
Ikan bilis kini bukan lagi makanan dikala hujung bulan kerana harganya boleh tahan juga mahal. Jika tiada selera, hidangan berasaskan ikan bilis ni adalah salah satu pilihan yang mempu menaikkan selera. Nak masak pun mudah. Jom cuba hidangan Sambal Bilis Goreng Bersama Terung Telunjuk ni. Memang best!
BAHAN-BAHAN:
- 150gm Ikan bilis
- 4 biji Terung Telunjuk
- 1 biiji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 6-7 biji cili padi merah
- Garam dan gula
- Minyak masak
ANDA MUNGKIN SUKA:
8 Makanan Tradisional Kedah & Johor Yang Wajib Anda Cuba Bila Berkunjung Ke Selatan & Utara.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing.
- Goreng pula terung telunjuk.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili.
- Masukkan ikan bilis dan terung telunjuk yang telah digoreng.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Angat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dua Sajian Baba Nyonya Warisan Berzaman. Serasi Tekak Melayu

Sajian laut Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Pengaruh sajian Melayu terutama bahan ramuannya banyak yang menyamai ramuan sajian Melayu.
Ni dua sajian ikan resipi Cina Peranakan yang dikongsi oleh Kolej Yayasan Felda Pahang. Berbaloi-baloi untuk dicuba …
IKAN GERANG ASAM

BAHAN-BAHAN :
- 1 keping kepala ikan merah
- 1 kuntum bunga kantan
- 2 sudu makan asam jawa
- 2 helai daun limau purut
- 1 tangkai daun kesum
- 2 biji bendi
- 1 biji tomato
- 1/2 kiub ikan bilis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 3-5 sudu makan cili kisar
Bahan kisar halus :
- 5-7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 50gm kunyit hidup
- 50gm lengkuas
- 30gm serai | dihiris
- 1 biji buah keras | dihiris
- 15gm belacan
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
3. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biarkan ia mendidih.
4. Masukkan ikan, kiub ikan bilis dan masak seketika. Tambah bendi, daun kesum dan daun limau purut.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
6. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibela empat, masak sebentar dan rasa.
7. Tutup api dan hidang panas bersama nasi.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 1 jam 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya
Keistimewaan : Resipi ni seakan asam pedas, tapi ada rasa uniknya tersendiri
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Usah biarkan ikan masak terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur
IKAN TENGGIRI CHUAN-CHUAN

BAHAN-BAHAN :
- 3 keping ikan tenggiri
- 50gm kunyit serbuk
- 10gm garam
- Minyak masak secukupnya
Bahan tumis :
- 2 biji bawang besar | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris atau tumbuk
- 2 biji cili merah | dihiris
- 3 sudu makan taucu
- 100ml air asam jawa
Bahan hiasan :
- 10gm bawang goreng
- 10gm daun bawang
CARA MEMASAK :
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam dan goreng ikan tenggiri sehingga garing, dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih, dan hirisan cili merah sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa.
4. Biarkan kuahnya pekat sedikit, apabila pekat masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa.
5. Setelah masak tuangkan kuah di atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : goreng
Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya
Keistimewaan : Ramuan taucu memberikan rasa lemak masin yang lazat.
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Gunakan non stick pan ketika menggoreng ikan bagi mengelakkan isi ikan melekat pada kuali.
RESIPI :MOHAMAD RIZAM HUSSIN, MUHAMMAD AMIRUDDIN ABU BAKAR
TERIMA KASIH :Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak, Pahang.http://www.yayasanfelda.org
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Cucur Udang Geragau Inspirasi Resipi Baba Nyonya, Padu Rasa Dia!
DAN JUGA RESIPI INI :
JOM SEMAK VIDEO IKAN PINDANG NI ;
Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Cara Kelantan. Lagi Lama Perangat Lagi Sedap!

Di Kelantan, menu nasi berlauk memang popular dan mempunyai beberapa pilihan lauk pauk. Antara yang popular ialah Gulai Ayam, Gulai Ikan Tongkol dan banyak lagi. Salah satu yang paling sedap adalah Gulai Ikan Kering @ Ikan Masin. Kena pula makan dengan nasi putih panas dan sambal belacan tumbuk. Fuhhh…Memang padu! Gulai ni pula ada macam-macam rencah dalam kuahnya. Ada timun, nanas dan cili. Lagi lama diperangat, lagi sedap! Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor ikan kering | dibasuh
- Timun | dibelah kecil
- 5-6 biji cili hijau
- 1 -2 keping nanas | dipotong dadu
- Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
- Garam, gula dan perasa secukupnya


BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili kering
- 1 biji cili merah
- 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
- 2 inci kunyit segar
- Sedikit lengkuas

CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
- Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
- Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
- Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zat Hernani
Link asal resipi: https://goo.gl/6HkkwV
Ni Dia Tumis Petai Ikan Bilis Dengan Cili Api Sedap Melampau, Makan Sampai Licin



Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
- Bawang Putih (Hiris)
- Bawang Holand (Hiris)
- Petai (Belah dua)
- Cili Api (Hiris)
- Garam
- Gula

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Marina Ismail

