak yang simple dan cepat, tak lama dok dapur .
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni cukup mudah. Walaupun ni adalah sambal nasi ayam penyet tapi sambal ni juga sesuai dimakan nasi panas dan lauk biasa. Kalau min ada nasi dengan ikan atau ayam goreng lawan dengan sambal ni dah bertambah tambah pinggan nasi.
SAMBAL JAWA @ SAMBAL NASI AYAM PENYET

BAHAN-BAHAN :
• 1/2 biji bawang holland
• 1 biji tomato
• 4 tangkai cili besar
• 7 tangkai cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
• sedikit belacan
• gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan di atas sehingga layu. Kecuali gula dan garam.

2. Kemudian tumbuk bahan-bahan yg telah digoreng menggunakan lesung batu (sya tumbuk kasar)
3. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yg telah ditumbuk
4. Siap dah boleh makan. Gandakan resipi kalau nak buat stok, simpan dalam peti sejuk
Selamat mencuba !
Kredit Resipi : Nuhaz Kitchen by Nurhaziqah
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI SAMBAL INI :
7 Jenis Sambal Untuk Hidangan Seminggu, Baru Sedap Dan Tak Bosan!

Boring dah asyik sambal yg sama tiap minggu? Kak Mazliza berkongsi resipi sambal yang sedap untuk kamu buat hari-hari gerenti memukau! Boleh simpan buat koleksi aneka jenis sambal ni.
SAMBAL GORENG GARING

Bahan:
- *3 biji cili masak
- *25 tangkai cili padi(akk guna cili padi merah)
- *1’biji bwng besar
- *3 ulas bwng putih
- *Sedikit belacan
- 1 kpng asam keping
- Garam n perasa
Cara:
- Mesin kasar bhn bertnda *
- Tumis bhn hingga betul2 garing
- Masukkan asam keping,garam dan perasa
- Siap!!
(Klu utk mkn kat rumah je..biasa akk buh tomato utk gnti asam keping…lg sedap..tp sb ni nk simpan lama..so akk buh asam keping)
SAMBAL TUMBUK PETAI + IKAN

Bahan:
- 2 ekor ikan selayang/kembung(goreng)
- *1 biji bwng besar
- *15 tangkai cili padi
- *2 ulas bwng putih
- Sedikit garam
- Petai-2 papan
Cara:
- Goreng sekejap bhn bertanda * hingga agak layu
- Asingkan ikan dr tulang
- Tumbuk semua bhn * yg dh d goreng td bersama sedikit garam(tumbuk jgn hancur sgt)
- Masukkan isi ikan goreng
- Akhir skali masukkan petai kopek n tumbuk pecah2 je petai tu..
SAMBAL TOTOK

Bahan:
- 1/2 gengam ikan bilis kopek(basuh dan rendam)
- *30 tangkai cili padi merah+hijau
- *1 biji bwng besar
- *3 ulas bwng putih
- *sedikit belacan
- Sedikit garam
- 1biji limau nipis
- Goreng bahan bertanda * hingga layu dlm minyak yg sedikit
Cara:
- Tumbuk semua bahan yg d goreng td dgn sedikit garam
- Tumbuk pecah2 manja je…
- Masukkan ikan bilis yg dah d toskan dan tumbuk sebati..
- Perahkan limau dan gaul sebati..
- Siap!!!mkn plk dgn nasi panas…terangkat!!!
SAMBAL TERUNG GORENG + IKAN TUMBUK

Bahan:
- 1/2 biji terung pnjng(potong2 dan goreng)
- 2 ekor ikan selayang(goreng n ambik isi shj)
- *15 tangkai cilipadi
- *3 ulas bwng putih
- *1biji bwng besar
- Sedikit garam
Cara:
- Goreng bhn bertanda * hingga layu
- Tumbuk bhn yg dh dgoreng layu td dgn garam
- Masukkan isi ikan dan tumbuk ..
- Akhir skali..masukkan terung dan tumbuk pecah2 je
SAMBAL GESEK
Bahan:
- 1genggam cili api
- sedikit belacan
- 1 biji bwng besar
- 2 ulas bwng putih
- 2 sudu ikan bilis-goreng garing n tumbuk pecah2
- 1 biji asam limau
Cara:
- Tumbuk cili,bwng besar,bwng putih n belacan pecah2 je…jgn lumat
- Tumis bhn tumbuk hingga garing..masukkn sedikit perasa..x perlu tmbah garam klu x suka masin
- Setelah bhn garing..masukkn ikan bilis yg d tumbuk td n kacau rata
- Hidangkn dgn limau nipis..klu suka masam..lbhkn lg limau..mkn dgn nasi panas2…cnfirm merah telinga…
*utk yg x suka pedas sgt..blh campur cili api n cili masak..rasa ttp sedap cuma kurang pedas je..
SAMBAL LIMAU NIPIS
- Cili besar/cili msk-2 biji
- Cili padi-7/8 biji
- Sedikit garam
- Sedikit belacan
Cara:
- (Tumbuk lumat bhn di ats)
- Bila dh lumat…masukkan 1 sudu mkn gula..lenyekkan dgn lesung..
- 1 biji limau nipis(hiris n perahkn airnya dlm sambal td..klu suka..blh hiriskn kulitnya nipis2 n gaulkn dlm sambal
Siap!!!
SAMBAL IKAN MEMPELAM MUDA

Bahan:
- 2 ekor ikan kembung-bakar or rebus
- 15 tangkai cili api
- 3 biji mempelam telur(muda)-cincang2
- *klu pelam besar..sebiji pun ok
- sedikit garam
Cara:
- Tumbuk cili api + garam hingga lumat
- Masukkan pula ikan rebus /bakar td n tumbuk lagi
- Akhir sekali masukkan mempelam yg d cincang dan tumbuk2 manja gitu…
siap !!!
Kongsi resipi: Mazliza Ahmad
CUBA JUGA RESIPI SAMBAL INI:
Untuk Peminat Sambal Kicap Tegar! Nah 3 Tip Sambal Kicap Letop Tahan Lama.
Cara-Cara Buat Sambal Belacan Yang Padu, Sedap & Tahan Lama.
Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

