Buat penggemar lauk sotong, resipi Sotong Masak Sambal Penyet perkongsian saudari Aisyah Humaira ni tentunya anda perlu cuba. Resipi yang cukup mudah dan tentunya enak. Andai dinikmati bersama nasi putih panas atau nasi lemak, tentunya sangat membuka selera. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SOTONG SAMBAL ALA PENYET PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
½ kg sotong – cuci bersih
Cendawan dan kacang panjang – jika suka
Garam & gula secukupnya
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia
1 biji tomato – potong 4
10 biji cili padi merah (campur dengan cili padi hijau
4 biji cili merah besar
CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sotong, garam dan gula. Kacau rata dan renehkan dengan api kecil sambil tutup kuali untuk keluarkan air sotong. Bila dah ada iar sotong, tak perlu tambah air. 3. Bila sotong hampir masak, masukkan sayur-sayuran. Masak lagi hingga semua masak sekata.
4. Sambal Sotong sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Ads
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ads
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Ads
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI