Resipi Step by Step Buat Puding Triffle Yang Sangat Sedap

Share

Bagi penggemar Puding Triffle, pastinya perlu mencuba resipi yang dikongsi dari saudari Norashikin Ismail ini. Jika biasa anda beli sahaja, apa kata kali ini cubalah buat sendiri di rumah. Sangat mudah dan tidak renyah. Dengan adanya resipi langkah demi langkah ini, tentunya senang. Ikut sahaja kaedah yang dikongsi, hasilnya pasti memuaskan hati. Malah boleh juga dijadikan sumber jualan demi menjana pendapatan. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.

CARA MEMBUAT PUDING TRIFFLE SEDAP

BAHAN A:
Kek swiss roll perisa pandan
1 tin buah-buahan campuran (beli online disini)

BAHAN B:
1 tin susu cair (beli online disini)
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
4-5 sudu makan gula (beli online disini)
Secubit garam
4 sudu makan tepung kastard (beli online disini)

BAHAN C
1 kotak serbuk jeli perasa strawberi (beli online disini)
400ml air
(Masak ikut arahan di belakang kotak jeli)

CARA MEMASAK:

1. Potong kek swiss roll dalam 1-2 inci dan masukkan ke dalam bekas.

2. Buka tin dan tapis buah-buahan campuran. Asingkan buah dan ambil airnya. Renjiskan di atas kek.

3. Untuk membuat kastard, satukan bahan-bahan B di dalam periuk. Kacau sebati kemudian hidupkan api.

4. Masak campuran hingga adunan likat dan meletup-letup.

5. Tuang adunan kastard ke atas kek yang telah direnjis air buah tadi dengan secukupnya.

6. Ambil buah-buahan campuran dan susun dengan secukupnya diatas lapisan kastard.

7. Seterusnya masak bahan C mengikut arahan pada kotak jeli.

8. Kemudian tuang adunan jeli ke atas lapisan kastard yang telah disusun dengan buah-buahan campuran.

9. Sejukkan Puding Triffle terlebih dahulu sebelum dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Norashikin Ismail

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur