Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari ni? Apa kata anda cuba resipi Sotong Masak Hitam stail mamak perkongsian Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din ini. Sangat sedap. Malah warna hitam tu tidak menggunakan dakwat sotong pun. Menurut empunya lagi, resipi ni memang mudah masak dan rasanya tak mengecewakan. Ha…Bolehlah cuba ya.

 

Ads

SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong 
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
  • 1 sudu kecil lada sulah (*)
  • 1 sudu besar serbuk cili (*)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
  • 1 batang serai – dititik
  • 3 tangkai daun kari
  • 1-2 biji tomato – belah wedges
  • 1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
  • 1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
  • 1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
  • 3 labu bawang besar – dihiris
  • 3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa & secubit gula
  • Sedikit pes asam jawa

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
  3. Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
  4. Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
  5. Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
  6. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
  7. Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.

INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.

Resipi Sotong Masak Hitam Stail Mamak Yang Sedap & Mudah.

Ads

Kredit resipi & foto: Rabiatun Adawyah Mohamed Din

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI