Sayur-sayuran Jagung (saya gantikan anak jagung sebab tiada stok) Lobak merak – beli online di sini Brokoli *Semua ni rebus juga. Kemudian toskan. Brokoli lepas dah rebus, angkat dan letak dalam air sejuk supaya warna dia asli tak layu.
1. Kisar semua sekali bahan. Kemudian, panaskan minyak. Tumis bahan dan jangan lupa letak daun kari supaya naik wangi. Letak garam dan gula sesedap rasa. 2. Tumis sampai garing. Masukkan air didihan udang, sotong, ketam tadi sikit. Tunggu sampai garing, masuk lagi air didihan tu.
3. Air didihan tadi digunakan untuk dijadikan kuah kalau nak. Bukan guna semua, sekadar berkuah guna air tu semula untuk rasa lebih sedap. 4. Gaul semua sekali dalam kuali. Taburkan brokoli, daun sup dan daun bawang di atasnya supaya naik harumannya. Siap.
Ibu-ibu yang suka buat roti, jom cuba buat sosej sendiri. Boleh buat roti sosej yang sedap. Isi ayam terutama bahagian dada selalunya kurang dapat sambutan kalau dimasak. Bahagian kepak, paha selalu lebih dulu dipilih untuk dimakan. Jadi, kalau ada bahagian dada ayam, lebih baik diasingkan dan dibuat sesuatu jenis makanan yang lain. Misalnya sosej ayam. Jom buat sosej ayam sendiri.
SOSEJ AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
• 200 gram isi ayam
• 1 biji telur ayam
• Lobak merah
• Daun sup
• Bawang holland sebelah
• 2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
• 1 sudu kecil lada hitam
• Garam dan gula (BELI DI SINI)
• 2 sudu besar tepung ubi
• 1/4 cawan air
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.
2. Masukkan dalam plastik aiskrim atau aluminium foil.
3. Kemudian kukus atau rebus dalam tempoh 15 minit.
4. Keluarkan sosej dari plastik atau aluminium foil dan goreng. Kalau guna aluminium foil elok kukus.
5. Sedia dihidang.
Masa tengah PKP ni macam-macam idea kena fikir untuk masak. Kalau biasa masak sekali atau dua kali sehari, ni dah kena fikir untuk minum petang jugak. Maklum lah bila dah berkumpul ramai kat rumah.
Dapat makan kek yang simple aje ramuannya pun dah cukup heaven. Jom kita semak resipi dari Farisha Sofea yang nampak enak nih. Mudah aje buatnya.Bahan pun tak rumit.
KEK CONGO BARS
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : 150gm mentega berkualiti tinggi 220gm gula perang
Bahan B : 3 biji telur gred A 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan C : 315gm tepung naik sendiri 3/4gm cawan coklat chip ( boleh juga letak bahan lain )
Bahan Hiasan ( terpulang nak letak apa ya ) : coklat chip coklat coin kepingan badam badam cincang
CARA MEMASAK :
1. Putarkan Bahan A sehingga kembang . 2. Masukkan Bahan B , tuangkan telur satu persatu sambil diputar rata . 3. Masukkan tepung dan kaup balik . 4. Masukkan pula coklat chip , kacau sebati . 5. Alaskan loyang dengan baking paper . 6. Tuangkan adunan dan ratakan .
7. Taburkan bahan hiasan .
8. Panaskan oven , bakar pada suhu 180°C selama 40 minit bergantung pada oven masing masing .
Ni dia kuah steambot paling mudah dan teramatlah sedapnya. Rebus air dan masukkan dua jenis pes, iaitu pes tom yam dan pes asam pedas, dah menjadi pun supnya.
Pastu boleh masukkan sosej, bahan mix steamboat (dalam peket) laut, cendawan dan mi segera,hmm memang mengenyangkan. Kuah ni kalau dihirup pun puas.Jom buat, mudah sangat hanya tiga langkah memasak aje.
STEAMBOT MUDAH
.
BAHAN-BAHAN :
1 pes tom yam
1 pes asam pedas | Adabi ada
2 kiub ayam
1.5 liter air
1 peket Mix steamboat
Sosej secukupnya
Ikan fuchok goreng secukupnya
Cendawan enoki/cendawan tiram | secukupnya
Mi segera
CARA MEMASAK : 1. Rebus air 1.5liter dan masukkan 2 kiub ayam,1 pes tom yam dan 1 pes asam pedas adabi
2. Dah menggelegak,campurkan mix steamboat,sosej, ikan fuchok goreng, mi segera dan akhir sekali masukkan cendawan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.