Resipi Sambal Penyet 6 Bahan Paling Ringkas Dan Sedap

Share

Sambal Penyet ni memang sedap dan boleh tahan lama. Sesuai dijadikan stok di dalam peti sejuk. Jika tiba-tiba teringin nak makan pedas, ceduk sahaja dan makan bersama ikan goreng, ayam goreng, ulam-ulaman dan juga nasi panas. Sangat membuka selera. Nak cuba? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Jom try!

 

CARA BUAT SAMBAL PENYET SEDAP TANPA GUNA BANYAK BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 7 biji tomato merah
  • 5 biji cili merah
  • 20 tangkai cili padi merah
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan 1/2 cawan minyak masak di dalam kuali.

2. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga berbau wangi.

3. Kemudian masukkan tomato. Masak hingga lembik.

4. Seterusnya masukkan cili merah, cili padi dan belacan. Gaul sebati bersama tomato tadi.

5. Padamkan api dan biarkan bahan gorengan di dalam kuali menjadi suam.

6. Masukkan bahan bergoreng tadi ke dalam pengisar. Kisar jangan terlalu kerap bagi mengelakkan sambal menjadi terlalu halus. (INFO RASA: kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh

)

7. Sesudah dikisar, masukkan Kembali bahan kisaran ke dalam kuali. Masak lagi hingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.

8. Perasakan sambal dengan garam dan gula secukup rasa.

9. Angkat, sejukkan sambal barulah disimpan dalam bekas bersesuaian.

10. Sambal Penyet ini sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

 

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Sambal Penyet lebih mudah dikisar menggunakan PENGISAR KERING. Boleh dapatkan DISINI mengikut bajet anda.

 

Nak beli LESUNG BATU? Pun boleh beli online DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur